Oleh pada 28 Feb 2017 kategori

akta 778 hapus pelaburan pengumpulan dana haram jadah boy iman

Sekiranya anda belum tahu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia kini telah menguatkuasakan undang-undang baru untuk menghapuskan skim-skim penipuan dan pelaburan tipu. Maka pening kepalalah penipu-penipu di luar sana memikirkan cara apa lagi mahu pusing mangsanya. Sebelum itu mari kita fahami apa itu akta 778 ini.

Objektif akta 778

Matlamat utama Akta 778 adalah mewujudkan dan mengawal selia satu aktiviti pengumpulan dana oleh syarikat-syarikat melalui tawaran skim "kepentingan" kepada public (awam). Bermakna, mana-mana syarikat yang nak kumpul atau kutip dana (membuat koleksi duit dari orang ramai) yang berkaitan dengan keahlian rekreasi, kongsi masa dan pelaburan perlu mendapat approval ataupun memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh SSM.

Maklumat lanjut mengenai akta 778

Akta ini telah dikuatkuasakan bermula 26 Januari lalu. Mana-mana syarikat yang melakukan aktiviti pengumpulan dana haram perlu memulangkan duit kepada pelabur ataupun dapatkan approval SSM (sekiranya aktiviti pengumpulan dana memenuhi kriteria). Diantara isi kandungan akta ini adalah "Tiada seorang pun kecuali satu syarikat pengurusan boleh mengeluarkan atau menawarkan kepada orang awam untuk melanggan atau membeli atau mempelawa orang awam untuk melanggan atau membeli apa-apa kepentingan" kecuali skim kepentingan itu didaftarkan di bawah akta ini. 

Apa yang menarik dalam akta ini

Selain mengetatkan prosedur pengumpulan dana bagi mengelakkan pengumpulan dana haram, akta ini juga mengatakan "Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini telah melakukan ¬≠kesalahan, dan jika disabitkan, boleh dihukum penjara tidak lebih dari 10 tahun, denda RM50 juta atau kedua-¬≠duanya sekali." Bahkan, sekiranya memutarbelit fakta, mengeluarkan penyataan palsu dan mengelirukan pun boleh dikenakan hukuman yang teruk iaitu jika sabit kesalahan, penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga RM3 juta atau kedua-duanya sekali.

man kidal dr rozmey crozz over one direction

Kesimpulan

Akta ini memang bagus untuk hapuskan scammer, penipu dan bangsat-bangsat MLM, ponzi, money game dan pengumpulan wang haram. Maka bergembiralah wahai rakyat. Risiko keluarga, rakan dan orang kampung anda nak kena tipu sudah berkurangan. Syukur Alhamdulillah.

* Penulis tak pasti kalau nak langgan majalah URTV atau nak langgan komik dragon ball kena melalui akta ni atau tak. hehehe


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)