Ramai orang, apabila mereka menyertai skim-skim 'money game' ataupun ponzi MLM (multi level marketing) akan berkeras mempertahankan apa yang dilakukan. Mereka tidak tahu ancaman yang bakal mereka hadapi di masa hadapan. Apabila anda menyertai skim penipuan, secara automatik anda terlibat sekali didalam aktiviti jenayah pengumpulan wang haram. Mari sini saya cerita dengan lebih jelas lagi.

scammer melayu skim ponzi mlm cium duit

Sekiranya anda menjadi ejen skim penipuan, kebarangkalian tinggi anda yang perlu tanggung kerugian orang bawahan (downline) anda. Bukan tauke besar di atas anda.

Ini perkara biasa yang berlaku. Bila ada orang tu jadi 'leader' dalam network bodoh ini, mereka akan bangga dan bercerita tentang kemewahan hidup mereka. Padahal mereka tidak tahu bahawa tanggungjawab kerugian orang bawahan adalah di atas bahu mereka dan bukan di atas syarikat. Apabila syarikat ini gulung tikar atau cabut lari, bagaimana anda hendak jawap dengan downline anda? Adakah dengan berkata "syarikat sudah tipu kita semua" memadai untuk memuaskan orang bawahan yang kerugian ribuan ringgit?

Biasanya dalam situasi ini, leader-leader ini akan bermain-main dengan ayat agama dan berpura-pura sedih untuk mengelakkan dirinya menanggung kerugian orang bawahan. Semua janji manis sebelum ini akan dilupakan sekelip mata. Ada juga leader atau ejen-ejen penipuan ini terpaksa tanggung kesakitan akibat dipukul beramai-ramai oleh orang bawahan. Bahkan ada juga kes yang pernah didengari, ejen-ejen ini diacukan pistol dan diberi tempoh untuk menyelesaikan hutang-hutang orang bawahan.

Bila anda menyertai skim MLM, anda akan dijauhi rakan-rakan

Tanya saja sesiapa pun, pasti mereka akan menyampah untuk bersama-sama meluangkan masa atau melepak dengan orang MLM. Silap haribulan sekali dengan kita dia cuba untuk close deal. Kalau percubaan anda untuk 'close deal' gagal bersiap sedialah untuk dipulau oleh rakan-rakan anda. Biasanya kes seperti ini boleh membuatkan persahabatan sejak kecil, musnah tiba-tiba.

Selepas ini, tiada siapa lagi akan percaya anda

Inilah yang paling kasihan pada ejen-ejen MLM. Nama sudah buruk, reputasi sudah buruk, silap haribulan kena viral di internet. Bagaimana anda mahu bersihkan nama anda walaupun anda sudah bertaubat dari skim MLM ini? Nak jual keropok lekor pun entah-entah tak ada siapa nak beli lepas ni. Orang akan bercerita di belakang anda tentang apa yang pernah anda buat sebelum ini. Jadi, elakkan menjadi ejen-ejen MLM bahkan menyertai sebagai peserta biasa pun JANGAN SESEKALI.

Ramai yang menjadi scammer, akan terus menjadi scammer

Hati manusia ni bila dah terbiasa buat sesuatu, ianya akan menjadi sesuatu yang anda rasakan perkara biasa dan tak salah dilakukan. Antara tujuan lain majlis-majlis besar puak MLM ni adalah untuk 'brainwash' manusia jadi seperti inilah. Rasa tidak bersalah untuk melakukan perkara salah. Dan jawapan yang digemari puak-puak MLM ni adalah "ni persetujuan bersama, nasib kau lah. Siapa suruh sign agreement?"

kes bunuh melibatkan skim ponzi mlm pengumpulan wang haram

Ingatlah orang yang tersayang, jangan musnahkan harapan mereka.

Kalau nak buat sesuatu tu, ingatlah orang yang tersayang. Sekiranya anda jadi penipu, pasti keluarga akan terkesan dengan apa yang anda lakukan. Dah buat salah, pasti orang akan mengata. Kalau setakat kena kata tak apa lagi, kalau kena bunuh? kalau keluarga kau yang kena bunuh sebab kau berhutang dengan orang? macam mana?


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)