Oleh pada 07 Jul 2022 kategori

Pada 8 Jun 2022, Jabatan Kebudayaan Pelancongan,  Biro radio televisyen, semua wilayah autonomi, majlis perbandaran, Biro Kebudayaan, Sukan, Radio dan Televisyen secara langsung di bawah Kerajaan Pusat China, telah menyusun satu garis panduan dan peraturan ketat kepada semua laman atau aplikasi atas talian yang menyediakan perkhidmatan penstriman. Tidak terkecuali pengendali akaun yang selalu melakukan penstriman langsung (live streaming).

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebelum ini, kerajaan China telah mengharamkan secara total penstriman secara langsung kerana banyak memberi impak buruk kepada rakyatnya. Hal ini telah memberi kesan besar kepada syarikat-syarikat terkemuka di China seperti Taobao, Tencent, Huya, Douyu dan lain-lain.

Pada 2021, kerajaan China telah mengenakan denda terhadap seorang pempengaruh (influencer) terkenal bernama Viya kerana mengelak untuk membayar cukai. Total jumlah anggaran cukai yang perlu Viya bayar adalah sebanyak USD 200 juta.

Kerajaan China ingin tingkatkan profesionalisme dan etika

viya penstrimer langsung terkenal di china

Viya : streamer terkenal di China. Kredit foto : BBC

Untuk menyeragamkan lagi tingkah laku profesional dikalangan penaung penstrim langsung dalam talian dan pempengaruh, kerajaan China telah menyebut 18 perkara penting dalam aturan baru itu. Antaranya ialah kod etika, tatatertib dan tatakelakuan yang ingin dipertontonkan.

Selain itu, kerajaan China juga menekankan rakyatnya agar patuh pada perlembagaan negara dan mematuhi orientasi politik yang betul. Kandungan konten yang dipersembahkan haruslah kreatif, menarik dan membawa nilai murni positif.

Sangat panjang untuk kami jelaskan keseluruhan perkara yang dinyatakan secara rasmi oleh kerajaan China. Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui ringkasan peraturan atau undang-undang baru penstriman langsung dalam talian oleh kerajaan China.

31 Larangan ketat China berkaitan penstriman atas talian

china penstriman langsung live streamer

1. Dilarang menerbitkan kandungan yang melanggar prinsip asas Perlembagaan dan kandungan yang melanggar undang-undang serta peraturan negara.

2. Larangan menerbitkan kandungan yang berniat menjatuhkan kuasa kerajaan, membahayakan perpaduan negara, kedaulatan dan keutuhan wilayah, membahayakan keselamatan negara, membocorkan rahsia negara dan mencemar maruah negara.

3. Dilarang menerbitkan kandungan yang melemahkan, memutarbelitkan atau mengutuk kepimpinan Parti Komunis China, mengutuk sistem sosialis dan pembaharuan/keterbukaan kerajaan.

4. Dilarang menerbitkan kandungan yang memburukkan tradisi/budaya negara yang baik, menimbulkan kebencian dan diskriminasi terhadap negara, memesongkan sejarah negara atau tokoh negara, menyakiti perasaan orang, menjejaskan perpaduan negara, atau melanggar adat kebiasaan negara.

5. Dilarang melanggar dasar agama, menjalankan aktiviti keagamaan di tempat tidak sepatutnya, dan mempromosikan ekstremisme agama, pemujaan ekstrim dan sebagainya.

6. Dilarang menipu, memfitnah, memutarbelitkan atau mempamerkan budaya tradisional Cina yang cemerlang, budaya sosialis yang maju, dengan cara tidak wajar.

7. Dilarang menipu, memutarbelitkan, memfitnah, berdebat serta menafikan perbuatan dan semangat pahlawan, pejuang dan tokoh negara;

8. Dilarang menggunakan teknologi pemalsuan (deepfake) menukar muka untuk memalsukan atau mengusik pemimpin, pejuang negara dan lain-lain.

9. Dilarang merosakkan imej tentera, polis, hakim dan pekerja dari kumpulan khusus yang lain.

10. Larangan untuk menyokong diskriminasi kaum (rasis), wilayah (semangat kenegerian), jantina, pekerjaan, menghina ketidakupayaan fizikal atau mental.

11. Dilarang mempromosikan kelucahan, perjudian, penggunaan dadah, keganasan, pertumpahan darah, skim piramid, penipuan, menghasut jenayah atau mengajar cara-cara melakukan jenayah, mendedahkan kaedah penyiasatan, mempamerkan senjata api dan senjata terkawal.

12. Dilarang mereka-reka dan dengan sengaja menyebarkan maklumat pengganas, maklumat palsu, sentimen cemas, wabak, bencana, atau apa jua yang mengganggu kestabilan sosial dan ketenteraman awam.

13. Dilarang menghasilkan konten seram yang berlebihan, menggambarkan kesakitan yang melampau, histeria; Gambar, video, muzik atau kesan bunyi yang boleh menyebabkan ketidakselesaan deria dan mental.

14. Larangan untuk menghina, memfitnah orang lain atau menyebarkan maklumat privasi mereka, melanggar hak dan kepentingan orang lain.

15. Dilarang menggunakan hak cipta orang lain tanpa kebenaran pengkarya asal.

pempengaruh influencer

16. Dilarang menggembar-gemburkan sesuatu isu sosial dan isu sensitif atau dengan sengaja mencipta "hotspot" justeru orang ramai memberikan pendapat umum.

17. Dilarang menggembar-gemburkan skandal dan perbuatan buruk individu, mempromosikan kandungan yang melanggar nilai sosial yang baik serta adat resam yang baik.

18. Dilarang berpakaian seksi atau bersolek seksi, tingkah laku menggiurkan, bahasa lucah, pemandangan bilik menghairahkan, atau apa jua yang menunjukkan kandungan berunsur seksual dan bersifat provokatif seksual.

19. Amat-amat dilarang memperkenal dan mempromosikan budaya bunuh diri, mencacatkan diri, berdarah, tindakan berisiko dan tingkah laku berbahaya lain yang mudah ditiru oleh kanak-kanak bawah umur; Dilarang juga konten berkaitan promosi alkohol dan tembakau.

20. Dilarang menjadikan kanak-kanak di bawah umur atau anak kecil sebagai bahan promosi komersial pengiklanan, persembahan atau sebagai gimik untuk mendapatkan faedah komersial (contoh:kejar likers). Dan dilarang menggambarkan perkara yang tidak elok terhadap anak kecil / kanak-kanak.

21. Dilarang menggalakkan kepercayaan karut feudal, adat budaya dan idea yang melanggar hukum akal dan hukum saintifik.

22. Dilarang memusnahkan persekitaran ekosistem, kekejaman terhadap haiwan, membunuh dan memakan haiwan dilindungan negara.

23. Dilarang mempertontonkan pembaziran makanan, aksi sengaja muntah, aksi makan berlebihan, dan sebagainya. Atau apa jua kandungan lain yang berkemungkinan mempengaruhi diet yang tidak sihat dikalangan masyarakat.

24. Dilarang menghasut pengguna lain untuk memaki hamun, mencarut dan mengajak peminat untuk melakukan sedemikian antara satu sama lain, menyebarkan berita palsu, buli siber dan keganasan siber.

25. Dilarang memasarkan barangan palsu, melanggar hakcipta intelek, melanggar hak data peribadi dan harta benda, memalsukan trafik data, mengganggu trafik data (data seperti transaksi perbankan, jumlah followers, page-views dan jumlah likers).

26. Dilarang mencipta propaganda yang keterlaluan untuk produk bagi mengelirukan pengguna, memberi janji-janji palsu, memonopoli jualan secara live bagi produk francais tanpa kebenaran atau apa jua yang melanggar undang-undang berkaitan pengiklanan (francais).

27. Dilarang sebarkan iklan palsu walaupun dalam ruang lingkup kecil seperti group wechat, meeting room, notifikasi, voice note, dan sebagainya.

28. Dilarang menipu orang untuk membeli hadiah, menggoda dan menggalakkan pengguna untuk dapat ganjaran yang lebih besar dengan modal kecil, menipu kanak-kanak untuk menekan butang "reward" dan "free gift", atau menggunakan maklumat identiti palsu dalam aktiviti ini.

29. Dilarang bersiar atau menayangkan video di tempat yang melibatkan keselamatan negara dan keselamatan awam (seperti kem tentera), menjejaskan ketenteraman hidup masyarakat, melanggar privasi kediaman orang lain, dan sebagainya.

30. Larangan untuk mempamerkan kekayaan, barangan mewah, barang kemas, wang kertas dan aset lain, memaparkan kehidupan boros dan memperkecilkan golongan berpendapatan rendah untuk memuji kekayaan mereka sendiri;

31. Dilarang melakukan perbuatan yang sudah termaktub dalam undang-undang dan peraturan serta akta lain sedia ada. Atau apa jua aktiviti yang mempunyai kesan negatif terhadap persembahan penstriman dalam talian tidak kira dalam bentuk visual (video) atau audio.

xi jinping 779

Kredit gambar : Time

Maklumat tambahan berkaitan peraturan baru live streaming China

Semua undang-undang yang dinyatakan, hanya tertakluk kepada individu berumur 16 tahun ke atas. Kerajaan China melarang kanak-kanak atau remaja bawah 16 tahun menjadi live streamer. Bagi remaja antara 16 hingga ke 18 pula, mereka perlu meminta izin kepada waris terlebih dahulu. Sekiranya mereka melanggar peraturan, waris akan dikenakan tindakan. Menarik bukan?

Semua industri ditekankan untuk menjaga etika dan profesionalisme bagi mengikuti peraturan baru ini. Bukan hanya untuk 'streamer' sahaja, mana-mana syarikat yang menawarkan servis penstriman juga perlu mematuhi garis panduan ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan.

Seperti diceritakan oleh laman SCMP, artis yang tidak mematuhi garis panduan ini akan dikenakan penolakan kredit sosial dan akan diharamkan terus untuk muncul di mana-mana skrin. Majikan, produser, atau syarikat penerbitan dilarang untuk menggajikan rakyat atau artis dengan kredit sosial yang rendah. 

Malaysia patut mencontohi China dalam mengawal "streamer"

prank tarik tudung wanita

kredit gambar kecil : Kosmo

Bagi penulis sendiri, banyak point-point yang sangat bagus jika undang-undang seperti ini dilaksanakan di Malaysia. Namun mungkin akan berat sebelah kepada orang berkepentingan atau parti politik tertentu jika kita dilarang bercerita tentang kebenaran walaupun ia melibatkan keburukan pihak tertentu.

Rujukan China: Internet anchor code of conduct

 




Hakcipta iluminasi.com (2017)