Oleh pada 05 Mar 2017 kategori

Selalu sangat kita dengar kisah orang yang ditipu ribuan ringgit oleh scammer sehingga menangis sebab tergadai segala harta-benda. Selalunya yang ditipu ni majoritinya wanita, warga tua dan juga mereka yang berada dalam keadaan terdesak nak pakai duit banyak.

Macam-macam cara sebenarnya scammer ni nak menipu. Pelbagai jenis skim yang ditawarkan, selalunya tidak terhad kepada sejenis saja. Kadang-kadang mereka tukarlah modus operandi daripada skim MLM kepada skim pelaburan emas dengan pulangan tinggi, skim ponzi, skim pelaburan forex, skim pergi Haji dan berbagai-bagai lagilah.

Bagaimana cara nak elakkan diri daripada ditipu oleh scammer? Senang je. Jangan mudah percaya dengan orang dan jangan fikir nak cepat kaya sangat. Selain itu, anda boleh gunakan panduan berikut untuk mengelakkan daripada ditipu:

elakkan diri dari ditipu scammer dengan visual kereta mewah yang dijanjikan

#1 Nama si penipu

Nama panggilan scammer selalunya berubah-ubah. Contohnya kalau dulu masa tawarkan skim Pisang Emas Dibawa Belayar, dia digelar Datuk Kamal (bukan nama sebenar). Lepas dah kantoi, dia lari kemudian buat skim Duit Kutu Pegi Haji pula dengan menggunakan nama Haji Kem (juga bukan nama sebenar).

Kebiasaannya muka masih sama. Tak ada yang pergi buat pembedahan plastik. Tak tahulah macamana diorang ni rilek je malam-malam tidur lena selepas menipu banyak-banyak kali.

Selalunya scammer akan guna nama samaran sebab tak mahu identiti terdedah. Jadi, sebelum anda memberi duit kepada sesiapa, pastikan anda benar-benar mengenalinya ya. Bukan sekadar mengenal hati budi, tapi pastikan tahu nama betul dia, nombor kad pengenalan, alamat tempat tinggal, asal-usul mereka dan sebagainya.

#2 Buat research

Sebelum menyerahkan wang dan harga diri anda kepada scammer, pastikan anda telah membuat kajian mengenai skim yang ditawarkan oleh syarikat itu. Search sekali nama tokey atau orang yang berkenaan.

Kalau scammer tu ada bagi kad perniagaan, cuba telefon sendiri atau melawat pejabat dia. Pastikan anda juga dapat kumpul segala maklumat syarikat seperti no pendaftaran syarikat, alamat berdaftar, no akaun bank dan kalau boleh dapat borang 9, borang 49, borang 24 mereka lagi bagus. Kalau dia guna 'virtual office' sahaja, berhati-hatilah.

Jangan mudah percaya mana-mana skim berdasarkan testimoni kawan anda. Mentang-mentang Pak Hamid kampung sebelah cakap Haji Kem tu boleh percaya, terus anda pun buta-buta percayakan dia juga. Kalau anda dah buat research, mesti anda akan dapat nampak feedback daripada orang lain berkenaan skim pelaburan yang sama ataupun mengenai scammer tersebut.

ni nasib baik tak kena tipu dengan scammer

#3 Janji bulan dan bintang

Selalunya scammer ni mulut manis. Dia akan janjikan segala planet dan cakerawala kepada anda sehingga anda yang dengar pun meleleh-leleh ayaq lioq dengar. "Wow. Tak sabarnya nak jadi kaya macam dia," detik hati anda.

Kalau skim yang ditawarkan menjanjikan pulangan berlipatkali ganda dalam masa yang singkat, contohnya "kalau akak bagi RM5,000 hari ni, minggu depan saya pulangkan balik RM8,000. Akak untung RM3,000 dalam seminggu kak!" maka tak payah la percaya.

Kalau betul ada skim macam tu, semua rakyat Malaysia ni dah billionaire dah. Ramai-ramai boleh masuk majalah Forbes.

plan bertingkat tingkat dengan pulangan bonus lumayan kepada pelabur 698

#4 Jangan gunakan orang tengah

Kalau ada sesiapa yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah melakukan segala transaksi bagi anda, JANGAN percaya. Minta sendiri segala maklumat untuk anda hubungi terus. Orang tengah ni kadang-kadang lagi dajey perangai dia daripada scammer.

#5 Ketahui hak anda

Pengambilan deposit secara tidak sah adalah perbuatan menerima atau mengambil sebarang deposit dalam bentuk wang, emas, batu permata atau apa sahaja artikel lain daripada orang awam dengan menjanjikan pulangan. Perbuatan ini dijalankan TANPA LESEN di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Maksudnya, kalau sesiapa pun nak ambil duit anda, mereka perlulah mempunyai lesen terlebih dahulu.

Cuba tanya si pengendali skim tu, mereka berlesen atau tidak. Kalau jawapannya berbunyi seperti "Sekarang ni kita masih dalam proses nak dapat kelulusan Bank Negara" ataupun dia ada sebut dan kaitkan Bank Negara dalam mana-mana bahagian penjelasannya, jangan mudah terpedaya.

Kadang-kadang scammer ni mungkin akan cakap dia ada kenal pegawai berpangkat tinggi di Bank Negara supaya tipu helah dia lebih believable. Pandai betul dia membongak. Pegawai kat Bank Negara tu semuanya berintegriti tinggi, takkan bagi muka punya dekat scammer macam tu.

skim cepat kaya mlm ponzi 144

#6 Hubungi Bank Negara Malaysia untuk pengesahan

Anda boleh layari Laman web Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan list sindiket atau syarikat yang dikhuatiri terlibat dengan pengumpulan wang secara haram.


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)