Oleh pada 28 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Neelofa

Susulan lakonannya dalam drama bersiri Red Velvet dikritik netizen, aktres Neelofa menegaskan dia tidak berasa terkesan.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor menggesa para peminat supaya menonton drama itu sehingga habis sebelum mengeluarkan sebarang komen negatif.

Ini susulan drama yang turut dibintangi aktor Alif Satar itu baru sahaja memulakan siarannya sejak Isnin lalu.

"Mereka terlalu awal membuat kritikan tanpa memahami jalan cerita. Cerita ini baru saja ditayangkan dan masih ada banyak episod lagi.

"Lagipun babak saya menetap di rumah orang, takkanlah saya hendak redah saja," luahnya yang dipetik daripada portal Harian Metro.

Malah, aktres itu berkata, kritikan yang diterima juga tidak sedikitpun akan menjejaskan kehidupannya

"Nasihat saya kepada mereka yang mengkritik itu tonton dulu cerita berkenaan dan cuba faham jalan cerita," beritahunya lagi.

Terdahulu, netizen menerusi laman sosial Twitter mengkritik gandingan Neelofa dan Alif dalam drama arahan Michael Ang itu sebagai tidak bersesuaian.

Juga gaya lakonannnya dikatakan kaku dan terlalu terkawal, berbeza dengan Alif yang memberikan lakonan cemerlang.

Red Velvet yang disiarkan sebanyak 20 episod ke udara setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)