Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Pengasas D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri, bermurah hati membawa rakan media memasuki kediaman mewah terbaharunya yang terletak di Kota Damansara.

Berkeluasan 40,000 kaki persegi, rumah Aliff yang dilengkapi 30 bilik tidur, surau, gim dan bilik kebal ini dinamakan sebagai Aliff Syukri Palace.

Perabot yang menghiasi dalam rumahnya pula bukan calang-calang kerana diimport dari Itali, Sepanyol, London dan Jakarta, hasil idea dan kerja pereka hiasan dan jenama terkemuka dunia.

Begitupun, Aliff enggan mendedahkan kos keseluruhan kediaman yang berkonsepkan rekaan Royal Modern Classic itu.

Pemilik syarikat kosmetik, D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D'Herbs) ini menegaskan bukan niatnya untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya penghebahan rumah mewah itu hanyalah untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai supaya terus berusaha kuat untuk mencapai impian dalam hidup.

akhirnya siap inilah rumah mewah baru aliff syukri yang terlajak mewah 2

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

"Demi Allah saya bukan nak riak. Apa yang saya kongsi ini adalah hasil usaha sepanjang melalui kepayahan hidup, daripada tiada apa-apa sehingga tercapai ini semua.

"Saya mahu orang di luar sana menjadikan ini sebagai inspirasi dan jangan pernah mengalah untuk mengapai impian," katanya kepada portal Mstar Online.

Dalam pada itu, Aliff berharap dirinya tidak dikecam serta perkongsian itu tidak disalah tafsir oleh netizen.

"Harap-harap tak ada yang kecam kerana saya hanya ingin berkongsi yang baik-baik sahaja," katanya.

Menerusi saluran Youtube MindQuest Productions, dua buah video memaparkan beberapa kawasan sekitar dan bahagian dalam kediaman Aliff Syukri Palace.




Hakcipta iluminasi.com (2017)