datuk aliff syukri dedah bagaimana pembantu rumah akhirnya diberkas

Kredit foto: siakapkeli.my 

Sebelum ini kecoh apabila jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri mengamuk kerana enam orang pembantu rumahnya melarikan RM100 ribu dari rumah beliau.

Enggan membiarkan pihak lain menjadi mangsa, Aliff menawarkan wang tunai sejumlah RM5000 kepada mana-mana individu yang berjaya memberkas mereka.

Terkini, dikhabarkan tiga orang awam yang juga merupakan tiga beradik berjaya menjejaki salah seorang pembantu rumah Aliff yang merupakan ketua dalam kes kecurian berkenaan, iaitu Fitri.

Difahamkan, selepas melarikan diri Fitri menyara kehidupannya sebagai pembantu jualan di sebuah kedai tudung. Namun seorang pengunjung wanita kedai tersebut yang cam akan wajahnya telah meminta bantuan dua adik-beradik lelakinya yang lain untuk memberkas Fitri. 

Kini Fitri telahpun berada dalam tahanan dan mereka tiga beradik diberikan ganjaran sebagaimana yang dijanjikan Aliff. 

Ini beberapa video penangkapan Fitri. 


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)