Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Pembabitan isteri pertama pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude iaitu Intan Liana Saleh sebagai model kepada jenama tudung keluaran usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, membawa tuah apabila jualan tudung berkenaan dilaporkan melonjak naik.

Ia susulan perlantikan Liana sebagai model tudung 'Aliff by Sha' dengan kontrak selama enam bulan.

Aliff dalam kenyataannya mengucapkan syukur atas rezeki yang diterima hasil cabang perniagaan yang diusahakannya itu. 

aliff syukri dedah kejutan terjadi selepas isteri pertama ude jadi model 2

Kredit foto: Astro Gempak

"Alhamdulillah, Intan mempunyai aura tersendiri dan memberikan impak positif terhadap jualan tudung saya. Selepas saya mengambil Intan sebagai model, jualan tudung yang digayakan Intan seperti Shawl Tingkat dan Bawal Bawang meningkat sebanyak 50 peratus," katanya kepada portal Astro Gempak.

Dalam pada itu, Aliff akui kerjasama yang dijalinkan dengan wanita sensasi itu berjalan dengan lancar atas komitmen baik yang diberikannya.

aliff syukri dedah kejutan terjadi selepas isteri pertama ude jadi model 3

Kredit foto: Astro Gempak

"Biarpun masih baru, kami sangat selesa bekerja dengan Intan dan dia memberikan komitmen yang sangat baik," kata Aliff.

Sementara itu, Aliff menegaskan tindakannya mengambil Liana yang juga ibu kepada dua orang anak, berniat membantu menambahkan pendapatan beliau untuk menyara kehidupan.

"Saya mengambilnya sebagai model untuk membantunya menambah pendapatan," katanya.

Selebihnya, apa yang diharapkan Aliff agar wanita yang disifatkannya masih naif itu supaya mengutip lebih banyak ilmu pengetahuan jika mahu maju dalam kerjayanya.

"Dia mempunyai aura untuk mengembangkan lagi bakat serta kerjaya, namun dia sangat mentah dan naif.

"Banyak yang perlu Intan pelajari untuk menjadi lebih menyerlah selepas ini," katanya.

Mengenai perkembangan terbaru, pelantun Abang Nak Tegur ini sedang mempertimbangkan beberapa tawaran lakonan untuk telefilem dan drama.




Hakcipta iluminasi.com (2017)