Oleh pada 12 Jul 2017 kategori

Kredit foto: budiey.com 

Gara-gara memuat naik foto-foto sedang bersenam selepas bersalin, aktres Sharifah Sakinah teruk dikecam netizen.

Foto-foto yang dimuat naik di laman Instagramnya itu memaparkan Sakinah sedang sibuk menjalani aktiviti kecergasan di gim semenjak tiga hari lalu. 

buat hal lagi selepas bersalin sharifah sakinah dikecam 2

buat hal lagi selepas bersalin sharifah sakinah dikecam 3

buat hal lagi selepas bersalin sharifah sakinah dikecam 4

Kredit foto: Instagram Sharifah Sakinah 

Sungguhpun begitu, Sakinah tidak berdiam diri. Beliau mengambil tindakan tegas dengan menutup ruangan komen di bahagian gambar-gambar tersebut dek kerana tidak tahan dikritik. 

Malah, Sakinah turut memuat naik kiriman terbaru yang memaparkan anak sulungnya, Anais Adha yang sedang lena tidur berserta kapsyen menghentam kembali komen negatif para pengikutnya.

buat hal lagi selepas bersalin sharifah sakinah dikecam 5

Kredit foto: Instagram Sharifah Sakinah

Mama yang bersenam, kamu semua pula yang panas hati. Zzzz.

Terdahulu, Sakinah dikurniakan anak sulung, Anais pada 24 Mei lalu hasil perkahwinannya bersama Alif Adha yang juga merupakan seorang juruterbang.

buat hal lagi selepas bersalin sharifah sakinah dikecam 6

Kredit foto: Instagram Sharifah Sakinah 




Hakcipta iluminasi.com (2017)