Oleh pada 08 Jan 2020 kategori

nasha aziz 2020

Kredit foto: Instagram Nasha Aziz

    

Pelakon Nasha Aziz tidak kisah sekiranya perlu hidup membujang sehingga ke penghujung hayatnya.

Pemilik nama Noraishah Abdul Aziz, 49, itu berkata, dia lebih mengutamakan soal kebajikan kedua ibunya daripada memikirkan perihal jodoh.

"Soal jodoh saya serahkan jiwa dan raga kepada Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Pada masa yang sama, kenapa saya masih belum menjumpai sesiapa sebagai jodoh adalah kerana saya mempunyai dua ibu yang single sekarang.

"Bapa saya pula dua-dua dah tiada. Jadi anak yang tinggal adalah saya. Sayalah menjadi tempat untuk mereka berborak atau meluah perasaan.

"Saya andaikan jodoh saya adalah untuk bersama dengan ibu. Ia anugerah terindah buat saya," katanya menurut laporan Mstar.

Nasha menggelarkan ibu angkat (ibu saudara yang menjaganya) sebagai ibu, manakala ibu kandungnya pula dipanggil 'mummy'.

Sementara itu, Nasha berkata, tuntutan menjaga ibunya itu lebih berkepentingan memandangkan mereka berdua sudahpun tua dan uzur.

Katanya, meskipun perancangan untuk berumah tangga sebelum ini tidak kesampaian, namun ia sama sekali tidak meresahkannya memandangkan takdir itu juga membuka peluang untuk dia membalas balik jasa kedua ibunya itu.

    

nasha aziz kahwin

Kredit foto: Instagram Nasha Aziz

    

"Memang ada saja kita bercadang-cadang tetapi kalau bulan izin Allah, kita takkan dapat juga. Mungkin ini sesuai dengan perjalanan hidup saya.

"Kalau saya ada suami, mesti saya kena tinggalkan ibu-ibu saya. Mereka dalam keadaan uzur, sensitif dan perlukan perhatian.

"Anak-anak buah saya pun ramai dan saya dah anggap mereka seperti anak saya sendiri. Setahu saya, adat dan adab sebagai wanita Melayu yang berkahwin, mereka kena lebihkan suami. 

"Apapun, saya serahkan jiwa dan raga saya kepada Allah dan biarlah Dia yang tentukan saya untuk siapa. Kalau saya tak jaga amanah ini, siapa nak jaga?," katanya.

Nasha yang masih menceburi bidang lakonan, pernah menempa zaman kegemilangan di era 90-an dan 2000-an menerusi filem-filem pecah panggung seperti Laila Isabella, Trauma, Cinta Luar Biasa dan Puaka Tebing Biru.

    

Sumber berita: Mulianya hati Nasha Aziz, umur sudah 49 tahun tapi sanggup membujang demi ibu - “Kalau saya tak jaga amanah ini, siapa nak jaga?”

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)