Oleh pada 17 May 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Ellie Suriaty Omar

  
Pelakon, Ellie Suriaty Omar sah bercerai dengan suaminya, Azri Iskandar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa.
  
Ellie, 52, berkata, keputusan untuk membawa haluan sendiri itu dilakukan kerana sudah tidak ada jodoh untuk meneruskan hidup bersama, berikutan tiadanya persefahaman dalam rumah tangga yang dibina selama 19 tahun itu.
  

Kredit foto: Instagram Ellie Suriaty Omar

  
"Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan.
  
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri," katanya seperti yang dipetik daripada portal Getaran.
   
Bagi pelakon Ayat Dari Langit itu, bekas suami yang juga seorang aktor itu tetap dirasakannya seorang bapa yang baik dan penyayang terhadap anak-anak mereka, di mana dia memohon peminat dapat menitipkan doa yang baik-baik buat kehidupan mereka berdua.
   
"Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya.
    
"Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami," sudahnya.
   
Terdahulu, Azri Iskandar, 54, menikahi Ellie Suriaty pada tahun 2003 dan perkahwinan mereka diserikan dengan kelahiran tiga orang anak iaitu Azrell, Nur Azreen, dan Nur Aliah.
  

Biodata Ringkas Ellie Suriati

Nama penuh: Ellie Suriaty binti Omar
Tarikh lahir: 20 Februari 1970
Umur: 52 tahun
Pekerjaan: Pelakon, pengarah
  
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)