Oleh pada 07 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Afifah Nasir

Kebelakangan ini heboh di media sosial tentang berita pembatalan kontrak aktres Afifah Nasir oleh jenama-jenama terkemuka gara-gara isu yang ditimbulkannya.

Afifah didakwa hilang punca pendapatan sekaligus mengalami kerugian yang teruk dalam kerjaya.

Meskipun tiada pengesahan daripada tuan punya badan, gosip tersebut terus-menerus tersebar dan menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya beranggapan ianya adalah pengajaran terbaik buat aktres itu agar lebih berhati-hati dalam menjaga reputasinya.

isu hilang punca pendapatan kerana pembatalan kontrak ini jawab afifah nasir 2

Kredit foto: Instagram Afifah Nasir

Sungguhpun begitu, Afifah dalam kenyataan terbarunya menafikan spekulasi yang tersebar.

Menurut Afifah, bukan sahaja kisah pembatalan kontrak itu tidak benar, malah dia sendiri tidak terikat dengan mana-mana kontrak bersama jenama-jenama besar seperti yang diwar-warkan.

Semua itu memang rekaan sahaja. Fifah sendiri tak tahu siapa yang pandai-pandai buat cerita macam tu. Fifah tak pernahpun ada mana-mana kontrak dengan mana-mana jenama.

Sumber: Media Hiburan

Tambah Afifah, dia sendiri berasa hairan dan tertanya daripada mana datangnya sumber berita tersebut.

Diharapkan dengan penjelasan Afifah ini dapat menghentikan dakwaan-dakwaan buruk lagi tidak berasas daripada terus diperkatakan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)