adegan keterlaluan filem kimchi untuk awak dikritik

Biarpun belum ditayangkan, filem Kimchi Untuk Awak terus dipalit kontroversi dengan adegan romantik antara teraju utamanya, Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong yang membuatkan para netizen kurang senang.

Babak yang melihatkan mereka berpelukan sesama sendiri dianggap tidak kena dengan imej Emma sebagai seorang gadis berhijab serta Aiman sebagai seorang lelaki Muslim.

Berhubung isu tersebut, Aiman berharap agar penonton bersikap lebih terbuka dan memfokuskan kepada jalan ceritanya kerana babak itu tidak melampau sehingga menimbulkan nafsu dan keghairahan.

Kita kena hentikan memberi fokus kepada isu berpegangan atau babak romantik sebaliknya menghargai sesebuah filem itu dengan cara sepatutnya. Sebenarnya babak romantik yang dipaparkan pun tidaklah keterlaluan dan bagi saya ia tidak mendatangkan syahwat pun. Paling penting jalan ceritanya bagus dan ada pengajaran yang hendak disampaikan.

Malah, dia bersetuju untuk melakonkan babak itu bagi menghormati setiap jalan cerita menurut kehendak pengarah.

Saya tidak boleh berpura-pura atau menjadi hipokrit dan apa yang saya lakukan dan tonjolkan dalam filem ini adalah kerana keikhlasan hati saya sebagai pelakon. Saya melihatnya dari sudut seni selain menghormati skrip dan apa yang dipaparkan itu hanyalah lakonan dan tidak berlebih-lebihan pun.

Diharap anda dapat menantikan kemunculan filem tersebut di pawagam sebelum dapat membuat penilaian sendiri. Mungkin ianya tidaklah seteruk yang anda sangkakan.

adegan keterlaluan filem kimchi untuk awak dikritik 2

adegan keterlaluan filem kimchi untuk awak dikritik 3

Sumber berita: mStar Online & Beautifulnara


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)