emma dan aiman 322

Kredit foto: nurizspace.com

Siapa tak kenal dengan pasangan secocok Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza yang memang serasi habis setiap kali digandingkan dalam drama. Tak dinafikan gandingan dua pelakon ini memang hebat. 

Dek kerana masih berbisa, Michael Ang membuat percaturan menggandingkan dua pelakon muda ini dalam sebuah filem baru. Judulnya 'Kimchi Untuk Awak' yang juga merupakan filem pertama arahan Michael Ang - bakal menemui penonton di pawagam hujung Mac ini. 

Namun belum lagi masuk panggung, nampaknya filem ini sudah terpalit dengan satu kontroversi panas! Aik, kontroversi apa? 

Menerusi teaser filem tersebut terdapat beberapa adegan Emma dan Aiman yang mengundang rasa sakit mata netizen. Adegan yang dimaksudkan adalah tak lain dan tak bukan babak-babak romantik termasuk aksi berpeluk dan berpegangan tangan. Isu tersebut mengundang marah netizen hingga mendapat kecaman hebat di media sosial. 

Walaubagaimanpun, Emma tidak berdiam diri. Akhirnya Emma tampil membuat kenyataan tentang isu tersebut. Ini jawab Emma:  

Saya bersedia terima nasihat atau kritikan penonton yang menganggap lakonan saya itu bertentangan dengan imej saya sebagai wanita berhijab. Saya sendiri akui ia memang salah, namun saya enggan komen tentang perkara itu kerana ia biarlah antara saya dengan tuhan sahaja. Penonton tidak tahu bagaimana saya cuba mengelakkan adegan-adegan seperti itu dalam setiap lakonan saya, tapi dalam keadaan tertentu saya akui gagal berbuat demikian. Saya tidak salahkan siapa-siapa dalam hal ini kerana pilihan memang di tangan saya sama ada saya mahu buat atau tidak. Cukuplah saya katakan sebagai manusia biasa saya akan cuba belajar menjadi lebih baik.  

Sumber: mstar.com

Sememangnya isu ini tak perlu dipanjangkan kerana Emma sendiri sudah mengakui kesilapannya. Apapun kepada peminat Emma dan Aiman di luar sana, jangan lepaskan peluang menyaksikan filem tersebut ya!

Sumber berita: thetrendingnow.blogspot.com 


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)