Oleh pada 27 Mar 2022 kategori

Kredit: Facebook @zul.yahya.96 & Instagram @zul_ariffin 

 

Menerusi Instagram, pelakon Zul Ariffin difahamkan memuatnaik sedutan drama bersiri, Perempuan Itu yang memaparkan adegan berahi beliau bersama pasangan pelakon, Siti Hariesa, sebelum bertindak memadamnya.

 

Bakal ditayangkan di TV3 bulan Ramadhan ini, klip itu menerima kecaman pelbagai pihak termasuk bekas pelakon Zul Yahya yang mempersoalkan aksi seakan sedang bersanggama itu yang dianggap sebagai keterlaluan dan merosakkan akhlak.

  

 

"Karya yang kononnya kelihatan hebat, tetapi sebenarnya tidak bermaruah dan memalukan drama tempatan. Seperti hilang kewarasan untuk ditontonkan kepada masyarakat Islam," tegasnya.

 

Bertebaran di media sosial, Zul Yahya berharap perkara serupa tidak lagi disebarkan sebagai tanda boikot bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.

  

 

"Mohon padam dan hentikan perkongsian video tersebut. Jika tidak, anda juga sedang mempromosikannya dan dikhuatiri memberi kesan negatif kepada golongan muda," pintanya.

 

Untuk pengetahuan, video berdurasi kira-kira 20 saat itu antaranya mempamerkan Zul Ariffin membuka bajunya dan mendukung Siti Hariesa sehingga mencetuskan perdebatan ramai.

 

Komen Pilihan

drama perempuan itu

 

"Karya seperti ini dipanggil pornografi ringan yang berkait rapat dengan kes-kes seksual seperti pedofilia, sumbang mahram dan sebagainya.

 

"Diharap ia dibanteras ahli agama yang berkuasa," tulis seorang netizen.

video tular zul ariffin

 

"Berkarya untuk nafsu. Dunia seni hari ini kurang pengisian agama, tetapi lebih kepada maslahat dunia semata-mata.

 

"Kebanyakan yang terlibat terdiri daripada pemikir liberal, sekular dan mereka yang tiada iman," tulis seorang lagi netizen.

 

Sumber: Instagram Zul Yahya [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)