Oleh pada 20 Jul 2018 kategori

kritikan aiman hakim ridza ini kenyataan balas nabil ahmad 1

Kredit foto: Instagram Aiman Hakim Ridza & Instagram Nabil Ahmad

Nabil Ahmad mempersoalkan tindakan seorang aktor yang meminta agar pengambilan pelawak sebagai pengacara program hiburan televisyen disekat.

Mengaku setiap individu mempunyai pandangan berbeza, Nabil bagaimanapun berkata, sekiranya pelakon itu benar-benar ingin memperbaiki mutu pengacaraannya, kritikan haruslah diberikan secara berdepan, bukannya menerusi media sosial.

"Banyak beza antara kritikan membina dan menghentam. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing, tetapi apabila terus mengheret pelawak yang menjadi pengacara sebagai isu, dia seperti tidak berpuas hati.

"Kalau penonton kurang selesa dengan cara penyampaian saya, tidak mungkin saya masih bersama MeleTOP selama lima tahun. Memang saya pelawak, tetapi bukan cara saya untuk buat lawak tidak bertempat.

"Lagipun, setiap program mempunyai kelompok penonton yang tersendiri. Mana mungkin boleh syok sendiri.

"Kalau dia rasa pelawak tidak sesuai sebagai hos atau lawak kami tidak bertempat, mungkin boleh tunjukkan bagaimana caranya menjadi pengacara yang bagus," katanya kepada BH Online.

Pelakon Syazwan Zulkifly sebelum ini mengkritik pengacaraan Janna Nick ketika mengemudikan program hiburan mingguan, Melodi.

Netizen mengaitkan Janna sebagai pengacara wanita yang dimaksudkan Syazwan meskipun aktor itu tidak menujukan sindirannya kepada mana-mana selebriti.

Aiman seterusnya menulis kiriman Twitter yang menyatakan sokongan terhadap komen Syazwan, di samping mencadangkan agar kehadiran lambakan pelawak dalam bidang pengacaraan dihentikan serta-merta.

kritikan aiman hakim ridza ini kenyataan balas nabil ahmad 2

Kredit foto: Instagram Aiman Hakim Ridza

"Berhenti ambil pelawak. Bukan semua benda perlu loyar buruk okay. Dan ia langsung tak kelakar pun," tulis Aiman bersama tanda pagar #meletops yang dipercayai ditujukan kepada Nabil selaku hos program Meletop.

Dalam pada itu, Nabil yang enggan lagi mengambil peduli kerenah mereka yang cuba mencari publisiti murahan, berkata, fokus kerjayanya kini terletak pada syarikat produksinya, Nabil Ahmad Productions bagi menerbitkan filem aksi komedi yang seterusnya akan disusuli dengan penggambaran karya thriller, Qutil.

"Selepas The Antoos, kami mempunyai senarai program televisyen, drama bersiri dan filem untuk penggambaran. Sepatutnya, Qutil menyusul awal, namun penggambarannya ditunda dulu," katanya.



Hakcipta iluminasi.com (2017)