Penulisan ini ditulis oleh Dr. Mahyudin Ahmad di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi mendapat kebenaran untuk mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama. Penulisan ini telah disunting bagi memudahkan pembacaan.

adakah pendedahan lim guan eng bagus untuk ekonomi negara

Baguskah sebenarnya pendedahan yang dilakukan oleh saudara Lim Guan Eng?

1. Jika ditanya adakah saya bersetuju dengan pendedahan demi pendedahan berkenaan skandal kerajaan terdahulu yang dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, saya akan katakan, YA, saya amat setuju apa yang beliau lakukan.

2. Pasaran saham dan nilai ringgit dilihat memberi reaksi negatif beberapa hari lalu, selain berpunca dari faktor luaran, salah satu puncanya juga ialah sikap 'herding behavior' pelabur kapitalis yang mahu menjaga pelaburan portfolio mereka dengan mengambil untung dari dagangan jangka pendek.

Sebenarnya bukan pasaran Malaysia sahaja yang merudum, malah semua negara serantau mengalami kejatuhan pasaran yang serupa.

adakah pendedahan lim guan eng bagus untuk ekonomi negara 2

3. Kita biarkanlah para pelabur resah (the fickle investors) ini lari kerana pelaburan mereka langsung tidak memberi apa manfaat pada ekonomi sebenar pun. Matlamat mereka hanya untung dari pelaburan 'atas angin' semata-mata.

Mereka secara hakikinya tidak akan kekal di mana-mana pasaran mana-mana pun selagi turun naik pasaran (market fluctuations) itu wujud.

4. Harus diingat, para pakar ekonomi utama dunia sudah pun memberi amaran bahawa "kewangan bukanlah ekonomi" dan "kewangan tidak semestinya menyebabkan pertumbuhan inklusif".

Hal ini disebut telah menatijahkan pertembungan antara pelabur dan korporat yang pro-Wall Street dan juga policymakers yang pro-Main Street (refer link).

5. Kesan buruk pengewangan terlampau iaitu apabila sistem kewangan dan pelbagai instrumen yang diwujudkannya lebih mengutamakan keuntungan jangka pendek dan corporate short-termism, iaitu yang hanya berkisar dari jual-beli aset kewangan dan pengambilan untung dagangan semata-mata.

adakah pendedahan lim guan eng bagus untuk ekonomi negara 4

6. Dan pelaburan 'atas angin' seperti ini langsung tidak berakhir pada perlaksanaan projek-projek yang merangsang aktiviti ekonomi benar, yang meningkatkan produktiviti, serta penciptaan pekerjaan yang menatijahkan peningkatan pendapatan pekerja iaitu rakyat terbanyak.

7. Berbalik kepada tindakan saudara Lim Guan Eng, saya meyakini pendedahan-pendedahan itu dalam jangka masa panjang akan mengukuhkan asas ekonomi negara dan meningkatkan keyakinan pelabur sebenar serta rakyat umumnya.

8. Pendedahan ini seperti memberi petunjuk bahawa kerajaan Malaysia yang baharu tidak akan berkompromi dengan rasuah untuk meraih projek, tiada lagi proses tender yang tidak telus, tiada lagi sub-par projects yang menelan kos tinggi dek kerana budaya rent-seeking (aktiviti bagi mendapatkan keuntungan kewangan tanpa berikan nilai tambah kepada ekonomi), sokongan politik dan lain-lain.

adakah pendedahan lim guan eng bagus untuk ekonomi negara 5

9. Apabila keyakinan pelabur dan rakyat meningkat terhadap ketelusan dan kecekapan pengurusan kerajaan baharu, projek-projek yang diagihkan kepada syarikat yang layak dan mempunyai merit akan berjalan lancar mengikut jadual, rakyat mendapat manfaat dari peluang kerja dan kesan limpahan (spillover effects), sekaligus akhirnya merangsang ekonomi negara.

Pelaburan yang sebenar, yang bersifat jangka panjang seperti FDI, juga akan semakin rancak masuk ke Malaysia.

Wallahu'alam.


tags : , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)