Malaysia sememangnya negara yang sangat beruntung kerana kedudukannya yang begitu strategik dan kaya dengan hasil bumi. Pada ketika dahulu, negara kita menjadi tempat persinggahan pedagang yang singgah ke pelabuhan Melaka.

Pada masa kini pula, negara kita masih mempunyai pelbagai sumber ekonomi yang lain seperti minyak dan gas, pembalakan, perindustrian, pelancongan dan banyak lagi. Sumber-sumber ini sekiranya diuruskan dengan baik oleh pemerintah negara boleh mendatangkan manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

Walau bagaimanapun, tidak semua negara kaya dengan hasil bumi. Negara Brunei misalnya walaupun kecil, tetap kaya kerana mempunyai sumber gas dan minyak yang sangat banyak. Bagaimana pula dengan negara-negara kecil yang tidak mempunyai sumber ekonomi yang banyak seperti Malaysia?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa cara unik dan pelik yang dilakukan oleh beberapa negara kecil di seluruh dunia untuk menjana pendapatan ekonomi negara. Cara-cara ini kebanyakannya terpaksa dilakukan kerana ketiadaan alternatif dan sumber lain yang boleh dimanfaatkan di negara-negara tersebut.

1. Menjual passport kepada orang kaya

Dengan populasi hanya 48000 penduduk dan industri gula yang semakin merudum, 2 buah negara Caribbean, Saint Kitts dan Nevis berada dalam krisis ekonomi pada tahun 2006. Kerana sangat terdesak, kerajaan telah mendapatkan kerjasama seorang peguam daripada Switzerland untuk meminda undang-undang negara itu bagi membolehkan pelabur daripada luar untuk mendapatkan kerakyatan negara mereka.

Dengan pelaburan minuman $250,000 dalam bidang hartanah di negara ini, sesiapa sahaja boleh memperolehi taraf kerakyatan penuh walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke negara ini. Program ini mendapat sambutan hangat memandangkan passport negara ini boleh digunakan untuk ke 132 buah negara tanpa memerlukan visa.

Pada tahun 2013 sahaja, negara ini memperolehi sekitar $100 juta daripada program ini sahaja, iaitu 13% daripada pendapatan GDP negara ini. Lama-kelamaan, beberapa negara kecil lain seperti Antigua dan Barbuda turut memperkenalkan program serupa.

Walau bagaimanapun, program ini dikecam oleh beberapa buah negara seperti Kanada dan Amerika Syarikat kerana dikhuatiri ianya boleh disalah gunakan oleh pengganas. Sebagai tanda protes, Kanada sudah mewajibkan pemegang passport negara-negara kecil ini untuk mendapatkan visa sebelum masuk ke negaranya.

2. Menjual passport kepada orang miskin

passport murah

Bukan sahaja menjual passport kepada golongan kaya, malah ada juga negara yang menjual passport ke golongan miskin. Dianggarkan 10 juta manusia di seluruh dunia tidak mempunyai taraf kerakyatan daripada mana-mana negara. Antara golongan ini adalah orang Arab daripada etnik Bedoon yang tidak diberikan taraf kerakyatan daripada Kuwait mahupun UAE apabila kedua-kedua negara ini mencapai kemerdekaan.

Terdapat kira-kira 100,000 orang Bedoon yang tidak mempunyai taraf kerakyatan. Akibat daripada desakan masyarakat antarabangsa, kerajaan UAE akhirnya memberikan kerakyatan kepada kira-kira 8000 orang Bedoon. Pada masa yang sama, terdapat kira-kira puluhan ribu lagi masyarat daripada etnik yang masih memohon kerakyatan.

ertitrea negara yang jual passport untuk ekonomi

Pada tahun 2006, seorang warga Kuwait bernama Bashar Kiwan mendapat idea bagaimana untuk membantu golongan ini. Beliau merupakan seorang pelabur yang banyak melabur di Comoros, sebuah negara kecil yang terletak di Lautan Hindi. Dengan populasi hanya 800,000 penduduk, Comoros merupakan sebuah negara miskin dengan purata pendapatan penduduk sehari hanyalah sekitar RM5. Kerajaan sangat terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan.

Bashar Kiwan akhirnya berjaya mendapatkan persetujuan UAE dimana UAE akan membayar Comoros $200 juta dengan syarat negara tersebut memberikan kerakyatan dan passport kepada 4000 buah keluarga Bedoon dengan maksimum 8 orang ahli bagi setiap keluarga. Walau bagaimanapun, kerjasama ini dihentikan apabila kerajaan Comoros mendapati Bashar Kiwan tidak membayar sepenuhnya bayaran daripada kerajaan UAE kepada mereka seperti yang dijanjikan.

3. Penjualan alamat domain

domain tuvalu

Domain merupakan alamat atau rujukan untuk sesuatu laman web yang wujud di internet. Sebagai contoh, pengguna hanya perlu menaip google.com untuk melawati laman web Google. Di Malaysia misalnya, kita mempunya akhiran domain .my yang boleh dibeli oleh setiap rakyat Malaysia ataupun pemilik bisnes yang mempunyai bisnes di Malaysia. Tahukah ada bisnes jualan domain ini begitu lumayan sehingga boleh menjana pendapatan ekonomi bagi sesebuah negara?

Hal ini berlaku bagi akhiran domain ".tv" dimana pada tahun 1999 domain ini dikhususkan untuk negara Tuvalu, sebuah negara kecil di Lautan Pacific. Domain ".tv" ini sudah tentulah menjadi rebutan bagi syarikat-syarikat penyiaran dari seluruh dunia. Tidak kurang daripada 5 syarikat besar yang menyediakan servis menjual domain telah melakukan bidaan terhadap domain ini untuk dijual semula kepada pembeli luar.

Perjanjian dengan pembida-pembida ini berjaya memberikan keuntungan sebanyak $30 juta kepada Tevalu pada tahun tersebut. Pendapatan ini telah menggandakan pendapatan GDP negara Tevalu pada tahun tersebut. Pada tahun 2011, Tuvalu menerima kira-kira $1 juta royalti tahunan untuk domain ".tv", satu jumlah yang dianggap masih banyak untuk negara kecil ini.

4. Cukai secara paksa

pemerintahan diktator

Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar nama negara Eritrea, sebuah negara yang terletak di benua Afrika. Walau bagaimanapun, ia terkenal sebagai sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan diktator yang sangat kejam. Amalan pemerintahan diktator ini memaksa kebanyakan pemuda disana untuk melarikan diri ke negara lain untuk mencari pekerjaan dan memulakan hidup baru.

Pemerintah Eritrea bijak mengambil kesempatan ini untuk memaksa mereka yang melarikan diri ke luar negara ini untuk menyumbang kembali kepada negara Eritrea. Ahli-ahli keluarga dan saudara mara mereka yang melarikan akan diugut dan dijadikan tebusan sehingga ahli keluarga mereka yang melarikan diri membayar sejumlah wang kepada kerajaan setiap tahun.

Sejumlah wang yang wajib dibayar ini dianggap sebagai cukai dan dikenali sebagai "Cukai Diaspora". Mengikut undang-undang ini, mereka yang melarikan diri wajib membayar 2% daripada gaji tahunan mereka kepada kerajaan. Sekiranya tidak dibayar, ahli keluarga mereka yang berada di Eritrea akan diugut. Malah, kerajaan juga akan menyukarkan urusan memperbaharui passport bagi mereka yang enggan membayar cukai pelik ini.

Kredit:

  1. The Independent
  2. International Business Times
  3. Economists
  4. The Guardian



Hakcipta iluminasi.com (2017)