sejarah kolonialisma

Pernah tak  tertanya-tanya mengapa bahasa Inggeris dan Sepanyol dianggap sebagai bahasa yang paling penting untuk dipelajari? Atau mengapa kedua-dua bahasa ini adalah yang paling biasa digunakan di seluruh dunia?

Jawapannya adalah penjajahan atau kolonialisme.

Untuk memahami apa itu penjajahan dan sejauh mana ia telah memberi kesan kepada sejarah manusia, bayangkan bahawa anda kembali ke sekolah menengah.

Selalunya akan ada satu kumpulan yang "cool" di dalam kelas anda dan segala yang mereka lakukan dianggap penting; selebihnya hanya cuba mengikuti langkah mereka untuk menjadi "cool".

Sekiranya seorang yang "skema" atau "geek" mempunyai sesuatu yang penting untuk ditawarkan, ia tidak akan dianggap penting oleh seluruh kelas kecuali kumpulan "cool" menyukainya.

Kolonialisme adalah seperti sekolah menengah global. Di skala ini, kumpulan "cool" adalah Eropah.

Kumpulan atau negara yang menguasai orang lain dikenali sebagai kolonis atau kuasa imperialis, sedangkan negara yang ditundukkan menjadi koloni.

Permainan kuasa yang digunakan oleh negara-negara penjajah untuk mengeksploitasi negara-negara lain untuk mendapatkan keuntungan peribadi mereka, menyebarkan budaya, agama dan pendidikan mereka, menggunakan sumber mereka dan bahkan menetap secara terus di situ adalah satu penjajahan.

Bagaimana negara-negara mula menjajah negara-negara lain?

kolonialisme bermula apabila tanah tanah baru ditemui untuk perdagangan

(Kolonialisme bermula apabila tanah-tanah baru ditemui untuk perdagangan)

Menjelang tahun 1914, kebanyakan negara di dunia telah dijajah oleh Eropah. Motif utama adalah menjadi kuasa "kuasa planet" dan menguasai dunia.

Oleh itu, banyak negara Eropah, seperti Itali, Portugal, Greece, Sepanyol, England dan Jerman, mula menguasai tanah jajahan, yang membawa kepada pembahagian penjajah dunia.

Oleh itu, kebanyakan negara di Asia dan Afrika pernah dijajah.

Australia telah menjadi tanah jajahan penempatan di mana pegawai-pegawai British menetap dan menggunakannya sebagai penjara, kerana tiada siapa yang dapat melarikan diri dari negara pulau itu.

Ini semua bermula semasa "Age of Discovery", apabila negara-negara Eropah mula mencari jalan perdagangan baru, tanah baru telah ditemui oleh Christopher Columbus dan Vasco Da Gama.

Orang-orang Eropah ini berjaya memperoleh tanah-tanah tersebut kerana suku kaum pribumi tidak mempunyai kepercayaan untuk memiliki tanah seperti orang Eropah.

Orang-orang Eropah menganggap puak-puak pribumi sebagai orang jahat, kanibal dan kejam. Di bawah penyamaran perdagangan, orang Eropah mula menceroboh tanah-tanah baru ini dan menuntut hak milik.

penjajahan di afrika

(Penjajahan di Afrika)

Penaklukan mereka dilakukan dengan penyamaran yang bijak dengan justifikasi keagamaan mensasarkan orang-orang jahat, seolah-olah ia adalah tanggungjawab moral atau Eropah untuk melakukannya yang menyebabkan penyebaran agama Kristian.

Setelah menyembah unsur-unsur alam selama beribu-ribu tahun, puak-puak pribumi Amerika dan Afrika dipaksa bertukar agama untuk memeluk agama Kristian, yang mana merupakan sebab kenapa Kristian adalah salah satu daripada agama utama di seluruh dunia. 

Adakah kolonialisme satu berkat atau sumpahan?

penjajahan oleh united kingdom

Walaupun penjajahan memberikan sedikit manfaat kepada penduduk tempatan, namun penyeksaan yang dialami tidak setimpal. 

Para penjajah melabur dalam infrastruktur, perdagangan, kemudahan perubatan dan kemajuan teknologi di tanah jajahan mereka. Mereka membantu mewujudkan sistem demokrasi kerajaan dan menyebarkan celik huruf.

Di bawah kepercayaan agama, banyak tindakan ketenteraan telah diambil terhadap puak-puak pribumi. Orang Hispaniola dikurangkan kepada 15,000 daripada 250,000 di bawah pemerintahan Sepanyol.

Perbuatan peperangan yang serupa telah dilihat di Afrika dan tanah jajahan lain yang cuba memberontak terhadap penjajahan.

Kita semua sedar tentang Perhambaan Kulit Hitam dan perkauman bertahun-tahun, perhambaan dan penyeksaan yang dialami penduduk tempatan.  

perhambaan kulit hitam

Orang asli telah dijual sebagai hamba kepada orang "kulit putih" atau diambil sebagai tentera untuk berperang, terutamanya dalam Perang Dunia.

Budaya orang putih, pendidikan dan agama telah dikenakan ke atas orang-orang dengan warna kulit yang lain, bertentangan dengan keinginan mereka. 

Penjajahan juga mempunyai kesan psikologi mendalam di mana bukan sahaja tanah mereka diambil, tetapi juga fikiran mereka.

Penduduk tempatan mula merasa seperti bangsa yang lebih rendah berbanding dengan 'orang kulit putih', menghancurkan harga diri mereka dan meracuni budaya mereka.

Wujudkan wilayah yang masih dijajah?

terdapat kira kira 16 wilayah di dunia yang masih dijajah

Selepas perang yang tak terkira banyaknya antara penjajah dan penduduk tempatan, gelombang dekolonisasi melanda ke seluruh dunia pada abad ke-20, membebaskan majoriti negara di dunia daripada pemerintahan kolonial dan mewujudkan identiti mereka yang bebas.

Terdapat revolusi politik selepas pembentukan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1945 yang melindungi wilayah-wilayah semua negara dan mengekalkan keamanan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, masih ada 16 wilayah yang berada di bawah pemerintahan penjajah iaitu oleh United Kingdom, Amerika Syarikat dan Perancis.

Hubungan ini dikenali sebagai Sisa Penjajahan. Kawasan-kawasan ini belum mencapai status kerajaan sendiri dan dilabelkan sebagai NSGT (Wilayah Bukan Mandiri) yang mana mempunyai jumlah populasi seramai 2 juta orang di bawah pemerintahan penjajah.

Wilayah-wilayah tersebut termasuklah Sahara Barat, Kepulauan Falkland, Bermuda, Kepulauan Cayman, Kepulauan Virgin Amerika Syarikat, Gibraltar, Polinesia Perancis, Guam dan lain-lain.

penjajahan dianggap sebagai satu bencana

Wilayah ini bukan hanya tompokan kecil di peta dunia, tetapi sebenarnya mempunyai kepentingan ekonomi yang penting bagi penjajah.

Kepulauan Cayman dan Bermuda berada di senarai sepuluh teratas berdasarkan KDNK per kapita dan Guam menyediakan keselamatan serantau yang penting.

Gibraltar dan Falklands dipertikaikan secara diplomatik sehingga menjadi sukar untuk mendapatkan kemerdekaan. 

Kolonialisme hanyalah permainan kuasa jahat dan tamak yang perlu dibasmi sepenuhnya seperti penyakit yang berleluasa.

Selain daripada dekolonisasi secara fizikal, dekolonisasi minda jajahan juga penting kerana kolonialisme masih memberikan kesan pada ingatan dan sikap mangsa, yang mana kebanyakannya merasa sukar untuk melupakan pengalaman ngeri. 

Rujukan:

1. Stanford University

2. EGO Shoes

3. Science

4. National Geographic



Hakcipta iluminasi.com (2017)