akhirnya pereka fesyen baju taylor swift taja baju aishah 1

Kredit foto: Instagram Aishah & Instagram Gegar Vaganza

Akhirnya penyanyi Aishah memilih pereka fesyen terkemuka, Amir Kadir untuk memberi tajaan busana buat digayakannya di pentas konsert ketiga Gegar Vaganza 4 (GV4) malam ini.

Pun begitu, pelantun lagu Kemaafan Dendam Yang Terindah ini berkata, dia masih membuka ruang kepada pereka fesyen lain menyerlahkan kreativiti mereka untuk diperagakannya.

akhirnya pereka fesyen baju taylor swift taja baju aishah 2

Kredit foto: Instagram Amir Kadir

Untuk info, Amir yang sebelum ini menetap selama 16 tahun di Dubai dan Kuwait pernah menghasilkan baju untuk nama-nama besar di Hollywood seperti Taylor Swift, Paris Hilton dan Jessie J.

Terdahulu, Aishah menerima kritikan hebat di kalangan banyak pihak yang mempertikaikan busana merah yang disarung di konsert kedua GV4 kerana dikatakan tidak setaraf dengan statusnya sebagai penyanyi lagenda.

Susulan itu, pereka tempatan mula terpanggil untuk menawarkan khidmat kepadanya.

Minggu kedua GV4 menyaksikan Aishah berada di kedudukan kelima menerusi pertaruhan lagu Dingin, nyanyian asal Ziana Zain.

Konsert GV4 ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria. 

Sumber berita: Astro Gempak  

tags : , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)