Kredit foto: Instagram Aaron Aziz

Percubaan pelakon Aaron Aziz membintangi filem Tamil ‘Tik Tik Tik' nyata membuahkan hasil, kerana bukan sahaja diterima baik oleh masyarakat India di Malaysia, malahan juga mendapat sambutan hangat secara global.

Perhatian yang diberikan pada lakonan beliau dalam filem Kollywood sulungnya selaku watak sampingan itu disifatkan umpama menang pilihan raya!

aaron aziz umpama menang pilihan raya di india 2

Kredit foto: indianexpress.com

“Saya terima banyak mesej daripada peminat yang memuji lakonan saya walaupun hanya memegang watak sampingan dalam filem itu,” katanya yang ditemubual secara ekslusif oleh Bernama bertempat di kediamannya di Kuala Lumpur.

Aktor berpengalaman berusia 42 tahun yang beraksi di sisi pelakon utama, Jayam Ravi dalam filem yang menuntutnya berdialog dalam bahasa Inggeris itu, akui, ini merupakan julung kali dalam sejarah karier seninya mendapat sokongan daripada peminat bukan melayu.

Filem berkonsepkan sains fiksyen itu mengisahkan tentang penjelajahan kapal angkasa pertama di India.

Manakala judulnya ‘Tik Tik Tik’ pula sebagai merujuk kepada bunyi jam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)