aaron aziz dedah punca menyepi 1

Kredit foto: Instagram Aaron Aziz

Kerana masalah sakit saraf ‘cervical facet arthritis’ di bahagian leher, pelakon Aaron Aziz terpaksa mengundurkan diri seketika daripada membintangi mana-mana produksi drama dan filem.

Menurut Aaron, masalah tersebut menyebabkan dia tidak mampu berdiri dan duduk dalam tempoh yang lama.

aaron aziz dedah punca menyepi 2

Kredit foto: Instagram Aaron Aziz

Saya pernah mengalami masalah yang sama ketika menjalani penggambaran filem Suamiku Encik Perfect 10 dan baru-baru ini ia menyerang kembali selepas saya mengangkat anak bongsu, Dahlia ketika bermain dengannya. Saya tersalah angkat dan sakit itu datang semula. Saya sudah ke hospital dan doktor memaklumkan ada saraf terperangkap di celah tulang belakang bahagian leher. Jika berdiri atau duduk selama sejam sakit itu akan datang semula. Selepas baring, barulah saya berasa lega. Doktor juga menasihatkan saya supaya lebih banyak berbaring serta tidak mengangkat benda berat dan melakukan senaman lasak sehingga saya pulih sepenuhnya.

Sumber: Astro Gempak

Ketika pertama kali diserang sakit tersebut, Aaron mengakui terpaksa mengambil masa sehingga lapan bulan untuk kembali pulih.

Pelakon itu juga pernah terlibat dalam beberapa kecederaan di set penggambaran, termasuk kemalangan sewaktu menghoskan rancangan realiti TV Fear Factor Malaysia.

aaron aziz dedah punca menyepi 3

Kredit foto: Instagram Aaron Aziz


tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)