dugaan shuib sepahtu menjelang raya peminat utus doa 1

Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu 

Pelawak Shuib Sepahtu merasa bimbang apabila mendapati dirinya terkena serangan demam campak.

Apatah lagi situasi itu berlaku beberapa hari sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri. 

dugaan shuib sepahtu menjelang raya peminat utus doa 2

Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu

Dugaan raya tahun ni agaknya. Dah ada rasa nak kena demam campak sebab anak-anak semua berganti-ganti kena campak. Lepas berbuka semalam, satu badan sakit serta ada bintik-bintik merah dan berair. Pergi ke klinik untuk berjumpa dengan doktor dan terus doktor beritahu 'ya, awak memang kena demam campak'. Termenung sekejap sebab raya hanya tinggal beberapa hari sahaja. Doakan saya cepat sihat, kalau campak ni nak keluar, janganlah keluar banyak sangat. Saya nak raya, doakan saya cepat sembuh. AMIN.

Dalam masa yang sama, status Shuib mengundang keresahan peminat yang rata-ratanya mendoakan semoga pelawak tersebut cepat sembuh.

@fikrizainuri: "Didoakan agar Shuib segera sembuh dan sihat seperti selalu. Selamat Hari Raya @shuibsepahtu."

@ZulArif: "Bertabahlah dengan dugaan yang dihadapi ini mungkin ada hikmah yang terjadi. Semoga Shuib cepat sembuh dan menyambut hari raya dengan penuh riang."

@ssyednaazrul: "Shuib minum air kelapa dan jangan mandi nanti lagi teruk bintik merah itu keluar. Esok mesti baik. Air kelapa asli."

@zaddonomano: "Berehatlah tuan dan kalau nak cepat sembuh minum air kelapa bagi dia keluar habis. Insyallah sempat raya nanti."

@azlin.lin.904: "Moga Shuib cepat sembuh sepenuhnya ya, kesian saya tengok. Dahlah nak dekat raya ni." 

Dalam kunjungan terkini kami mendapati Shuib masih meraikan Aidilfitri menerusi beberapa fotonya bersama keluarga. Namun dalam setiap foto tersebut Shuib meletakkan kapsyen yang disertakan dengan hashtag "rayacampak". 

dugaan shuib sepahtu menjelang raya peminat utus doa 3

Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu 


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)