Kredit foto: Instagram Mugen Rao

   

Peserta Malaysia, Mugen Rao Prakash Rao berjaya mengharumkan nama negara selepas diiktiraf sebagai juara program realiti televisyen popular negara India, Bigg Boss musim ketiga.

Dengan kemenangan itu, Mugen yang juga penyertaan Malaysia pertama dalam rancangan adaptasi Big Brother itu, menerima ganjaran berupa trofi dan wang sebanyak 50 Lakh Indian Rupee (RM294,390).

Beliau menewaskan tiga finalis lain di pusingan akhir dengan jumlah undian diterima melebihi 700 juta!

Perwatakannya yang menyenangkan, dengan kebolehan menyanyi secara spontan, berjaya menambat hati penonton program yang dihoskan oleh selebriti ternama India, Kamal Haasan itu.

   

Biodata

1. Pemilik nama Mugen Rao Prakash Rao. Popular sebagai 'Mugen Rao'.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 20 Oktober 1995. Kini berusia 24 tahun.

3. Berwarganegara Malaysia dan beragama Hindu.

4. Berketinggian 5 kaki 9 inci dan mempunyai berat badan 72 kilogram.

5. Berstatus bujang.

6. Mendapat pendidikan awal di Kuala Lumpur.

7. Pemegang diploma dalam jurusan Performing Arts daripada Limkokwing University, Cyberjaya.

8. Merupakan seorang model, pelakon, penyanyi, pengarah dan penulis lirik.

9. Mula membuat kemunculan sulung sebagai aktor menerusi telefilem Senandung Malam. Diikuti Da Bomba, Gerak Khas, Sindiket Fixie, Rumah Kecil Itu, Rembau Ada WiFi, Sekuriti, Agam Puram 2017 dan Sugamaana Sumaigal.

10. Turut membintangi filem Ghora, Haran dan Hey Coffeelopher, termasuk filem pendek Deepavali Special dan Light Up Someone’s Life.

11. Juga menjayakan iklan televisyen untuk jenama-jenama terkemuka seperti KFC, Shell, KitKat, XPax 2017 dan Harian Metro.

12. Antara rangkaian lagu hitsnya seperti Kaadhaley Kannir, Aayiram Sorkal, Ring-Eh, Kayalvizhi, Pogiren, Abinaya, Kannu Rapulo (Telugu) dan Zombie Kadhal.

   

Fakta Menarik

  • Suka menonton filem.
  • Gemar mengembara.
  • Mengidolakan aktor Vijay.

   

Foto

mugen rao big boss

mugen rao

mugen rao song

mugen rao instagram

mugen rao wife

mugen rao full biodata

Kredit foto: Instagram Mugen Rao

   

Video

Kredit foto: #BiggBoss Mugen Rao Press Conference

   

Sumber:

1. Mugen Rao Wiki, Age, Biography, Family, Songs & More

2. Malaysia's Mugen Rao Wins Bigg Boss 3!

3. Mugen Rao Becomes Malaysia’s First Ever Contestant To Win India’s Reality TV Show 'Bigg Boss'

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)