Oleh pada 29 Jul 2018 kategori

Penulisan ini ditulis saudara Baharuddin Mohamed di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi mendapat kebenaran untuk mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama. Penulisan ini telah disunting bagi memudahkan pembacaan.

Tahukah anda 10 tahun dari sekarang mungkin ramai diantara kita akan bekerja dari rumah ?. Di Amerika Syarikat, perkara ini telah berlaku lebih 10 tahun dulu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Saya mempunyai kawan yang tinggal di Malaysia, namun beliau sebenarnya adalah arkitek untuk sebuah syarikat terkenal di United Kingdom.

Mungkin beberapa tahun lagi kita boleh bertemu perkara ni di Malaysia. Pejabat tidak lagi diperlukan. Istilah kerja masuk jam 8 pagi dan pulang jam 5 petang mungkin akan pupus.

kerja dari rumah boleh jimatkan kos dan tenaga

Banyak kos boleh dan tenaga boleh dijimatkan dan tak perlu bersesak-sesak untuk ke pejabat. Apa yang penting adalah anda perlu siapkan kerja anda.

Saya sangat berminat dengan perkara ini dan telah membuat kajian lebih setahun tentang kerjaya "bekerja dari rumah" ini.

Saya mendapati bahawa lebih daripada 50% generasi Y berpendapatan lebih 2 kali ganda dari gaji sebenar jika dia bekerja di luar.

Bagi yang berkeluarga, anda boleh meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak sekaligus merapatkan hubungan kekeluargaan.

Saya sendiri telah sediakan pejabat kecil di rumah lebih daripada 10 tahun yang lalu, dan ini 10 tips kejayaan bekerja dari rumah.

1. Menyediakan tempat kerja khas yang selesa

sediakan ruang yang selesa untuk bekerja di rumah

Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada mesin pencetak dan beberapa keperluan asas. Ruang pual tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.

Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai meja yang selesa untuk anda mulakan kerja.

Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja sahaja. Kalau boleh, peruntukan satu bilik khas yang kurang gangguan dan bunyi bising.

Ingat, anda perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan mengharapkan duit datang bergolek.

2. Bekerja mengikut waktu

kerja di rumah haruslah mengikut waktu

Jangan anda rasakan bahawa anda bekerja di rumah bermaksud anda boleh mulakan kerja pada bila-bila masa sesuka hati. Jika boleh, lakukan seperti biasa sebagaimana anda bekerja di pejabat.

Masuk "pejabat" anda pukul 9 pagi dan keluar jam 5 petang. Ini adalah antara perkara yang paling susah iaitu mendisiplinkan diri kerana pelbagai gangguan seperti menonton televisyen dan melayari internet boleh berlaku.

Namun, jika anda berjaya mengatasinya, anda akan berjaya bekerja di rumah.

3. Ambil masa rehat

ambil masa rehat yang teratur

Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat. Contohnya, berehat sebentar ketika waktu makan tengah hari setiap hari.

Apabila anda mengambil masa rehat yang teratur, maka anda akan menyedari bahawa kualiti kerja yang anda hasilkan menjadi lebih baik.

4. Jangan dibersihkan tempat kerja

jangan dibersihkan tempat kerja

Itu sebabnya penyediaaan tempat yang sesuai dan selesa adalah amat penting untuk anda bekerja di rumah. Kadang-kala anda tidak perlu bersihkan setiap hari yang mana akan mengambil banyak masa.

Apa yang anda perlukan adalah mood untuk bekerja, jadi ia tidak perlu sentiasa kemas tetapi janganlah terlalu bersepah hingga boleh mengganggu produktivi kerja anda.

5. Bekerja dengan disiplin

bekerja di rumah memerlukan disiplin yang tinggi 2

Jika anda perlu berjumpa dengan sesiapa sahaja tak kisahlah ahli keluarga atau rakan, pastikan anda lakukannya ketika waktu rehat yang ditetapkan oleh anda.

Walaupun anda sendiri yang tentukan waktu kerja anda, namun jika perkara ini tidak dikawal, lama-kelamaan ia akan menjadi tabiat di mana anda dengan mudah meninggalkan "pejabat" untuk bertemu dengan orang.

Disiplin di kala bekerja di rumah adalah lebih sukar berbanding di pejabat kerana anda bersendirian. Ingat, anda tak boleh lakukan sesuka hati walaupun bekerja di rumah.

6. Tinggalkan rumah sehari dalam seminggu

sekali sekala ambil cuti daripada kerja di rumah

Mungkin tip ini kedengaran seperti aneh, namun ia amat penting bagi meneruskan kelangsungan anda untuk bekerja di rumah.

Disebabkan anda tinggal dirumah setiap hari, makan di rumah dan kerja juga di rumah, maka perasaan bosan itu akan hadir secara perlahan-lahan.

Saya syorkan anda untuk pilih satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah dan melakukan apa-apa aktiviti di luar bagi mendapat kelainan sebelum kembali semula ke rumah.

Sekali-sekala anda boleh berehat daripada kerja dengan bercuti sebentar, tetapi pastikan kerja sudah selesai.

7. Buat kerja secara rutin

bekerja di rumah secara profesional

Bukan waktu kerja sahaja yang memerlukan jadual, tetapi juga rutin harian anda. Anda harus mengatur semuanya dengan baik dan mengikut segala peraturan, sebagai contoh:

  • Bangan tidur,
  • Bersihkan diri, mandi, solat dan bersiap.
  • Bersarapan
  • Masuk tempat kerja
  • Buat panggilan pelanggan
  • Makan tengahari / jumpa kenalan
  • Sambung kerja
  • Siapkan kerja jam 5 petang
  • Senaraikan tugasan untuk hari esok
  • Ulang langkah pertama.

8. Bekerja dengan profesional

bekerja dari rumah banyak kebaikan

Apa yang berubah adalah pejabat sahaja iaitu ke rumah anda, namun kerja anda tetap sama. Anda perlu bertanggungjawab seperti anda bekerja di pejabat.

Jangan hanya disebabkan anda bekerja dari rumah, anda secara sukarela melakukan kerja-kerja lain yang tak perlu anda buat seperti menjaga anak jiran atau sebagainya.

Anda perlu faham kerja yang bukan tugas anda, tak perlu anda lakukan melainkan ada masa yang lapang. Pastikan anda memberikan keutamaan kepada kerja anda dan sikap ini bukan lah pentingkan diri sendiri tetapi profesional.

Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka e-mel anda secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau majikan anda.




Hakcipta iluminasi.com (2017)