Perjalanan hidup dan kejayaan bagi setiap individu adalah berbeza-beza. Bagi sesetengah orang, ia adalah jalan yang lurus yang mudah tetapi bagi sesetengah pula mereka berhadapan dengan halangan yang sukar.

Ini bermakna ada orang yang berjaya di awal usia dan mereka yang lebih lewat. Namun, ia tidak bermakna mereka tidak akan berjaya dan harus berputus asa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk menggambarkan bagaimana tiada jalan yang sama untuk berjaya bagi setiap orang, iluminasi.com kongsikan apa yang dilakukan 8 individu berjaya ketika berusia 25 tahun.

1. Steve jobs

steve jobs ini apa yang dilakukan 10 individu berjaya ketika berusia 25 tahun

Jawatan: Bekas pengerusi, CEO dan pengasas bersama Apple Inc.

Nilai kekayaan: RM40.55 bilion

Menjelang hari terakhir dagangannya iaitu pada Disember 1980, Apple Computer mempunyai nilai pasaran sebanyak USD1.2 bilion, menjadikan pengasas bersama syarikat ini sangat kaya. Steve Jobs, salah seorang daripada 3 pengasas bersama syarikat ini, berusia 25 tahun.

Steve kemudiannya memberitahu ahli biografi Walter Isaacson bahawa dia bersumpah tidak akan membiarkan wang dan kekayaan merosakkan hidupnya. Kekayaan Steve Jobs sebelum beliau meninggal dunia adalah sebanyak RM40.55 bilion.

2. Howard Schultz

howard schultz ini apa yang dilakukan 10 individu berjaya ketika berusia 25 tahun

Jawatan: Bekas CEO dan Pengerusi Eksekutif Starbucks

Nilai kekayaan: RM11.13 bilion

Selepas tamat pelajaran di Universiti Northern Michigan, Howard bekerja sebagai jurujual untuk Xerox. Kejayaannya membuatkan syarikat Sweden, Hammerplast, yang mengeluarkan mesin kopi merekrut beliau ketika berusia 26 tahun.

Ketika bekerja untuk syarikat tersebut, beliau pertama kali ternampak cawangan Starbucks di Seattle, dan menyertai syarikat tersebut ketika berusia 29 tahun.

"Saya belajar lebih banyak di situ (Starbucks) daripada di kolej mengenai dunia keperjaan dan perniagaan. Mereka mengajar saya tentang jualan, pemasaran dan kemahiran perbentangan, membuatkan saya lebih yakin dengan diri sendiri".

3. Jeff Bezos

jeff bezos ini apa yang dilakukan 10 individu berjaya ketika berusia 25 tahun

Jawatan: Pengasas, pengerusi, dan CEO Amazon

Nilai kekayaan: RM555.6 bilion

Pada usia, bakal pengasas dan CEO Amazon ini bekerja dengan Bankers Trust membangunkan perisian revolusi untuk institusi perbankan pada masa itu. 2 tahun kemudian, beliau dilantik sebagai timbalan presiden syarikat itu, menjadikannya individu termuda pernah memegang jawatan tersebut di syarikat itu.

Kini, Jeff Bezos adalah manusia terkaya di dunia dengan kekayaan RM555.6 bilion, mengatasi Warren Buffet dan Bill Gates.

4. Donald Trump

donald trump ini apa yang dilakukan 10 individu berjaya ketika berusia 25 tahun

Jawatan: Presiden Amerika Syarikat jutawan hartanah

Nilai kekayaan: RM12.3 bilion

President Amerika Syarikat Donald Trump membesar sebagai anak kepada ahli hartanah yang sangat kaya dan berpengaruh. Ketika berusia 25 tahun, beliau merupakan pemaju hartanah yang diberikan kawalan terhadap syarikat bapanya, Elizabeth Trump & Son yang kemudiannya ditukarkan kepada nama Trump Organization.

Tak lama selepas itu Trump terlibat dalam projek bangunan yang besar dan menguntungkan di Manhattan.

5. Elon Musk

elon musk ini apa yang dilakukan 10 individu berjaya ketika berusia 25 tahun

Jawatan: Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif, dan pereka utama SpaceX; pengasas bersama, Ketua Pegawai Eksekutif, dan arkitek produk Tesla, Inc .; dan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Neuralink

Nilai kekayaan: RM75.9 bilion

Sebelum berusia 25 tahun, Elon Musk berhenti daripada program PhD di Universiti Stanford bagi menyertai "dot-com boom" (gelombang pelaburan yang terbentuk pada syarikat-syarikat Internet antara 1995 dan 2000) dan melancarkan syarikat internetnya yang pertama, Zip2 yang menyediakan direktori dan peta perniagaan.

4 tahun kemudian, Compaq membeli syarikat tersebut dengan harga RM1.22 bilion dan Elon menggunakan wang tersebut untuk melancarkan syarikat seterusnya, PayPal.

6. Mark Zuckerberg

mark zuckerberg ini apa yang dilakukan 10 individu berjaya ketika berusia 25 tahun

Jawatan: Pengasas bersama pengasas, pengerusi dan CEO Facebook

Nilai kekayaan: RM292.6 bilion

Mark zuckerberg telah bekerja keras membangunkan Facebook selama 5 tahun ketika usianya mencapai 25 tahun. Pada tahun itu, 2009, syarikat ini menjadi positif tunai buat kali pertama dan mencecah 300 juta pengguna di seluruh dunia.

Mark sangat teruja pada ketika itu namun berkata ia hanyalah permulaan. Setahun kemudian pada 2010, Mark Zuckerberg dinamakan sebagai "Person of the Year" oleh majalah Time.

7. Larry Ellison

larry elison ini apa yang dilakukan 10 individu berjaya ketika berusia 25 tahun

Jawatan: Pengasas bersama, pengerusi eksekutif dan ketua pegawai teknologi Oracle Corporation.

Nilai kekayaan: RM229.7 bilion

Selepas berpindah ke Berkeley, California pada usia 22 tahun, Larry Elison yang tidak menghabiskan pelajaran di kolej ini menggunakan apa yang beliau belajar di kolej dan mempelajari sendiri mengenai pengaturcaraan komputer.

Larry mendapat kerja teknikal yang pelik di tempat seperti Fireman's Fund, Wells Fargo dan AMPEX sebelum akhirnya bekerja di Amdahl Corporation, di mana beliau mula membina sistem kerangka utama IBM yang pertama.

8. Ralph Lauren

ralph lauren ini apa yang dilakukan 10 individu berjaya ketika berusia 25 tahun

Jawatan: Pengasas dan CEO Ralph Lauren Corporation

Nilai kekayaan: RM23 bilion

Bekas CEO Ralph Lauren ini dilahirkan dengan nama Ralph Lifshitz di Bronx, New York namun menukarkan namanya ketika berusia 15 tahun. Beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Baruch dan berkhidmat dengan Angkatan Tentera Amerika Syarikat sehingga usia 24 tahun sebelum bekerja untuk Brooks Brothers.

Pada usia 26 tahun, Ralph Lauren memutuskan untuk merekabentuk tali leher gaya Eropah yang membawa kepada peluang bekerja untuk Neiman Marcus. Setahun kemudian, beliau melancarkan label "Polo".

9. Mark Cuban

mark cuban ini apa yang dilakukan 10 individu berjaya ketika berusia 25 tahun

Jawatan: Pemilik Dallas Mavericks Association of Basketball Association (NBA), pemilik bersama 2929 Entertainment dan pengerusi AXS TV

Nilai kekayaan: RM14.7 bilion

Menjelang usia 25, Mark telah menghabiskan pengajiannya di Indiana University dan telah berpindah ke Dallas. Pelabur "Shark Tank" ini bermula dengan bekerja sebagai bartender dan kemudiannya bekerja sebagai jurujual untuk sebuah peruncit perisian komputer.

Disebabkan beliau mahu mengejar jualan lebih daripada menjalankan tugasnya iaitu membuka kedai di waktu pagi, Mark telah dipecat majikannya. Ini membantu menjadi inspirasi untuk membuka perniagaan pertamanya iaitu MicroSolutions.

"Ketika saya tiba di Dallas, hidup saya sangat sukar, tidur di atas lantai dengan 6 lelaki yang lain dalam apartment 3 bilik. Saya pernah bersiar-siar, tengok rumah-rumah besar dan membayangkan bagaimana rasanya tinggal di dalamnya dan menggunakannya sebagai motivasi,"

10. Richard Branson 

richard branson ini apa yang dilakukan 10 individu berjaya ketika berusia 25 tahun

Jawatan: Pengasas Virgin Group

Nilai kekayaan: RM19.9 bilion

Ketika berusia 20 tahun Richard Branson membuka kedai rakaman pertamanya, yang pada ketika itu sebuah studio. Ketika berusia 22 tahun, beliau melancarkan label Virgin Records dan menjelang usia 30 tahun, syarikatnya terkenal di antarabangsa dan bergelar jutawan.

"Saya masih ingat dengan jelas waktu awal-awal saya mula berniaga.Bagi saya, adalah lebih sukar menjadi pemilik perniagaan kecil yang memulakan perniagaan daripada mempunyai pekerja-pekerja bekerja untuk kita dan juga 400 syarikat. Membina perniagaan dari tiada apa-apa memerlukan pengorbanan 24 jam, 7 hari seminggu, dan juga perceraian. Sangat sukar untuk menjaga keluarga, sangat memerlukan kerja keras dan hanya satu perkataan sahaja yang penting, iaitu "surviving"".

EKSTRA (Usahawan Malaysia)

1. Dato' Seri Aliff syukri

aliff syukri ini apa yang dilakukan 10 individu berjaya ketika berusia 25 tahun

Jawatan: Pengasas dan CEO De'Herbs

Nilai Kekayaan: Tidak dapat dipastikan, anggaran gaji antara RM21,818.18 hingga RM202,000

Dato Alif Syukri mula bekerja sebagai pembantu khidmat pelanggan, dan kemudiannya berhenti kerana minat berniaga. Beliau mula menjual produk kecantikan dari rumah ke rumah dan dengan bermodalkan RM450, beliau berniaga di Pasar Tani Seksyen 13 Kelana jaya dan pasar malam lain.

Perniagaannya mendapat sambutan yang menjadi inspirasi kepada pelancaran produk kecantikan jenama sendiri. Keuntungan perniagaan sebelum itu digunakan Dato Alif untuk menubuhkan D'Herbs ketika berusia 23 tahun.

Pada usia 25 tahun, beliau telah dikurniakan gelaran Dato.

2. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

syed mokhtar al bukhary ini apa yang dilakukan 10 individu berjaya ketika berusia 25 tahun

Jawatan: Pengasas Kumpulan Syarikat Albukhary dan Yayasan Albukhary

Nilai Kekayaan: RM6.32 bilion

Daripada perniagaan menjual daging, Tan Sri Mokhtar beralih kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972 ketika berusia 21 tahun, beliau berjaya mendapatkan permit 4 buah lori kelas A serta bantuan pinjaman daripada MARA sebanyak RM110,000 yang digunakan untuk membeli 2 buah lori.

Ditawarkan oleh peniaga Cina untuk membeli 2 lagi permit yang tidak digunakan, beliau menolak dan menyerahkan kembali permit-permit tersebut. Beliau kemudiannya menubuhkan sebuah syarikat pengangkutan, Syarikat Pengangkutan Sentosa dan membeli ruah kedai pertama di Alor Setar ketika berusia 23 tahun.

Ketika berusia 24 tahun pula, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara.

3. Tan Sri Robert Kuok

robert kuok ini apa yang dilakukan 10 individu berjaya ketika berusia 25 tahun

Jawatan: Pengasas Kumpulan Kuok, pengasas dan pengerusi rangkaian hotel Shangri-La Hotels and Resorts, syarikat beras

Nilai kekayaan: RM81.9 bilion

Manusia terkaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok, mula bekerja sebagai seorang kerani di jabatan perdagangan beras di Mitsubihi Shoji Kaisha, sebuah syarikat Jepun semasa pendudukan Jepun di Singapura di antara tahun 1942 hingga 1945 ketika berusia 19 hingga 22 tahun.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai ketua jabatan. Selepas perang tamat, beliau membawa pengalamannya pulang ke Johor meneruskan perniagaan keluarga.

Ketika berusia 25 tahun, bapanya meninggal dunia dan beliau bersama 2 abangnya serta sepupunya menubuhkan Kuok Brothers Sdn Bhd, sebuah syarikat perdagangan komoditi pertanian pada tahun 1949.

Rujukan:

1. Business Insider




Hakcipta iluminasi.com (2017)