Pada 9 Jun 2018, Ratu Elizabeth II diraikan sebagai sebahagiaan daripada "Trooping the Colour", sebuah acara yang menandakan hari jadi rasmi kedaulatan kerajaan Britian selama 270 tahun.

Dan pada 21 April, hari ulang tahun sebenar beliau, juga disambut dengan meriah. Ya, mempunyai dua hari jadi adalah salah satu daripada banyak kelebihan menjadi ketua keluarga diraja British. Dengan itu iluminasi.com ingin kongsikan 9 perkara yang sangat pelik dan mengejutkan, yang dimiliki oleh Ratu Elizabeth II.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Semua angsa Sungai Thames

angsa di sungai thames 9 perkara milik ratu elizabeth ii yang sangat pelik dan menakjubkan

Ratu Elizbeth II mempunyai tersangat banyak haiwan peliharaan, jika anda mengambil kira bahawa beliau secara teknikalnya memiliki (pemilik bersama) bagi semua angsa-angsa yang tidak dituntut di kawasan perairan terbuka di England dan Wales.

Beliau berkongsi kepemilikan angsa-angsa ini dengan Worshipful Company of Vintners dan Worshipful Company of Dyers, sebuah perjanjian yang dilakukan pada abad ke-15, ketika mana haiwan ini dianggap sebagai makanan istimewa.

Jadi, berapa banyak angsa yang dimiliki oleh Ratu Elizabeth? Kita akan tahu tak lama lagi apabila angsa-angsa ini dikira dalam satu acara 5 hari dikenali sebagai "Swan Upping", yang diadakan setiap tahun. Tahun ini ia diadakan dari 16 hingga 20 julai, di Sungai Thames di antara Sunbury dan Abingdon, England.

2. Semua ikan lumba-lumba di United Kingdom

queen elizabeth dan ikan dolfin

Seperti angsa, Ratu Elizabeth juga memiliki banyak makhluk akuatik di negara ini. Undang-undang dari tahun 1324, yang berasal dari pemerintahan Raja Edward II, menyatakan bahawa:

"Raja boleh menuntut semua dalam laut di seluruh alam, ikan paus dan sturgeon yang ada dalam laut atau di tempat lain di seluruh alam, kecuali di kawasan tertentu".

Undang-undang ini masih kekal sehingga kini dan bukan sahaaja meliputi ikan paus dan ikan sturgeon tetapi juga ikan lumba-lumba, jika ia ditangkap dalam jarak 3 batu daripada United Kingdom.

Sehingga kini, Ratu Elizabeth juga menuntut sebahagian besar krustasea liar di Scotland.

3. Hampir keseluruhan Regent Street

regent street 9 perkara milik ratu elizabeth ii yang sangat pelik dan menakjubkan

Terletak di tengah-tengah Selatan London, Regent Street adalah antara salah satu jalan raya paling terkenal di dunia. Berukuran kira-kira 2 kilometer panjang, jalan ini melalui kedua-dua Piccadilly Circus dan Oxford Circus dan menarik lebih daripada 7.5 juta pelancong setiap tahun.

Semua ini adalah sebahagian daripada Crown Estate, yang bermakna ia adalah hak milik Ratu Elizabeth II secara sah. Namun, beliau tidak berhak kepada mana-mana royalti daripada kebanyakan kedai yang terdapat di sini.

4. Separuh daripada pantai di United Kingdom

separuh daripada pantai di uk 9 perkara milik ratu elizabeth ii yang sangat pelik dan menakjubkan

Kawasan bandar di United Kingdom bukanlah satu-satunya hartanah yang dimiliki oleh Ratu Elizabeth II. Beliau juga memiliki kurang sedikit daripada separuh pantai di sekitar England, Wales dan Ireland Utara.

5. Enam kediaman diraja

6 kediaman diraja 9 perkara milik ratu elizabeth ii yang sangat pelik dan menakjubkan

Satu perkara yang tidak kurang pada keluarga diraja ini adalah tempat untuk berteduh. Walaupun Istana Buckingham yang mempunyai 775 buah bilik adalah kediaman utama beliau, namun hartanah mewahnya termasuklah Istana Windsor, Istana Holyrood di Edinburgh, Scotland, dan Istana Hillsborouh di Ireland Utara yang berkeluasan 100 ekar.

Ladang Sandringham, di mana keluarga diraja ini menyambut Krismas, dan Istana Balmoral, ladang musim panas kegemarannya, adalah milik peribadi Ratu Elizabeth II yang diwarisi daripada bapanya.

6. Lebih daripada 200 utas beg Launer

lebih 200 utas beg launer 9 perkara milik ratu elizabeth ii yang sangat pelik dan menakjubkan

Ratu Elizabeth jarang dilihat tanpaa beg tangan, yang mana digunakannya untuk memberikan isyarat kepada kakitangannya. Tapi, beliau tidak hanya membawa mana-mana beg, tetapi lebih suka memilih beg daripada pereka mewah London, Launer.

Beg tangan Launer model Royale dan Traviata adalah yang paling digemarinya. CEO jenama ini menganggarkan beliau memiliki kira-kira 200 utas beg tangan ini. Dengan harga kira-kira RM9,970 seutas, nilai beg tangan beliau mencecah RM2 juta.

7. ATM peribadi

atm peribadi 9 perkara milik ratu elizabeth ii yang sangat pelik dan menakjubkan 560

Agak pelik jika Ratu Elizabeth II memerlukan wang tunai untuk berbelanja kerana mungkin apa yang beliau mahu boleh diperolehi secara percuma. Namun, jika beliau masih memerlukan wang tunai, terdapat ATM peribadi di ruang bawah tanah Istana Buckingham.

Ia adalah ihsan Bank Coutts, yang dibina khas untuk keluarga diraja.

8. Koleksi kereta bernilai lebih daripada RM40 juta

koleksi kereta bernilai lebih rm40 juta 9 perkara milik ratu elizabeth ii yang sangat pelik dan menakjubkan 465

Memandangkan beliau berkhidat sebagai pemandu trak dan mekanik ketika Perang Dunia Kedua, adalah tidak menghairankan jika Ratu Elizabeth II mempunyai minat mendalam terhadap automotif.

Walaupun beliau dilihat sering bersiar-siar menaiki Land Rover Defender kesayangan beliau, Ratu Elizabeth memiliki 30 unit kenderaan dan koleksi keretanya adalah melebihi daripada jumlah itu yang dianggarkan bernilai lebih RM40 juta.

Antara model dalam koleksi tersebut adalah 3 buah Rolls-Royce, 2 buah Bentley dan sebuah Range Rover LWB Laundaulet custom yang memaparkan bendera diraja.

9. Taman-taman popular di London

taman taman di london 9 perkara milik ratu elizabeth ii yang sangat pelik dan menakjubkan

Dengan begitu banyak kediaman untuk dipilih, Ratu Elizabeth mungkin tidak lagi memerlukan ruangan hijau seperti taman.

Namun sekiranya beliau ingin bersiar-siar mengambil angin segar dan bergaul dengan orang kebanyakan, beliau memiliki beberapa ruang terbuka yang paling terkenal di England termasuklah Hyde Park, Kensington Gardens, The Regent's Park, Primrose Hill dan Green Park.

Rujukan:

1. Ment

2. Insider

3. Nat Geo




Hakcipta iluminasi.com (2017)