Operasi London Bridge. Itulah nama kod yang diberikan kepada pelan yang disediakan untuk hari-hari dan minggu-minggu selepas kematian Ratu Elizabeth II.

Ratu Elizabeth II telah berada di atas takhta kerajaan sejak tahun 1952 dan merupakan pemerintahan beraja paling lama dalam sejarah Inggeris.

Dalam tempoh 67 tahun itu, beliau telah melihat lebih dari sedozen perdana menteri United Kingdom, hampir 20 Olimpik Musim Panas dan lebih dari separuh sedozen Pope.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ratu Elizabeth II adalah asas kepada Komanwel, penaung kepada hampir 600 organisasi dan badan amal, serta memainkan peranan penting dalam perikatan Inggeris dengan banyak negara.

Jadi, kematian beliau akan membawa banyak perubahan kepada pihak yang berkenaan, bukan sahaja kepada United Kingdom tetapi mungkin kepada dunia.

apa yang akan berlaku jika ratu elizabeth ii meninggal dunia 1

Selepas hembusan nafas yang terakhir, setiausaha peribadinya, The Right Honorable Edward Young, akan segera menyampaikan mesej kepada perdana menteri ketika itu.

Mesej itu mungkin akan disampai sebagai "London Bridge is down."

Kemudian perdana menteri akan memulakan Operasi London Bridge. Dalam beberapa minit, 15 kerajaan di luar UK di mana Ratu Elizabeth II merupakan ketua negara, akan dimaklumkan melalui talian yang selamat. 

Dan ini akan diikuti oleh 36 negara Komanwel dan pemimpin-pemimpin lain di seluruh dunia.

Pintu-pintu istana Buckingham akan menyampaikan notis hitam tentang berita ini. Pada masa yang sama, berita tergempar di media masa akan memberi amaran kepada media di seluruh dunia.

Setiap saluran media telah bersedia untuk berita itu dan setiap stesen radio mempunyai rangkaian lampu-lampu yang akan menyala untuk menunjukkan bencana kebangsaan seperti ini.

Semua rancangan BBC akan dihentikan dan terus menjalankan suapan khusus untuk berita tersebut.

apa yang akan berlaku jika ratu elizabeth ii meninggal dunia 0

Pembaca berita akan memakai sut dan pakaian hitam sepanjang masa di studio berita dan penjenamaan tradisional BBC News yang berwarna merah akan bertukar menjadi hitam.

Surat khabar, saluran TV dan stesen radio sudah bersedia untuk membuat liputan untuk beberapa hari yang berikutnya. 

Pada hari yang sama dengan hari kematian Ratu Elizabeth II, anak sulung beliau iaitu Putera Charles, akan segera menjadi raja.

Dan dilaporkan bahawa bursa saham, perniagaan dan kedai-kedai di seluruh UK kemungkinan besar akan ditutup untuk menghormati hari itu.

Sehari selepas kematian ratu, Raja Charles akan membuat ucapan rasmi pertamanya sebagai Raja melalui livestream.

Dan kerajaan akan bersumpah dengan suara tabik 41-senapang di Hyde Park, London.

Selepas itu, Raja Charles akan berangkat untuk lawatan ke seluruh United Kingdom dan melawat pemimpin kerajaan di ibu negara masing-masing, Edinburgh, Belfast, dan Cardiff, sebelum pulang ke London.

putera charles bakal mengantikan ibunya ratu elizabeth ii

Dalam tempoh ini, saluran TV akan memainkan banyak dokumentari yang telah dibuat ke atas penghormatan Ratu Elizabeth II.

BBC akan menghentikan rancangan komedi sebagai tanda penghormatan sehingga selepas pengebumian.

Empat hari selepas kematian, keranda Ratu Elizabeth II akan dipimpin oleh perarakan tentera dari Istana Buckingham ke Dewan Westminster.

Di sini, beliau akan dibaringkan untuk tempoh empat hari yang akan datang diikuti dengan penghormatan terakhir oleh Raja Charles, keluarga dan para kenamaan.

Kemudian, pintu kemungkinan akan dibuka kepada ratusan ribu orang awam yang beratur di luar. Pengebumian Ratu Elizabeth II dianggarkan berlaku 10 hingga 12 hari selepas beliau meninggal dunia.

Apa yang pasti adalah, hari pengebumian tersebut akan menjadi cuti bank rasmi untuk seluruh United Kingdom.

Bursa saham akan ditutup untuk kedua kalinya dalam masa kurang dari dua minggu dan banyak perniagaan turut akan melakukan perkara yang sama.

keranda ibunda ratu elizabeth ii dalam dewan westminster 659

(Keranda ibunda Ratu Elizabeth II dalam Dewan Westminster pada tahun 2002)

Tepat pukul 11 pagi, loceng Big Ben akan berbunyi, seluruh negara akan berdiam dan keranda akan dibawa ke dalam Westminster Abbey, di mana 2,000 tetamu yang dijemput khas akan menundukkan kepala sambil berdoa.

Selepas upacara ini, keranda akan dibawa ke Istana Windsor dan akhirnya ke Gereja St. George, di mana Ratu Elizabeth II kemungkinan akan dikebumikan di sebelah kubur ayahanda beliau, Raja George VI.

Kemungkinan dalam tempoh setahun selepas pengebumian ini, penobatan rasmi untuk Raja Charles akan berlaku pada satu lagi hari cuti bank.

Secara keseluruhannya, dengan mengambil kira pelbagai cuti bank, perbelanjaan pengebumian dan sambutan pertabalan, kematian Ratu Elizabeth II dianggarkan membebankan ekonomi UK berbilion-bilion pound.

pertabalan ratu elizabeth ii sebagai ratu england

Di samping itu, beratus-ratus perubahan akan berlaku di seluruh UK pada bulan-bulan yang akan datang.

Mata wang British baru akan dicetak dengan potret Raja dan mata wang Ratu Elizabeth II secara perlahan-lahan dihapuskan daripada penggunaan.

Perkara yang sama akan berlaku kepada setem, pasport serta pakaian seragam polis dan tentera. Lagu kebangsaan akan diubah kepada "God Save the King". "

Itu belum mengambil kira bagaimana dunia dan Komanwel akan memberikan respon terhadap Raja baru yang dapat mengubah keluarga diraja Britain selama-lamanya.

Sebagai contoh, terdapat sokongan yang semakin meningkat di Australia oleh kedua-dua parti pemerintah dan pembangkan untuk negara itu menjadi republik dan kematian Ratu Elizabeth II boleh meningkatkan sokongan itu.

negara komanwel

Jika Australia benar-benar menjadi sebuah republik, kemungkinan besar New Zealand, Kanada, Bermuda dan Barbados serta negara-negara Komanwel yang lain mahu mengikuti jejak langkah itu. 

Ini secara langsung akan membuatkan monarki Britain menjadi lemah.

Situasi ini pasti akan berlaku suatu hari nanti dan apabila Operasi London Bridge dimulakan, kita akan melihat mungkin antara salah satu pengebumian terbesar seumur hidup kita akan disaksikan di seluruh dunia.

Dan ia akan menjadi pengakhiran kepada sebuah era.

Rujukan:

1. Reader's Digest

2. Business Insider

3. Global News




Hakcipta iluminasi.com (2017)