peranan sebenar ratu lebah

Menurut organisasi pemuliharaan antarabangsa tidak berkeuntungan iaitu Institut Earthwatch, lebah adalah spesies terpenting di bumi.

Tanpa lebah, pengeluaran makanan global akan menjadi sangat berbeza. Menurut Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), tiga daripada empat tanaman yang menghasilkan buah atau biji untuk penggunaan manusia bergantung (sekurang-kurangnya 50%) kepada pendebungaan.

Walaupun pendebunga juga termasuk dari spesis kelawar dan burung, namun serangga seperti lebah, rama-rama, dan lalat bunga adalah yang paling biasa. Pengebunga menyokong pengeluaran 87% tanaman makanan terkemuka di seluruh dunia.

Dalam koloni lebah, ratu lebah adalah sosok utama yang memainkan peranan penting. Namun, pernahkah anda tertanya-tanya apakah sebenarnya peranan yang dimainkan oleh ratu lebah?

Ratu lebah adalah jantung dan jiwa koloni lebah madu.

Ia adalah sebab kepada hampir semua yang dilakukan oleh lebah lain dalam koloni dan merupakan satu-satunya lebah yang mana ketiadaannya mampu menghancurkan sesebuah koloni lebah.

fungsi ratu lebah dalam koloni lebah

Dalam sesebuah sarang lebah, hanya terdapat seekor ratu lebah sahaja dan merupakan lebah terbesar dalam koloni dengan badan yang panjang.

Panjang sayapnya hanya sampai ke separuh badannya, sedangkan lebah lain mempunyai sayang yang menutupi badan sepenuhnya.

Malah, ratu lebah adalah satu-satunya lebah betina yang mempunyai ovari yang berkembang sepenuhnya.

Bahagian menyengat ratu lebah iaitu di bahagian bawah badannya adalah sangat halus jika dibandingkan dengan penyengat lebah pekerja yang mana berduri.

Jika anda disengat oleh lebah pekerja, bahagian duri tersebut akan kekal pada badan anda dan lebah pekerja akan mati.

Namun, disebabkan bahagian sengat ratu lebah adalah halus dan tidak berduri, maka ia mampu menyengat anda berkali-kali dan tidak terbunuh.

ratu lebah

Penyengatnya juga digunakan selama proses bertelur dan juga melawan ratu lebah lain. Tetapi pada umumnya, ratu lebah adalah jinak dan jarang penjaga lebah.

Dua tujuan utama ratu lebah adalah menghasilkan aroma kimia yang membantu mengatur kesatuan koloni dan juga yang paling penting, bertelur.

Ciri-ciri anatomi yang paling penting adalah organ pembiakan wanita, seperti spermatheca.

Di sinilah tempai ia menyimpan sperma yang dikumpulkannya semasa mengawan kawin. Ratu lebah akan menggunakan sperma ini seumur hidupnya untuk bertelur, yang menghasilkan lebah betina.

Sebilangan besar lebah lain bekerja untuk menyokong produktiviti bertelur oleh ratu lebah.

Walaupun kebanyakan daripada kerja yang dilakukan lebah lain tidak berkait secara terus dengan bertelur, semuanya menyumbang kepada kelangsungan hidup koloni yang berterusan.

ratu lebah ketua koloni lebah

Sebagai contoh, lebah pekerja menghasilkan madu yang banyak sepanjang musim bunga dan panas. Simpanan madu ini menyokong kelangsungan hidup koloni hingga musim sejuk, yang kana ratu akan mula bertelur semula.  

Ratu lebah dilihatkan seperti sebuah mesin bertelur, yang mana ia mampu menghasilkan 1,500 telur dalam masa sehari, selang setiap 30 saat. Berat telur ini adalah melebihi daripada berat ratu lebah sendiri.

Lebah-lebah lain memberikan perhatian yang sangat tinggi kepada ratu dan menjaga setiap keperluannya.

Ia dilayan seperti selebriti agung di mana ratu lebah selalu dikelilingi oleh kawanan pelayan ketika ia bergerak di sarang. 

Perhatian yang sangat tinggi ini adalah penting kerana ratu lebah sama sekali tidak mampu memenuhi keperluan asasnya sendiri.

Ia tidak mampu makan dan menguruskan dirinya sendiri, maka para pelayannya perlu menjaga keperluan asas ratu lebah sementara ia pergi dari satu sel ke sel yang lain melakukan tugas yang tersangat penting, iaitu bertelur. 

Adakah ratu lebah mengawal koloni?

ratu lebah 2

Memandangkan ratu lebah memainkan peranan penting iaitu bertelur dan digelarkan dengan gelaran ratu, tidak pelik jika kita semua menganggap bahawa ratu lebah adalah pembuat segala keputusan dalam koloni.

Namun, ini tidak benar. Ya memang benar ia merupakan jantung bagi sebuah sarang lebah disebabkan oleh keupayaannya bertelur, namun ratu lebah dikawal oleh kumpulan lebah pekerja.

Lebah pekerja mempunyai keupayaan untuk mengangkat ratu lebah baharu atau membunuh ratu lebah sedia ada, bila-bila masa yang ia suka.

Penghasilan ratu lebah

queen cup lebah

"Queen cups" adalah "bilik" yang berbentuk kubah lilin untuk mengisi telur bagi bakal ratu lebah.

Penjaga lebah harus mencari cawan ratu semasa pemeriksaan sarang, kerana ia boleh mengandungi mesej penting yang mana berpotensi menandakan niat berkumpulan yang akan dilakukan pada masa akan datang. 

Jika terdapat telur, cecair putih dan bentuk dimana bilik ratu sedang dibina, ia mempunyai makna penting. Ini bermakna cawan ratu ini telah "diakui" dan sedang dalam proses untuk berkembang menjadi ratu masa depan.

Sebaik sahaja bilik ini telah dibina dan hadirnya telur, para lebah perawat akan mula mengeluarkan sisir dengan panjang sekitar 25 milimeter, untuk memberikan ruang kepada larva untuk membesar.

Bilik itu kemudiannya akan ditutup dengan lapisan lilin sekitar hari ke-9 dan tempoh 16 hari diperlukan untuk ratu menetas.

Lebah pekerja akan memberikan makanan kepada bakal ratu ini dan ia adalah satu-satunya kasta yang diberikan makanan sepanjang fasa larva.

Selepas 16 hari, ratu lebah akan mula mengunyah bilik tersebut untuk keluar daripadanya. Sebaik sahaja kepala ratu lebah mula tembus, lebah-lebah pekerja akan membantu mengunyah bilik lilin tersebut.

Rujukan:

1. Perfect Bee

2. Dummies

3. Bee Hollow Farm



Hakcipta iluminasi.com (2017)