Oleh pada 23 Apr 2020 kategori

Ratu Elizabeth II yang meraikan ulangtahun kelahiran beliau yang ke-94 pada 21 April lalu merupakan pemerintah monarki yang paling lama memerintah dalam sejarah, iaitu selama 67 tahun. 

Namun, sebelum memikul tanggungjawabnya agung beliau pada tahun 1952, Ratu Elizabeth II mempunyai peranan lain, iaitu menyertai Perkhidmatan Wilayah Bantuan Wanita semasa Perang Dunia Kedua.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ketika Perang Dunia Kedua bermula pada tahun 1939, Puteri Elizabeth berumur 13 tahun sementara adik perempuan beliau, Puteri Margaret, berusia 9 tahun.

Dengan ancaman pencerobohan Jerman, pemerintah Inggeris mendesak permaisuri untuk berangkat ke Kanada bersama anak-anak perempuan beliau.

Dikatakan bahawa puteri-puteri muda ini sepatutnya dipindahkan ke luar negara ke Amerika Utara atau Kanada.

puteri elizabeth dan puteri margaret

Walau bagaimanapun, Ratu Elizabeth (ibu Ratu Elizabeth II) berkeras untuk tidak membenarkan Puteri Elizabeth untuk pergi, dengan mengatakan "Anak-anak saya tak akan pergi tanpa saya. Saya tak akan tinggalkan Raja. Dan Raja juga tak akan pergi,".

Tetapi, seperti ribuan kanak-kanak lain yang dipindahkan dari bandar-bandar Inggeris, Puteri Elizabeth dan Puteri Margaret meninggalkan London dengan menghabiskan banyak masa ketika perang di Istana Windsor.

Pada tahun 1940, Puteri Elizabeth membuat siaran radio pertama beliau dengan merakam siaran radio kepada kanak-kanak Inggeris yang lain di Britain dan tanah jajahan serta wilayah Inggeris di seluruh dunia.

Ketika usia Puteri Elizabeth hampir mencecah 18 tahun, beliau kelihatan sangat berminat untuk membantu dalam peperangan.

puteri elizabeth menyertai tentera pada tahun 1945

Tetapi ibu bapa beliau yang terlalu tegas dan bimbang akan keselematan puteri mereka, enggan membenarkan Puteri Elizabeth untuk menyertai angkatan tentera, dengan mengatakan tiada ahli keluarga Diraja wanita pernah menyertai tentera.

Walaupun Puteri Elizabeth merupakan anak yang taat, namun beliau mempunyai keinginan sendiri yang kuat.

Pada tahun 1945, majalah Life menerbitkan sebuah artikel yang menytakan bahawa selepas "perbincangan yang panjang", Raja George VI memutuskan bahawa "latihan beliau sebagai seorang puteri mengatasi masalah tenaga kerja negara semakin meningkat dan Puteri Elizabeth tidak patut menyertai sebarang pasukan wanita tambahan mahupun bekerja di kilang.

Selepas setahun berdebat dengan ahli keluarga beliau, akhirnya mereka mengalah pada awal tahun 1945 dan membenarkan Puteri Elizabeth yang ketika itu sudah berusia 19 tahun.

Pada 24 Februari 1945, beliau menyertai Women’s Auxiliary Territory Service (ATS) di bawah nama Elizabeth Windsor.

ratu elizabeth ii menukar tayar ketika ww2

Dengan ini, Puteri Elizabeth menjadi wanita Keluarga Diraja yang pertama berkhidmat dalam angkatan tentera.

ATS menyediakan sokongan yang penting ketika WW2, dengan anggotanya berkhidmat sebagai penembak anti-pesawat, pengendali radio, mekanik dan pemandu.

Peranan Puteri Elizabeth dalam WW2

Puteri Elizabeth menjalani kursus latihan mekanik automotif selama 6 minggu di Surrey. 

Beliau belajar cara untuk membongkar, membaiki dan membina semula enjin serta menukar tayar.

Puteri Elizabeth kemudiannya belajar bagaimana untuk memandu kesemua jenis kenderaan yang perlu, termasuklah jip, trak dan ambulans.

peranan ratu elizabeth ii dalam perang dunia kedua

puteri elizabeth perang dunia kedua

Selepas lulus ujian memandu tentera, beliau menjadi pemandu untuk Unit Subaltern Kedua Windsor.

Walaupun ketika itu beliau mendapat kebebasan seperti rakyat biasa yang tidak pernah dirasai sebelum ini, namun pangkat yang dipegang Puteri Elizabeth masih mempunyai kelebihan.

Beliau menjamu selera di dewan pegawai dan bukannya dengan anggota yang lain.

Malah, puteri ini tidak tidur di kem sebaliknya pulang ke Istana Windsor pada waktu malam dan kembali ke kem keesokan harinya jam 9 pagi.

puteri elizabeth membaiki kenderaan tentera

peranan ratu elizabeth ii dalam perang dunia kedua 2

Tak lama kemudian, beliau dinaikkan pangkat kepada komander junior kehormat, di mana pada ketika itu bersamaan dengan seorang kapten bagi wanita.

Penyertaan beliau dalam pasukan tentera menjadi berita utama di seluruh dunia, dengan surat kabar memuji komitmen puteri muda ini atas usaha perang beliau dan menggelar Puteri Elizabeth sebagai "Princess Auto Mechanic."

Puteri Elizabeth masih berkhidmat dalam ATS ketika Jerman menyerah kalah pada 8 Mei 1945.

Khidmat ketenteraan beliau berakhir selepas Jepun pula menyerah kalah pada 2 September 1945.

Rujukan:

1. iNews

2. Biography

3. Independent




Hakcipta iluminasi.com (2017)