Oleh pada 22 Jul 2017 kategori

Rasanya tak perlu dikenalkan lagi siapa Ratu Elizabeth II, pasti semua mengenalinya kan. Bagi yang tak mengenali, beliau adalah raja yang paling lama memerintah di atas muka bumi ini. Ratu Elizabeth II telah menjadi Ratu United Kingdom, Kanada, Australia dan juga New Zealand sudah 65 tahun, sejak 1952.

Beliau sudah lama berada di dalam keluarga Diraja, semenjak keluarga Diraja dahulu mempunyai kuasa yang sangat hebat dan kelebihan yang banyak, sehinggalah kini di mana keistimewaan itu semakin berkurangan. Tetapi, masih terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang dinikmati oleh Ratu England ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 9 kelebihan dan keistimewaan yang dinikmati oleh Ratu Elizabeth II yang boleh buat anda terkesima.

ratu elizabeth muda

Ratu Elizabeth II ketika muda

1. Tak perlukan lesen memandu

ratu elizabeth memandu

Pelik juga kan kalau seorang permaisuri atau raja untuk pergi ambil ujian memandu kan, mestilah pengajar tu takut nak bagi gagal kan? Ya, memang Ratu Elizabeth II tak perlukan lesen untuk memandu. Di United Kingdom, semua jenis lesen memandu dikeluarkan di bawah nama Permaisuri, jadi, takkanlah beliau nak keluarkan lesen untuk diri sendiri kan? Contoh macam kalau anda tuan restoran, dah tentu anda makan percuma.

Walaupun tidak memerlukan lesen memandu, itu tak menjadikan Ratu Elizabeth II seorang pemandu yang cuai, malah ketika Perang Dunia Kedua, beliau pernah memandu ambulans dan juga memandu Land Rover beliau membawa putera Arab Saudi ketika lawatannya ke England pada tahun 1998.

2. Tak perlu patuh had laju

ratu elizabeth memandu 2

Seperti memandu tanpa lesen, beliau boleh memandu seberapa laju yang disukai tanpa perlu mematuhi had laju memandu. Tak ada siapa yang mempunyai kelebihan ini, termasuklah adik Ratu Elizabeth II sendiri iaitu Princess Margeret.

Menurut Princess Margeret, kakaknya itu suka memandu laju! Jadi kalau nampak kereta laju kat jalan tu, mungkin Ratu Elizabeth II. Tapi mungkin disebabkan usia, beliau kini tak lagi pandu laju dan hanya memandu di estetnya sahaja. Boleh tahan jugak permaisuri ni.

3. Tak perlu pasport untuk ke luar negara

ratu elizabeth passport

Ketika anda sibuk-sibuk mengemas pakaian nak pergi travel, sangat penting untuk anda tak terlupakan perkara paling penting, iaitu pasport, tapi itu tak berlaku kepada Ratu Elizabeth II.

Tak ramai yang mempunyai kelebihan ini di atas muka bumi ini. Seperti lesen memandu juga, semua pasport British dikeluarkan oleh beliau, jadi Ratu Elizabeth II tak perlukan pasport.

4. Hak untuk tak beri maklumat

ratu elizabeth

England mempunyai masyarakat yang demokratik di mana orang awam dan juga pihak wartawan mempunyai kebebasan untuk bertanyakan soalan yang munasabah dan meminta maklumat berkenaan perkara yang sedang berlaku.

Tetapi, seperti mereka ini, keluarga Diraja juga mempunyai hak dan kuasa untuk tidak memberikan maklumat yang diminta, yang membolehkan Ratu Elizabeth II menjaga hal-hal sulit keluarga.

5. Tak perlu bayar cukai

ratu elizabeth 2

Jika anda sering mengeluh mengenai GST yang anda perlu bayar setiap hari, ia tidak berlaku kepada Ratu Elizabeth II. Setiap rakyat yang bekerja harus membayar cukai daripada pendapatan mereka, kecuali Permaisuri, namun dengan murah hatinya Ratu Elizabeth II membayar cukai secara sukarela sejak tahun 1992. Inilah yang dikatakan patriotik, bila kaya-raya, bantu rakyat. Bukan cekik rakyat untuk nak kaya-raya.

6. Boleh isytiharkan perang

ratu elizabeth perang dunia kedua

Mengisytiharkan perang atau keengganan untuk berdamai dengan mana-mana negara di atas muka bumi ini berada dalam genggaman Ratu Elizabeth II. Walaupun isu untuk mengisytiharkan perang biasanya dikendalikan oleh parlimen namun ia perlu mendapat izin daripada Permaisuri.

Jika Ratu Elizabeth II mengisytiharkan perang ke atas Malaysia esok, semua 15 negara yang berada di bawah takhtanya juga akan mengisytiharkan perang terhadap kita.

Beliau juga boleh memecat jawatan kerajaan Australia dan Canada ikut suka hati beliau. Ia berlaku kepada Perdana Menteri Australia pada 1975.

7. Boleh bela ikan lumba-lumba dan makan angsa

ratu elizabeth dolphin

Ini agak ekstrem. Undang-undang United Kingdom mengharamkan pemburuan angsa dan dilindungi oleh Ratu Elizabeth II, apatah lagi memakannya. Selain itu, semua angsa yang berada di Sungai Thames adalah milik beliau.

Akan tetapi, Ratu Elizabeth II mempunyai keistimewaan dan kebebasan untuk menikmati makanan kegemaran nenek moyangnya dengan memanggang angsa-angsa tersebut.

Apa yang lebih membuatkan anda ternganga adalah semua ikan paus dan ikan lumba-lumba yang berenang di perairan United Kingdom adalah milih Ratu Elizabeth, namun ia diharamkan untuk dibela oleh orang lain.

8. Tak boleh disaman atau didakwa

ratu elizabeth 4

Undang-undang ini dahulunya pernah dinikmati oleh raja-raja Melayu sehinggalah ia ditarik balik. Jika anda tak puas hati dengan Ratu Elizabeth II dan ini menyamannya, lupakan sahaja hasrat anda. Ia kerana beliau berada di atas sekali, dan undang-undang pun tak dapat nak berbuat apa-apa.

Beliau tak boleh dipenjarakan dan tidak perlu mengemukakan sebarang bukti di mahkamah, dan keistimewaan ini juga dinikmati dan digunapakai secara antarabangsa.

9. Boleh tolak dan langgar mana-mana undang-undang

ratu elizabeth 5

Segala undang-undang yang ingin dipinda perlu melalui parlimen dan House of Lords terlebih dahulu, sebelum diberikan kepada Ratu Elizabeth II untuk mendapatkan kebenaran Diraja.

Sama ada undang-undang itu menjadi undang-undang baru atau tidak, terletak di tangan beliau. Kalau beliau rasa tak suka, maka tak jadilah undang-undang. Tetapi mengikut sejarah, beliau tidak akan menolak.

Bukan itu sahaja, Ratu Elizabeth II juga boleh melanggar mana-mana undang-undang. Apa sahaja undang-undang yang ada di United Kingdom. Beliau boleh mencuri di pasaraya, boleh langgar lampu isyarat, boleh ambil tanah persendirian jika berlaku kecemasan.

Tak ada duit? Tak ada masalah, Ratu Elizabeth II boleh cetak duit sendiri, dan beliau mempunyai mesin cetak duit di Istana Buckingham. Tapi jika boleh ambil barang percuma, apa gunanya duit lagi kan?

jfekcuy 701

Beliau boleh rompak bank, malah bunuh orang di khalayak ramai sekalipun, dan tak dikenakan apa-apa hukuman. Tapi ini tak pernah berlaku pun la walaupun Ratu Elizabeth II boleh buat macam ni.

Penulis rasa Ratu Elizabeth II macam boleh buat apa saja beliau suka je kan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)