Oleh pada 23 Dec 2017 kategori

senjata nuklear berbahaya

Baru-baru ini Korea Utara telah melancarkan ujian peluru berpandu bagi menunjukkan betapa hebatnya teknologi nuklear mereka kepada seteru utama Amerika Syarikat. Sebagai tindak balas terhadap aktiviti itu, Donald Trump berikrar untuk mengambil segala langkah yang perlu.

Negara-negara lain perlu berasa bimbang akan situasi ini kerana senjata nuklear yang dimiliki ketika ini jauh lebih dahsyat daripada bom yang dilancarkan pada tahun 1945 di Jepun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, sejauh manakah kekuatan peluru berpandu Korea Utara, Amerika Syarikat dan negara-negara lain. iluminasi.com ingin berkongsi jumlah kekuatan senjata nuklear yang dimiliki 9 buah negara ini.

9. Korea Utara

peluru berpandu korea utara

Sedia untuk dilancarkan : Tidak diketahui
Dalam stok / belum dipasang : 30 - 60
Bersara : 0 

Disebabkan negara ini mempunyai polisi yang sangat ketat dan rahsia, tidak diketahui dengan jelas betapa majunya program nuklear Korea Utara. Namun, mereka mendakwa mempunyai peluru berpandu antara benua jenis baru yang mampu sampai ke Amerika Syarikat.

Pakar-pakar mengatakan Korea Utara mempunyai cukup bahan dan tenaga bagi menghasilkan 10 peledak peluru berpandu berasaskan plutonium. Anggaran ketika ini adalah sebanyak 60 unit.

Juga dipercayai mereka sedang menghasilkan senjata nuklear tinggi uranium. Jika ia benar, Korea Utara bakal mempunyai 20 hingga 100 peledak peluru berpandu menjelang tahun 2020.

8. Israel

fasiliti nuklear israel di negev dest

Sedia untuk dilancarkan : 0
Dalam stok / belum dipasang : 80
Bersara : 0

Bagi Israel pula, mereka tidak mengesahkan dan juga tidak menafikan kewujudan senjata nuklear. Namun dianggarkan sebanyak 80 peledak peluru berpandu dimiliki oleh mereka dan berkeupayaan untuk menghasilkan lebih banyak lagi. 

7. India

agni 5 peluru berpandu india

Sedia untuk dilancarkan : 0
Dalam stok / belum dipasang : 130
Bersara : 0

India, mempunyai anggaran peledak peluru berpandu sebanyak 130 unit. India juga sedang menambah jumlah senjata nuklear dalam masa yang sama meningkatkan kecekapan pelancaran senjata tersebut.

6. Pakistan

peluru berpandu pakistan the shaheen iii

Sedia untuk dilancarkan : 0
Dalam stok / belum dipasang : 140
Bersara : 0

Pakistan tidak segan dalam menunjukkan kuasa mereka dan matlamat dalam menghasilkan senjata nuklear disebabkan mahu menunjukkan kekuatan kepada negara jiran, India. Sehingga kini negara ini mempunyai 140 unit peledak peluru berpandu dan kini dalam usaha menambahbaik kekuatan senjata mereka.

5. United Kingdom

kapal selam nuklear united kingdom

Sedia untuk dilancarkan : 120
Dalam stok / belum dipasang : 95
Bersara : 0

Ketika ini, United Kingdom mempunyai jumlah keseluruhan peledak peluru berpandu sebanyak 215 unit. UK juga mengekalkan 4 armada kapal selam nuklear yang mana setiap satunya berkelengkapan 16 peluru berpandu balistik jarak jauh.

4. China

peluru berpandu china

Sedia untuk dilancarkan : Tidak diketahui
Dalam stok / belum dipasang : 270
Bersara : 0

Bagi negara dengan populasi tertinggi di dunia iaitu hampir 1.4 billion ini, China berada di tangga ke-4 dalam jumlah kekuatan senjata nuklear dengan jumlah 270 unit peledak peluru berpandu. Senjata nuklear tersebut boleh dihantar menggunakan ketiga-tiga kaedah iaitu melalui udara, darat dan air. 

3. Perancis 

kapal selam nuklear perancis

Sedia untuk dilancarkan : 290
Dalam stok / belum dipasang : 10
Bersara : 0 

Perancis antara salah satu negara yang sangat maju dalam industri penghasilan senjata, kini mempunyai 300 peledak peluru berpandu dan kebanyakannya dipasang pada kapal selam dilengkapi dengan peluru berpandu M45 dan M51.

2. Amerika Syarikat

kapal selam nuklear amerika syarikat

Sedia untuk dilancarkan : 1,800
Dalam stok / belum dipasang : 2,200
Bersara : 2,800

Bagi negara yang paling bimbang terhadap program nuklear yang dimiliki Korea Utara, Amerika Syarikat kini menjadi negara dengan jumlah senjata nuklear kedua tertinggi di dunia iaitu sebanyak 6,800 unit peledak peluru berpandu.

2,800 daripadanya telah "bersara" dan hanya menunggu masa untuk dileraikan, namun masih utuh. Sehingga kini, Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang pernah menggunakan senjata nuklear dalam peperangan, iaitu ketika Perang Dunia Kedua di mana 2 bandar di Jepun, Hiroshima dan Nagasaki diletupkan.

1. Rusia

rusia memiliki senjata nuklear terbanyak di dunia

Sedia untuk dilancarkan : 1,910
Dalam stok / belum dipasang : 2,390
Bersara : 2,700

Dari segi jumlah keseluruhan, jumlah senjata nuklear tertinggi di dunia adalah milik tak lain tak bukan, Rusia, dengan kekuatan 7,000 unit peledak peluru berpandu. Daripada jumlah itu, 2,500 daripadanya berada dalam persaraan.

Walaupun begitu, menurut ICAN, 2,500 unit tersebut sedang dalam proses dimodenkan




Hakcipta iluminasi.com (2017)