Logo adalah sangat penting bagi sesebuah syarikat dalam membawa identiti mereka ke mata pelanggan. Kebanyakan daripada logo terkenal kelihatan sangat mudah dan ringkas, namun penghasilannya sebenarnya adalah sangat rumit.

Logo sesebuah syarikat itu perlulah ringkas supaya mudah diingati oleh pelanggan, tetapi perlu mempunyai mesej. iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 9 logo jenama terkenal yang mempunyai mesej tersembunyi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Amazon

amazon logo terkenal dengan maksud tersembunyi

Pasti anda menyangkakan bahawa anak panah tersebut kelihatan seperti senyuman, bermaksud misi utama Amazon adalah menggembirakan pelanggan mereka. Namun, jika dilihatkan dengan lebih teliti, anak panah tersebut menunjuk dari "a" ke "az".

Ini melambangkan bahawa Amazon mempunyai pelbagai jenis produk jualan, dari A hingga Z.

2. Adidas

adidas logo terkenal dengan maksud tersembunyi

Adidas adalah pengeluar kasut dan pakaian sukan terkenal di dunia yang pada asalnya mempunyai 3 daun sebagai logonya. Logo semasa Adidas ketika ini merupakan 3 jalur senget atau condong yang menyerupai bentuk segi tiga.

3 jalur hitam dengan ruang putih di celah-celah melambangkan gunung dan halangan yang mana perlu diatasi oleh manusia dalam hidup.

3. Audi

audi logo terkenal dengan maksud tersembunyi

Mudah dan ringkas bukan? Tidak juga. Sebenarnya, setiap gelung pada logo Audi ini mempunyai maksud tersendiri, iaitu mewakili 4 syarikat pengasas Auto-Union Consortium, pada tahun 1932. 

4 syarikat tersebut adalah DKW, Horch, Wanderer dan Audi. 

4. Toyota

toyota logo terkenal dengan maksud tersembunyi

Logo Toyotaa adalah yang paling rumit dari semua yang ada dalam senarai ini. Jika anda lihat betul-betul, logo terbentuk melalui gabungan 3 elips atau bentuk bujur. Menurut Toyota, ketiga-tiga bentuk bujur ini membawa makna yang tersendiri.

Bujur pertama adalah menandakan hati pelanggan, kedua menandakan hati produk dan yang terakhir menandakan proses teknologi dalam logo syarikat.

3 bentuk bujur ini menandakan penyatuan hati pelanggan, hati produk Toyota serta mewakili kemajuan teknologi Toyota. 

5. BMW

bmw logo terkenal dengan maksud tersembunyi

Logo BMW dihasilkan daripada campuran warna biru dan putih secara berganti tetap dalam bulatan empat kuadran, Warna biru melambangkan warna langit manakala warna putih mewakili bilah kipas yang sedang bergerak.

BMW mempunyai peranan penting dalam menghasilkan enjin pesawat ketika Perang Dunia Kedua, yang membawa kepada kemunculan logo ini.

6. Pepsi

pepsi logo terkenal dengan maksud tersembunyi

Logo lama Pepsi berada di sebelah kiri, dan di sebelah kanan adalah logo baru menelan belanja RM3.9 juta bagi merekabentuknya, yang dihasilkan oleh Arnell Associates.

Kemudian dokumen 27 muka surat daripada pihak Arnell telah bocor yang bertajuk "Strategi Reka Bentuk Menakjubkan", yang mencadangkan bahawa logo baru tersebut adalah sejenis logo seperti Da Vinci Code.

Maksud di sebalik logo 3 warna ini adalah, bulatan melambangkan bentuk bumi, dan 3 warna tersebut mewakili geodinamik bumi, medan magnet dan Pythagoras. Ia juga menyerupai bendera Amerika Syarikat disebabkan warna yang digunakan.

7. Mercedes-Benz

mercedez benz logo terkenal dengan maksud tersembunyi

Jika dilihatkan, logo Mercedes-Benz adalah sangat ringkas menyerupai bicu roda, namun ia mempunyai makna di sebaliknya.

Menurut Mercedes-Benz, logo tri-bintang ini mewakili tekad pengeluar kereta ini dalam penghasilan kenderaan sejagat dengan enjinnya yang mendominasi darat, laut, dan udara (tiga mata).

8. FedEx

fedex logo terkenal dengan maksud tersembunyi

Logo ini direka pada tahun 1994 oleh Linden Leader & Landor Associates. Logo FedEx kelihatan sangat ringkas tetapi agak rumit dari segi makna yang tersembunyi. Jika dilihatkan dengan teliti, terdapat ruang di antara huruf berwarna jingga iaitu "E" dan "X" membentuk satu anak panah.

Anak panah tersembunyi ini menjadi simbol subliminal bagi kelajuan dan ketepatan oleh syarikat ini.

9. McDonald’s

mcdonalds logo terkenal dengan maksud tersembunyi

Ya, huruf M tersebut mewakili "McDonald's: dan tiada maksud lain disebaliknya. Pada tahun 1960an, McDonald's ingin menukar logo ini tetapi perunding rekabentuk dan ahli psikologi mereka, Louis Cheskin mendesak supaya "gerbang emas" tersebut dikekalkan.

Menurut BBC, beliau berkata para pelanggan secara tidak akan melihat logo ini sebagai "simbolisma kepada sepasang payudara yang berkhasiat". Sama ada ia adalah benar atau tidak, logo ini adalah antara yang paling terkenal di dunia.

Apa yang anda nampak pada "M" tersebut, adakah sama seperti yang dikatakan oleh Louis Cheskin?




Hakcipta iluminasi.com (2017)