Biasanya nama-nama sesebuah syarikat dihasilkal daripada nama pengasas syarikat, jenis perniagaan, nama produk dan macam-macam lagi.
Walaupun ia seakan-akan ringkas dan mudah, namun pemberian nama sesebuah syarikat bukanlah semudah yang disangka, terutamanya jika nama yang ingin digunakan telah dimiliki oleh syarikat lain.
Jadi, kadang-kala pemberian nama syarikat atau sesuatu jenama berlaku dengan tidak sengaja dan iluminasi.com ingin kongsikan 8 makna disebalik nama jenama dan syarikat terkemuka dunia.
1. Maksud logo Starbucks
BESARKAN TEKS A- A+
Ketika mula menubuhkan Starbucks, pengasas bersama Gordon Bowker mendapatkan bantuan daripada rakan-rakannya dalam mencari nama sesuai kerana beliau tidak arif dalam pengurusan perniagaan.
Ketika mereka memerah idea mencari nama, salah seorang daripada mereka mencadangkan nama "Cargo House".
Namun, ia tidak setujui oleh seorang daripada mereka yang bernama Terry Heckler, yang juga memiliki agensi pengiklanan bersama Gordon.
Terry berkata dia percaya bahawa nama yang bermula dengan awalan "st" adalah sangat berpengaruh. Selepas mereka sekali lagi memerah idea perkataan yang bermula dengan awalan "st", salah seorang daripada mereka membuka peta lombong lama, Cascades dan Gunung Rainer.
Pada peta ini terdapat satu bandar perlombongan lama yang bernama Starbo. Melihat bandar Starbo, ia membuatkan Gorodon teringkan nama Starbuck, dalam novel klasik Moby Dick oleh Herman Melville.
Mereka memutuskan untuk menggunakan nama "Starbucks" dan selebihnya adalah sejarah.
2. Maksud ikon Twitter
Twitter yang dihasilkan pada tahun 2006, pada asalnya bermula dengan nama twttr, diinspirasikan oleh Flickr dan kod ringkas SMS Amerika terdiri daripada 5 huruf.
Salah seorang pengguna awal Twitter (@crystal) mencadangkan nama "FriendStalker". Pengasas-pengasas Twitter membuat pencarian nama baru dan berakhir dengan perkataan "twitch".
Walaubagaimanapun, mereka tidak menyukainya kerana ia tidak memberikan imej yang betul.
Jadi, mereka merujuk kamus dan terjumpa perkataan "twitter". Twitter ditakrifkan sebagai "kicauan dari burung" dan "maklumat pendek yang tidak penting", iaitu perkataan sebenar yang mereka tercari-cari selama ini.
3. Maksud logo Wikipedia
Konsep ensiklopedia percuma merupakan idea Richard Stallman pada Disember 2000.
Wikipedia bermula dengan nama Nupedia, sebuah ensiklopedia atas talian percuma yang mempunyai 7 langkah proses kelulusan untuk mengawal artikel sebelum diterbitkan.
Namun, disebabkan oleh pengeluaran yang tersangat perlahan iaitu hanya 21 artikel dalam tahun pertama, pasukan mereka mencari cara untuk mempercepatkan proses penerbitan kandungan.
Mereka memutuskan untuk menggunakan WikiWikiWeb, laman sesawang yang boleh disunting pertama di dunia, untuk menaikkan minat dengan membenarkan pembaca menyunting dan menyumbangkan artikel itu sendiri.
Larry Sanger, pengasas bersama Wikipedia, mempunyai idea untuk mengaitkan Nupedia dengan laman sesawang seperti wiki. Dia mencadangkan menghasilkan satu projek dengan nama baru.
Pada 15 Januari 2001, Wikipedia melancarkan domain barunya, wikipedia.com.
4. Maksud logo HTC
Mungkin anda pernah mendengar maksud HTC adalah High-Tech Compute, yang mana adalah benar. Namun, ia bukanlah sebab sebenar di sebalik penggunaan nama tersebut.
H. T. Cho dan Peter Chou menubuhkan syarikat ini pada tahun 1997 dan kedua-dua mereka memutuskan untuk menggunakan nama hadapan mereka sebagai nama syarikat, dan itu lah bagaimana HTC terbentuk.
HTC adalag syarikat yang menghasilkan telefon pintar skrin sentuh yang pertama di dunia iaitu pada tahun 2000, telefon Android pertama dan juga telefon Microsoft 3G yang pertama.
5. Maksud logo Samsung
Samsung adalah perkataan yang berasal dari Korea yang bermakna "3 bintang" (sam=3, sung=bintang). Ia dipilih untuk mewakili sifat baik iaitu besar, banyak dan berkuasa, seperti bintang-bintang di langit.
Samsung yang anda kenal pada hari ini bukanlah sama seperti yang dahulu. Pada peringkat awal, Samsung bermula dengan menjual sayuran, ikan kering, buah-buahan dan mi.
Kemudiannya syarikat ini mempelbagaikan bidang termasuklah peruncitan, insurans dan keselamatan. Pada penghujung tahun 1960an, Samsung menceburi industri elektronik dan produk elektronik pertama mereka adalah set televisyen hitam putih.
6. Maksud logo eBay
eBay adalah korporasi pengguna kepada pengguna yang ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Pierre Omidyar. Pada mulanya, ia dilancarkan dengan nama "AuctionWeb".
Pada pertengahan tahun 1997, Pierre dan Jeffrey Skoll (pekerja pertama dan presiden sepenuh masa eBay) membuat keputusan untuk menukarkan nama tersebut.
Laman sesawang ini dimiliki oleh Echo Bay Teknology Group, firma perundingan milik Pierre. Jadi, beliau cuba untuk mendaftarkan nama domain kepada echobay.com.
Namun, domain tersebut telah wujud dan milik Echo Bay Mines, syarikat perlombongan emas. Ia memberikan idea kepada Pierre untuk memendekkan nama tersebut kepada eBay.com
Item pertama yang terjual di laman ini adalah penunjuk laser yang rosak, dengan harga $14.83.
7. Maksud lambang Audi
Audi adalah syarikat kereta dan motorsikal yang diasaskan oleh August Horch pada tahun 1910. Nama Audi sebenarnya diambil daripada pengasasnya sendiri, yang iaitu Horch dalam bahasa Latin.
Penggunaan nama Horch sebagai nama jenama bagi perniagaan keretanya diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Jerman. Ini membuatkan August berbincang dengan rakannya bagi menentukan jenama barunya.
Pada satu ketika, salah seorang daripada rakan anaknya sedang menelaah bahasa Latin di bilik dan menyebut "audiatur et altera pars".
Dalam bahasa Jerman, horch bermaksud mendengar, sama seperti audire dalam bahasa Latin. Audi adalah bentuk tunggal kepada audire, dan itulah cara mereka menerima pakai nama Audi.
8. Maksud logo Microsoft
Microsoft adalah antara jenama paling terkenal di dunia, terkenal dengan sistem operasi Windows dan Microsoft office tools. Ia diasaskan oleh Bill Gates dan Paul Allen pada tahun 1975.
Nama Microsoft pertama kali dicadangkan oleh Bill Gates pada 26 November 1975 dan ia menjadi tanda dagangan berdaftar pada tahun 1976.
Ia merupakan gabungan kepada dua perkataan iaitu "microcomputer" dan "software", ketika mana Bill dan Paul sedang membina perisian untuk Micro Instrumentation dan Telemetry System (MITS).