kembali ke masa depan

Pereka dan pencipta telah wujud sejak lama dahulu. Dari pertama kali manusia menyalakan api hinggalah kepada penciptaan telefon pintar yang anda gunakan untuk membaca artikel ini, penemuan dan penciptaan memainkan peranan yang sangat penting dalam menjadikan kehidupan seharian kita lebih mudah.

Namun begitu, beberapa ciptaan yang dicatatkan yang mampu merevolusikan dunia, tak sempat dilihat oleh kita pada hari ini. iluminasi.com kongsikan 9 ciptaan dahsyat yang mampu mengubah hidup manusia namun gagal dihasilkan.

9. Cloudbuster

cloudbuster 385

Wilhelm Reich, seorang saintis yang menyedari bahawa kemarau memberi kesan kepada penuaian blueberry di negeri Maine, telah mencipta rekaan yang digelar sebagai "Cloudbuster."

Mungkin namanya kedengaran seperti fiksyen, namun menurut Bangor Daily News yang membuat liputan ketika percubaan pertama mesin ini, tidak ada ramalan untuk hujan di kasawan sekitar.

Dalam masa beberapa jam selepas mesin ini dihidupkan, awan ribut terbentuk dan membawa hujan 0.64 sentimeter membasahi bumi.

Namun, teknologi yang dicipta oleh Wilhelm ini kelihatan seperti mengancam sesetengah institusi kerajaan, membuatkan penyelidikannya dihentikan dan kerja serta prototaipnya dirampas.

Sejak itu, tiada ujian kedua yang dilakukan oleh mesin Cloudbuster ini. Namun, jika ia dibangunkan, kekurangan makanan mungkin tidak lagi wujud di seluruh dunia pada hari ini. 

8. Tenaga nuklear untuk kegunaan kediaman 

mr fusion tenaga nuklear kegunaan rumah kediaman

Tenaga nuklear pernah menjadi cara yang sangat kontroversial dalam menjadi pembekal tenaga dalam jumlah yang besar ke kawasan kejiranan di seluruh dunia.

Dengan keupayaan manusia untuk memanfaatkan sekecil-kecil kuasa nuklear, seluruh komuniti mungkin dapat menikmati tenaga elektrik untuk jangka masa yang tidak terhingga.

Struktur untuk teknologi ini pada ketika itu hanyalah sebuah seperti bangsal yang akan diletakan di tengah-tengah kawasan.

Ia akan menjadi hab tenaga untuk keseluruhan kawasan, membekalkan beberapa blok penduduk dengan tenaga elektrik secara serentak.

Dan yang paling penting, ia sepatutnya menjadi penyelesaian percuma atau kos rendah untuk tenaga tanpa had, yang akan menyelamatkan semua orang dari bil elektrik semasa yang sangat tinggi.

Namun, apabila teknologi ini berada di ambang mencapai fasa pengeluaran yang boleh dipasarkan, pelabur tiba-tiba hilang minat dan teknologi ini seolah-olah hilang daripada pandangan.

7. Kereta elektrik sepenuhnya

gm ev1

Pada akhir tahun 1990-an, General Motors adalah yang pertama melancarkan dan memasarkan kenderaan elektrik sepenuhnya.

Walaupun ini mungkin tidak begitu mengagumkan memandangkan jumlah kenderaan hibrid yang wujud pada hari ini, namun kenderaan ini adalah yang pertama seumpamanya.

Walaupun dengan pendekatan yang lebih liberal pada hari ini dalam menggabungkan enjin gas dengan kereta yang boleh beroperasi hanya dengan kuasa elektrik, namun masih tiada kereta yang dipasarkan yang mampu berfungsi tanpa minyak.

GM EV1 tidak dicipta untuk meraih kejayaan yang besar di mana hanya 800 unit sahaja yang dihasilkan untuk permulan.

Walau bagaimanapun, menurut laporan pada masa itu, GM percaya bahawa pelanggan tidak berpuas hati dengan kuasa bateri, membuatkan GM memutuskan bahawa mereka akan menghentikan pengeluarannya dan menggantikan dengan kereta berkuasakan petrol.

Terdapat kepercayaan bahawa walaupun GM mungkin menjual sebahagian besar daripada saham kenderaan berkuasa elektrik ini, motif sebenar mereka dalam menghentikan pengeluaran GM EV1 adalah kerana tekanan yang sangat hebat daripada syarikat minyak gergasi. 

6. Penawar penyakit jantung

penawar sakit jantung

Dengan penyakit jantung menjadi pembunuh utama di kalangan wanita di dunia pada hari ini, mengetahui bahawa penawar yang sesuai untuk masalah ini pernah wujud satu ketika dahulu, adalah sesuatu yang agak mengejutkan.

Sama seperti mesin Rife yang disenaraikan di bawah, ini adalah satu lagi ciptaan yang telah disekat kerana ia bertentangan dengan rejimen rawatan semasa untuk penyakit jantung pada masa itu.

Menurut Persatuan Perubatan Amerika (AMA), ia bukan sahaja akan merosakkan rawatan itu sendiri tetapi juga doktor yang melaksanakannya.

Pengumuman rasmi yang mereka lakukan secara terbuka menafikan hakikat bahawa terdapat kes-kes penyakit jantung yang berjaya disembuhkan melalui "Teori Bersepadu Penyakit Kardiovaskular Manusia."

Namun, sesetengah pesakit jantung yang mencuba rawatan tersebut melaporkan bahawa keadaan mereka menjadi semakin buruk.

5. Minyak hemp

minyak dari hemp

Sering kali disalah anggap sebagai ganja, hemp mendapat reputasi yang buruk oleh mereka yang tidak memahami manfaat sebenarnya.

Anda akan tahu nilai sebenar tumbuhan ini apabila anda mengekstrak etanol dengan banyaknya daripadanya.

Dan sudah tentu, disebabkan oleh kepercayaan bahawa hemp dikaitkan dengan ganja, sumber utama bagi etanol ketika ini adalah daripada jagung.

Akan tetapi, tumbuhan hemp ini boleh menghasilkan lebih banyak etanol berbanding jagung dan ia kurang merosakkan alam sekitar seperti yang dihasilkan oleh jagung.

4. Karburetor Ogle

karburetor ogle

Pasti semua orang mahukan lebih kilometer bagi setiap isian minyak, dan kebanyakan kereta hibrid yang dihasilkan pada hari ini mampu membawa anda lebih jauh dengan penggunaan minyak yang lebih rendah.

Malangnya, kita masih belum mampu mendekati kejayaan yang dicatatkan oleh mekanik Tom Ogle. Pada tahun 1970-an, pencipta ini mencipta sejenis karburetor baru yang belum pernah dilihat.

Seperti hari ini, syarikat gas dan minyak pada masa itu memonopoli di pasaran. Walaupun karburetor Ogle diuji dan telah terbukti mampu bergerak sejauh 48 kilometer untuk seliter minyak, ciptaannya tidak pernah dihasilkan secara komersial.

Karburetor ini berfungsi dengan menekan petrol menjadi  dalam kepulan wap, yang kemudian disuntik ke dalam ruang pembakaran.

Halangan pelesenan menjadi penyebab mengapa karburetor ini tidak dihasilkan secara besar-besaran untuk digunakan pada kenderaan, dan Tom Ogle meninggal dunia membawa maklumat ciptaannya bersama dengannya.

3. Peranti Rife Pengubat Kanser

peranti rife

Pada tahun 1934, Royal Rife telah mencipta mesin yang mampu mengubati kanser.

Pada ketika itu, kanser masih dianggap sebagai virus. Oleh itu, Rife mencipta sejenis sinar laser untuk mensasarkan sel-sel yang dijangkiti secara spesifik dan menghapuskannya. Bunyi macam menipu, kan?

Menurut buku "The Cancer Cure That Worked: 50 Years of Suppression", 14 kes-kes yang didokumentasikan tentang pesakit kanser terminal yang disembuhkan dengan rawatan ini pasti dapat meyakinkan anda bahawa ia benar-benar wujud.

Walau bagaimanapun, apabila Rife enggan bekerjasama dengan ketua Persatuan Perubatan Amerika (AMA), organisasi itu menggunakan pengaruh mereka yang besar dan sumber penuh mereka untuk menjatuhkan rawatan itu.

Kini, tiada dokumentasi jelas yang dapat membuktikan bahawa AMA mempunyai penglibatan langsung dalam penindasan teknologi ini, tetapi rawatan yang berjaya mengubati kanser ini pastinya disekat oleh sesuatu.

Rife menyalahkan pakatan sulit antara AMA dan organisasi perubatan lain untuk menolak tuntutan saintifiknya. 

2. Kenderaan dikuasakan air

kereta dikuasakan air

Walaupun bunyinya agak mengejutkan, namun sebenarnya terdapat banyak prototaip berfungsi bagi kenderaan yang boleh bergerak menggunakan air sebagai bahan api.

Dan sudah tentu, anda tidak melihat mana-mana daripada ciptaan ini dihasilkan oleh pengeluar kereta di seluruh dunia.

Salah satu yang paling banyak dicatatkan dan terkenal, adalah kereta yang dihasilkan oleh Stan Meyer. Rekaan hebat ini mampu mencapai kelajuan purata 43 kilometer untuk seliter air.

Rakan-rakan rapat Stan Meyer mengatakan bahawa beliau ditekan dengan begitu hebat untuk menjual paten ciptaannya dan menamatkan penyelidikannya terhadap kereta kuasa air ini.

Tetapi, beliau enggan menyerahkan ciptaannya yang mungkin dapat mengubah dunia ini.

Walaupun rakan sekerja dan sahabat yang sama cuba memberitahu kepada dunia bahawa Stan Meyer telah diracun kerana keengganannya untuk menyerahkan hasil ciptaannya kepada syarikat minyak gergasi, namun kematiannya dilaporkan disebabkan oleh aneurisme otak.

1. Elektrik percuma

tenaga elektrik percuma 825

Nikola Tesla boleh dianggap sebagai salah seorang pencipta yang paling terkenal di dunia.

Walaupun segala sesuatu yang dicipta oleh fikirannya tidak mungkin mampu mengubah hidup seseorang, namun elektrik percuma untuk seluruh dunia pastinya akan membuatkan anda teruja.

Selepas berjaya dalam memindahkan elektrik secara tanpa wayar, Nikola menyatakan secara terbuka bahawa beliau sedang membangunkan prototaip yang akan menguatkan fenomena ini dan membekalkan elektrik kepada sebuah kawasan yang besar hanya dengan satu menara tunggal.

Walaupun kebanyakan orang pada masa itu tidak percaya ia akan menjadi kenyataan, dana terhadap projek ini telah dikurangkan dan makmalnya yang menyimpan bahagian-bahagian prototaip serta pelannya telah terbakar secara misteri.

Ini mungkin menjadi penemuan yang paling penting di dunia, yang mana kita tak akan pernah melihat dan merasa. 



Hakcipta iluminasi.com (2017)