Mungkin namanya tidak segah pencipta dan ahli sains yang lain, namun Nikola Tesla merupakan seorang saintis dan pencipta yang terkenal Malah, banyak ciptaannya telah membuatkan hidup kita pada hari ini menjadi mudah.

Beliau merupakan seorang jurutera elektrikal dan mekanikal, ahli fizik dan mampu melihat teknologi masa depan. Tesla pernah bekerja untuk Thomas Edison namun membawa haluan sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

n tesla

Ciptaannya sangat terkenal pada hari ini namun sering dikaitkan dengan mereka yang tidak berhak mendapat kredit atas penciptaan produk tersebut.

iluminasi.com kongsikan 9 hasil ciptaan Nikola Tesla yang mengubah dunia.

1. Arus ulang alik

ciptaan nikola tesla yang mengubah dunia

Ciptaan Tesla paling terkenal dan paling banyak digunakan iaitu arus ulang alik atau AC (alternating current) telah merevolusikan dunia moden. Tanpa ciptaan ini, hidup kita sekarang pasti jauh bezanya.

Penciptaan arus ulang alik ini telah meletuskan perang di antara Tesla dan Thomas Edison. Thomas Edison lebih gemarkan arus terus (DC- direct current) daripada AC, walaupun DC lebih bahaya.

Thomas bersemangat untuk membuktikan kepada dunia bahawa beliau lebih hebat, dengan melakukan demonstrasi yang tidak jujur bagi mencapai tujuannya. 

Ketika demonstrasi itu, Thomas cuba untuk membuktikan AC adalah pilihan yang lebih bahaya daan telah membunuh seekor gajah dengan melalukan arus elektrik kepada haiwan tersebut. 

Manakala Tesla pula telah membuktikan bahawa AC tidak berbahaya dengan menghantar arus elektrik melalui badannya untuk menyalakan lampu.

2. Radio

ciptaan nikola tesla yang mengubah dunia 3 705

Pada tahun 1897, Tesla telah berjaya mencipta radio. Beliau menghantarkan pemancar tanpa wayar daripada makmalnya kepada bot robot yang berada di lokasi sejauh 40 kilometer. Ia merupakan sesuatu yang sangat mengagumkan lebih-lebih lagi ia berlaku pada tahun 1897.

Tesla mencipta reka bentuk asasnya pada tahun 1892, dan mempatenkan ciptaannya pada 1898. 

Dengan menggunakan transmisi radio, Tesla mampu mengawal dan mengarahkan bot kawalan jauh daripada jarak 40 kilometer. Ia merupakan satu kejayaan teknologi yang terpapar di muka depan akhbar. 

Dan seperti kebanyakan hasil ciptaan Tesla, kredit penciptaan radio dicuri oleh seorang yang bernama Gugielmo Marconi yang dipercayai oleh seluruh dunia menjadi pencipta radio beberapa tahun kemudiannya.

Thomas Edison pula mungkin berjaya mencipta produk ini lebih awal jika makmalnya tidak dijilat api pada tahun 1895.

3. Robot

ciptaan nikola tesla yang mengubah dunia 4 835

Bot robot yang dicipta oleh Tesla sebenarnya adalah robot pertama di dunia dan disebabkan ini beliau dikenali sebagai Bapa Robot. Walaupun ramai yang tidak percayai ia boleh menjadi realiti namun Tesla melihatkan masa depan dengan kewujudan robot.

Beliau melihatkan dunia di mana robot mampu melakukan kerja-kerja buruh yang menghasilkan dunia yang lebih selamat untuk manusia.

4. Pemindahan tenaga tanpa wayar

ciptaan nikola tesla yang mengubah dunia 5

Cara untuk memindahkan tenaga secara tanpa wayar telah dicipta oleh Tesla dengan menembak satu siri lampu mentol fosforus menggunakan induksi elektrodinamik. Potensi idea ini adalah kemampuan untuk memindahkan tenaga ke tempat lain di seluruh dunia yang memberikan kita kebolehan untuk menghidupkan benda di seluruh dunia tanpa perlu mendekatinya.

Ia bermakna kita boleh membekalkan tenaga kepada kawasan miskin supaya mereka boleh hidup dengan selesa. Teknologi ini sudah mula dikaji oleh syarikat telefon yang mahu menggunakannya untuk mengecaj telefon di mana sahaja anda berada.

Kini sudah terdapat beberapa produk yang berjaya menggunakan teknologi ini untuk mengecaj atau menghidupkan tanpa wayar, seperti pengecaj telefon tanpa wayar.

5. Enjin elektrik

ciptaan nikola tesla yang mengubah dunia 6

Motor elektrik dicipta oleh Tesla namun tidak menjadi popular sehinggalah pada masa kini disebabkan oleh Elon Musk. Idea enjin arus ulang alik berada di dalam kepalanya sehinggalah beliau mempunyai kesempatan untuk membinanya. 

Arus ulang alik menghasilkan kutub-kutub magnet yang dan berpatah balik tanpa menggunakan apa-apa mekanik. Ini membuatkan gegelung itu berputar di sekeliling motor.

Motor ini kini digunakan dalam pelbagai alatan rumah seperti kipas. Kewujudan medan magnet berputar dicadangkan oleh Francios Arago pada tahun 1824. Tesla dan Galileo Ferraris mendemonstrasikan motor arus ulang alik yang pertama pada tahun 1880-an.

6. Sinar-X

ciptaan nikola tesla yang mengubah dunia 7

Antara sumbangan ciptaan Tesla kepada bidang perubatan adalah X-ray. Beliau mula membuat kajian mengenai teknologi ini pada tahu 1984. Ketika itu Tesla menggambarkannya sebagai tenaga radian yang lutsinar.

Tesla pertama kali menemukan tenaga ini apabila menyedari kerosakan pada filem di dalam makmalnya yang mungkin ada kaitan dengan eksperimen yang dilakukannya melibatkan tiub Crookes.

Terdapat kemungkinan bahawa beliau berjaya menangkap imej X-Ray ketikaa mengambil gambar Mark Twain yang diterangi oleh tiub Geissler. Kejadian ini berlaku beberapa minggu sebelum Willhelm Rontgent mengumumkan penemuan X-Ray.

Banyak kajian Tesla yang tidak ternilai musnah ketika makmalnya terbakar pada tahun 1895. Apabila ditanya, beliau menjawab "Saya terlalu sedih untuk bercakap. Apa yang saya harus katakan?".

7. Alat kawalan jauh

ciptaan nikola tesla yang mengubah dunia 8

Anda menggunakannya setiap hari untuk menukarkan siaran TV, namun anda tak tahu siapa penciptanya. Ketika sedang menghasilkan radio, Tesla juga mencipta alat kawalan jauh yang pertama.

Beliau menggunakannya untuk mengawal kapal kawlan jauh yang digunakkan dalam demonstrasi pada tahun 1898. Demonstrasi ini menunjukkan bahawa Tesla boleh menggunakan alat kawalan jauh untuk menghantar pemancar radio secara tanpa wayar untuk mengawal bot dan menentukan arah bot tersebut.

ciptaan nikola tesla yang mengubah dunia 21

Ia dinamakan sebagai teleautomaton. Ia menjadi antara ciptaan Tesla yang paling berjaya dan paling luas digunakan. Malangnya seperti kebanyakan ciptaannya hampir tidak ada yang tahu bahawa alat kawalan jauh dicipta oleh Tesla.

Ramai yang menonton ciptaan Tesla tidak mempercayai pada mulanya dan ada yang mendakwa beliau menipu. Ada juga yang mendakwa Tesla telah melatih anak monyet untuk mengawal bot tersebut dari dalam.

8. Tesla Coil

ciptaan nikola tesla yang mengubah dunia 0

Bagi yang pernah bermain permainan video Red Alert pasti mengetahui akan produk ini.

Tesla Coil merupakan antara ciptaannya yang paling terkenal yang menggunakan dua gegelung yang setiap satunya menggunakan kapasitor bebas, yang menyimpan tenaga.

Di antara kedua-dua gegelung ini terdapat jurang yang terbuka menunggu dipenuhi oleh tenaga elektrik yang dihasilkan oleh peranti ini.

ciptaan nikola tesla yang mengubah dunia 01

Dengan alat ini, anda boleh hasilkan sambaran petir, hasilkan angin elektron dan menghantar arus elektrik ke seluruh badan.

Tujuan utama penghasilan alat ini di dunia moden adalah hanya untuk memuaskan perasan ingin tahu mengenai sesebuah ciptaan. Namun kini ia digunakan dalam radio dan juga terdapat pemetik apa yang menggunakan teknologi ini.

9. Mesin gempa bumi

ciptaan nikola tesla yang mengubah dunia 000

Dan di antara ciptaan Tesla yang paling menakjubkan, misteri dan kontroversi adalah mesin gempa bumi. Sebuah peranti berayun yang kecil yang mana didakwanya mampu meruntuhkan seluruh bangunan tanpa mengira saiz, jika diberi masa yang cukup.

Beliau pernah menggunakan mesin ini di dalam makmalnya dan hampir merobohkan seluruh bangunan. Walaupun mesin ini kecil namun apabila ditetapkan masa pada frekuensi yang tepat mampu memberikan gegaran bahaya.

Disebabkan Tesla bimbang akan untuk tujuan mesin ini bakal digunakan, beliau kemudiannya membuat keputusan untuk menghancurkannya. Beliau mengarahkan pembantunya untuk berpura-pura tidak tahu apa yang menyebabkan bangunan tersebut bergegar.




Hakcipta iluminasi.com (2017)