Kebanyakan orang cenderung untuk berfikir bahawa setiap ciptaan teknologi hebat yang memudahkan dan menjimatkan masa adalah penemuan baru di zaman moden.

ciptaan hebat zaman dulu teknologi beribu ribuan tahun

Namun, tidak semua ciptaan itu adalah baru dan ada di antaranya telah wujud berabad-abad lamanya. Berikut adalah senarai beberapa ciptaaan terkenal yang jauh lebih tua daripada apa yang kita sangkakan.

10. Mesin layan diri

mesin layan diri pertama

Heron of Alexandria dan ciptaan mesin layan dirinya

Ahli matematik dan pencipta hebat bernama Heron of Alexandria telah membina mesin layan diri pertama di dunia hampir 2000 tahun yang lalu. Mesin yang dibina ketika pemerintahan Rom di Mesir itu menyimpan air suci (holy water) untuk dijual kepada orang ramai.

Duit syiling yang dimasukkan ke dalam mesin bertindak sebagai pemberat untuk menggerakkan tuas dan membuka injap. Ini membolehkan air mengalir keluar.

Mesin seumpama itu muncul beberapa kali dalam sejarah. Salah satunya di England pada tahun 1615 yang menjual tembakau. Manakala mesin yang lebih canggih pula dicipta oleh Percival Everitt pada tahun 1883. Mesin yang pada awalnya menjual poskad itu menjadi popular dan ditempatkan di seluruh tempat awam untuk menjual poskad, sampul surat dan surat khabar.

9. Pintu automatik

pintu automatik heron of alexandria

Pintu automatik moden telah dicipta pada tahun 1954 oleh Dee Horton and Lew Hewitt. Namun, konsep pintu automatik ini jauh lebih tua daripada apa yang kita sangkakan. Idea sebenar pintu automatik ini datangnya daripada Heron of Alexandria pada tahun 50 M. 

Rekaan pintu automatik Heron adalah untuk menambahkan drama dalam upacara keagamaan. Mekanisme rumit yang melibatkan takal dan baldi bertujuan untuk membuat orang ramai berfikir bahawa kuasa ghaib telah membuka pintu.

8. Komputer

komputer pertama charles babbage

Ramai percaya komputer merupakan teknologi baru yang lahir pada penghujung abad-20 tetapi secara teknikalnya ia wujud sejak tahun 1833 lagi. Charles Babbage, ahli matematik dan jurutera mekanikal Britain muncul dengan idea mencipta komputer (dikenali sebagai "Enjin Berbeza" ketika itu) di Cambridge.

Dia memulakan projek membina kakulator besar seberat sekitar 15 tan dan terdiri daripada 25,000 bahagian berbeza. Kerajaan Britain melaburkan £ 1,700 untuk projek ini tetapi ia tidak mencukupi dan Babbage tidak sempat menghabiskan prototaip yang berfungsi.

Pada tahun 1989, jurutera moden berjaya membina komputer moden berdasarkan nota dan visi Babbage. Kini, komputer lama Babbage dipamerkan di Muzium Sejarah Sains di Oxford.

7. Telefon

telefon tamadun chimu

Semua orang tahu bahawa Alexander Graham Bell mencipta telefon pertama pada tahun 1876 tetapi konsep telefon itu sendiri jauh lebih tua. "Telefon" pertama dunia sebenarnya dicipta oleh tamadun Chimu pada tahun 819 Masihi lagi dan kini dipamerkan di Muzium Nasional Smithsonian Indian Amerika.

Telefon paling awal ini ditemui semasa projek penggalian di Peru pada tahun 1930-an. Telefon ini sebenarnya adalah dua buah labu yang dihubungkan dengan tali dan digunakan anggota elit masyarakat Chimu kerana mereka tidak dibenarkan berhubung secara bersemuka dengan orang bahawan mereka.

6. Pancuran mandian

pancuran mandian greek

Pancuran mandian atau shower sebenarnya wujud sejak tahun 100 SM lagi. Masyarakat Mesir Kuno memulakannya kerana golongan kaya ketika itu mempunyai hamba abdi untuk menuangkan air ke atas kepada mereka ketika mandi.

Namun, orang Yunani yang menyempurnakan idea ini. Mereka mencipta sistem paip dan saluran air untuk rumah mandi mereka. Para pelayan akan menuangkan air melalui atas dinding sementara pelanggan menikmatinya di bahagian dalam rumah mandi. 

5. Eskalator

ciptaan eskalator pertama 552

Eskalator wujud sekurang-kurangnya sejak tahun 1859 lagi. Ia dicipta oleh seorang peguam Harvard bernama Nathan Ames. Paten eskalator pertama ini dikenali sebagai "Tangga Berputar".

Ames menjelaskan bahawa ciptaannya itu membolehkan seseorang naik dan turun ke tingkat lain tanpa menggunakan sebarang kekuatan otot.

4. Bateri

bateri baghdad

Bateri pertama dipercayai dicipta sejak tahun 250 SM lagi. Bateri yang disebut sebagai "Bateri Baghdad" itu ditemur di pinggir Baghdad, Iraq, pada tahun 1938. Ia merupakan sebuah balang tanah liat dengan penutup aspal. Di dalamnya terdapat satu batang besi melintasi aspal dan dikelilingi oleh silinder tembaga.

Melalui ujian yang dilakukan di sebuah makmal di Amerika, Bateri Baghdad ini diisi dengan bahan seperti cuka. Para penyelidik membuat semula replika bateri ini dan mendapati ia mampu menghasilkan sehingga dua volt elektrik. Sehingga kini saintis masih tidak tahu apakah kegunaan Bateri Baghdad ini oleh masyarakat kuno.

3. Permainan video

thomas t goldsmith jr

Permainan video pertama telah dicipta oleh seorang profesor fizik bernama Thomas T. Goldsmith Jr. pada tahun 1948. Dia mempatenkan permainan elektronik berdasarkan radar tentera Perang Dunia II dan menamakannya sebagai "Peranti Hiburan Tiub Cathode Ray".

Malang bagi Thomas, dia tidak berjaya mengumpulkan dana yang cukup untuk melancarkan permainan videonya itu secara komersial dan hampir dilupakan. Konsol permainan video yang pertama menjadi fenomena popular adalah keluaran Atari pada tahun 1977.

2. Minuman ringan

schweppes minuman ringan

Ramai menyangka Coca-cola adalah antara minuman ringan tertua berada di pasaran tetapi sebenarnya tidak. Minuman berkabonat pertama dicipta oleh seorang pembuat jam tangan Switzerland bernama Johann Jacob Schweppe pada tahun 1783. Dia mula menjual sparkling water yang sedap kepada pelanggannya di Geneva.

Tujuh tahun kemudian, perniagaannya begitu maju dan dia memindahkan kilangnya ke London serta memperkenalkan perisa baru iaitu sparkling lemon agar lebih menonjol berbanding pesaing lain. Jenama minumannya, Schweppes, masih kekal di pasaran sehingga hari ini.

1. Media sosial

alba amicorum

Jika anda beranggapan bahawa media sosial wujud apabila adanya komputer, anda silap. Media sosial sebenarnya telah wujud jauh lebih lama daripada komputer.

Media sosial sebenarnya wujud sejak tahun 1560 lagi. Walaupun pada abad ke-16 tiada Twitter atau Facebook, golongan orang muda di Belanda sudahpun menggunakan media sosial untuk berhubung. Mereka menggelarnya "Alba Amicorum" dalam bahasa Latin yang bermaksud "Buku Rakan".

Ia sama seperti media sosial yang ada pada hari ini cuma semuanya terkandung dalam buku fizikal yang diedarkan di kalangan rakan dan kenalan. Apabila tiba giliran anda, anda boleh menulis pelbagai perkara mengenai diri, gosip, cerita, jenaka, lirik lagu, politik dan banyak lagi. 



Hakcipta iluminasi.com (2017)