"Brainwash" adalah satu tindakan menekan seseorang untuk mengamalkan kepercayaan yang sangat berbeza daripada apa yang mereka percaya dengan menggunakan cara yang sistematik dan memaksa.

Untuk memanipulasikan orang, seseorang itu tidak perlukan magik atau hipnosis. Ini kerana terdapat pelbagai taktik mudah yang digunakan oleh orang untuk membuatkan anda lakukan atau fikir apa yang mereka mahu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Disebabkan ini, adalah penting untuk menyedari jika anda berasakan diri anda sedang dimanipulasikan. iluminasi.com kongsikan 8 tanda anda sedang di-brainwash tanpa disedari.

1. Terlalu banyak gangguan daripada isu-isu besar

tanda anda di brainwashed

Ini adalah cara yang paling mudah untuk memanipulasikan orang ramai.

Apabila media memfokuskan terlalu banyak kepada sukan, hiburan atau benda yang manusia tak boleh hidup tanpanya, hal ini mungkin disengajakan.

Perkara ini kemungkinan besar dilakukan untuk mengalihkan perhatian orang ramai terhadap masalah yang lebih serius dan kontroversi.

Antaranya adalah isu-isu seperti politik, ekonomi, psikologi, neurobiologi dan juga cybernetic. 

2. Ketakutan anda menjadi permainan pihak berkuasa

tanda anda di brainwashed 3

Jika sesuatu masalah dicipta secara sengaja, seperti seperti keganasan atau serangan di bandar-bandar yang tidak dapat dikawal, orang ramai pastinya mahukan penyelesaian serta-merta.

Walaupun sesuatu itu melanggar hak rakyat, orang ramai boleh diyakinkan bahawa ia pelanggaran hak atau "kejahatan" itu dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang mereka takuti.

Dalam beberapa kes yang teruk, melakukan perkara ini juga boleh mengalihkan perhatian dari masalah yang lebih besar, seperti yang disebutkan di atas.

3. Idea tidak popular dilaksanakan sedikit demi sedikit 

tanda anda di brainwashed 2

Terdapat sesuatu yang dipanggil "graduasi" dan ini tidak ada kena mengena dengan tamat pengajian.

Istilah ini juga merujuk kepada idea untuk memperkenalkan idea secara sebahagiannya dan apabila orang ramai terpedaya, idea tersebut diperkenalkan secara perlahan-lahan sedikit demi sedikit sehinggalah idea penuh diterima.

Sebagai contoh, undang-undang baru mungkin dilaksanakan dengan mempunyai kelemahan, tetapi kelemahan-kelemahan tersebut hanya akan didedahkan kemudian selepas ia dilaksanakan.

4. Anda diperlakukan seperti kanak-kanak untuk dikawal

tanda anda di brainwashed 4

Satu cara popular untuk mengawal orang adalah dengan bercakap dengan mereka seolah-olah mereka adalah kanak-kanak.

Dalam hal ini, ganjaran dan hukuman digunakan seperti mana ibu bapa mengajar anak-anak.

Malah, mereka akan menjadikan sesuatu perkera kelihatan seperti mudah, walaupun ia menjadi semakin rumit.

Akhirnya, pihak yang memanipulasi menjadikan sesuatu masalah seolah-olah sangat sukar untuk difahami oleh orang ramai, agar mereka tidak memberontak. 

5. Anda diperlakukan seperti pelik kerana tidak meminati sesuatu yang diminati ramai

tanda anda di brainwashed 5

Cuba bayangkan sebuah filem francais yang anda langsung tak pernah tengok atau peduli, diiklankan dengan cara yang menjadikan ia kelihatan seperti ia adalah sebahagian daripada zaman kanak-kanak anda.

Atau watak-watak filem tersebut mewakili sesuatu yang penting untuk masyarakat kita. Dengan carai ini, ia seolah-olah mengkritik anda kerana tidak menjadi salah seorang yang meminati filem tersebut.

Anda mungkin beranggapan bahawa anda seorang yang pelik daripada yang lain kerana tidak meminati atau menikmatinya, padahal setiap orang berhak mempunyai pendapat dan pilihan sendiri.

Ia secara tak langsung membuatkan anda berasa terpaksa menontonnya walaupun anda tidak minat.

6. Orang membuatkan anda rasa bersalah kerana hal remeh 

tanda anda di brainwashed 6

Ibu bapa telah menggunakan taktik ini sejak dahulu lagi. Apabila menggunakan rasa bersalah, orang akan mengungkit perkara buruk yang anda lakukan walaupun ia berlaku lama dahulu.

Dengan cara ini, anda akan rasa bersalah walaupun kesalahan itu langsung tidak memberikan kesan kepada hidup anda. Dengan ini, amat mudah untuk orang lain memanipulasikan anda.

Sebagai contoh, ibu bapa mengungkit kesalahan anak memecahkan pasu hanya untuk membuatkan anak-anak mendengar cakap mereka.

7. Orang bertindak seperti mereka kenal diri anda lebih daripada anda mengenali diri sendiri 

tanda anda di brainwashed 7

Keyakinan adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan. Sebagai contoh, keyakinan boleh membuatkan seseorang berasa berani untuk mencuba walaupun dia sebenarnya tahu akan gagal.

Jika seseorang boleh membuatkan anda percaya bahawa mereka lebih memahami tentang diri anda lebih daripada anda kenal diri sendiri, ini tersangatlah berbahaya.

Ini adalah kerana sama ada ia benar atau pun tidak, mereka mungkin dapat mengawal keputusan anda kerana anda berasa tidak yakin dengan diri sendiri.

8. Anda dipaksa bersendirian di dunia ini

tanda anda di brainwashed 8

Taktik ini lebih drastik daripada taktik biasa. Untuk menangkap mangsa, sesetengah pihak biasanya akan memutuskan hubungan seseorang dengan sesiapa sahaja yang dapat membantu mereka.

Ia biasa dilakukan dengan mengasingkan seseorang daripada orang tersayang di dunia yang lain, sekaligus menghalang mangsa daripada bergaul dengan masyarakat yang diperlukan.

Penjara di seluruh dunia juga terkenal dengan menggunakan "pengasingan bersendirian" sebagai hukuman berat apabila banduan melakukan kesalahan.

Dan dalam kes yang lebih teruk, banduan-banduan mungkin tidak diberikan perkhidmatan terapi atau pendidikan yang sepatutnya mereka terima sebagai satu cara memanipulasi.

Rujukan:

1. Psychology Today

2. Issues

3. Brainwashed

4. PsychCentral




Hakcipta iluminasi.com (2017)