Semakin usia kita meningkat, kita sebenarnya tidak menyedari bila saatnya otak kita berubah daripada keremajaan kepada kematangan. Bagi sesetengah orang, perubahan ini tidak pernah berlaku.

Tetapi bagi mereka yang berubah meninggalkan tabiat buruk dan kekal di dunia dewasa, ada beberapa cara dan tanda yang mudah untuk menunjukkan anda sudah mencapai tahap kematangan yang penuh.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 10 tanda-tanda yang menunjukkan bahawa diri anda sudah mencapai tahap kematangan dewasa.

1. Anda kurang bercakap dan lebih mendengar

anda lebih banyak mendengar 10 tanda anda telah mencapai kematangan

Apabila anda sedar sebagai manusia kita diciptakan untuk lebih mendengar (kerana kita mempunyai sepasang telinga) dan kurang bercakap (satu mulut dan lidah), maka anda akan menerima maklumat yang lebih dan apa sahaja yang kita cakap adalah berdasarkan perkara yang berasas.

Ini akan memberikan gambaran tentang anda sebagai individu rasional kepada orang ramai. Oleh itu, anda akan dilihat sebagai lebih serius dan seterusnya ia menambahkan keyakinan anda.

Ia merupakan tanda pertama bahawa anda menjadi semakin matang daripada sebelum ini.

2. Borak kosong tidak lagi menyeronokkan anda

borak kosong tidak lagi menyeronokkan anda 10 tanda anda telah mencapai kematangan

Berborak mengenai cuaca, kerja, atau kucing baru rakan sekerja anda tidak lagi menarik minat anda.

Anda akan sama ada mengelakkan diri daripada terlibat dalam perbualan ini kerana menyedari bahawa kehidupan ini terlalu singkat untuk mengetahui perkara yang tak penting bagi anda, atau anda pakar dalam mengubah topik perbualan untuk berborak mengenai sesuatu yang lebih intelektual atau menarik.

3. Anda belajar daripada kesilapan dan pengalaman

anda belajar daripada kesilapan dan pengalaman 10 tanda anda telah mencapai kematangan

Sebagai manusia, anda tidak lari daripada kesalahan. Melakukan kesilapan dan kesalahan adalah salah satu cara untuk manusia belajar sesuatu.

Namun, ramai di antara kita yang tidak pernah serik melakukan dan mengulangi kesilapan yang sama. Pemikiran anda yang matang membuatkan anda sedar bahawa kesilapan adalah pengalaman berharga dan boleh menjadi pemangkin kebahagiaan anda.

Kini anda tidak lagi melakukan kesalahan yang sama, walaupun anda terpaksa melawan naluri anda sendiri, kerana anda tahu anda akan berada pada takuk yang sama jika ia berlaku lagi.

4. Anda lebih mudah memaafkan

anda lebih mudah memaafkan 10 tanda anda telah mencapai kematangan

Menyimpan dendam dan memikirkan hal-hal kecil adalah sangat meletihkan bagi anda. Otak anda lebih suka digunakan untuk perkara yang lebih penting, jadi anda mudah memaafkan mereka yang melakukan kesalahan atau menyakiti anda, serta merta.

Rakan adalah lebih baik daripada musuh dan anda sudah muak dengan permainan permusuhan seperti kanak-kanak.

5. Anda tak lari dari tanggungjawab

anda tak lari daripada tanggungjawab 10 tanda anda telah mencapai kematangan

Setiap daripada kalangan kita memainkan pelbagai peranan dalam kehidupan bermasyarakat. Sama ada untuk keluarga, komuniti, rakan-rakan, negara atau umat manusia secara amnya.

Di samping itu, manusia adalah spesis yang paling hebat di atas muka Bumi, jadi kita perlu bertanggungjawab ke atas spesis lain di dunia ini juga, termasuk memelihara alam sekitar.

Jika anda berfikiran begini, anda akan berkelakuan dengan lebih bertangungjawab. Anda akan mula memikirkan dan mendahulukan kepentingan orang lain lebih daripada diri anda dan ia menjadikan anda individu yang matang di planet ini.

Walau seberat mana sekalipun tanggungjawab, anda akan cuba menggalas dengan sebaiknya tanpa rungutan.

6. Anda hormati perbezaan

anda hormatkan perbezaan 10 tanda anda telah mencapai kematangan

Anda mula berfikiran lebih terbuka terhadap pelbagai perkara yang sepatunya. Dan disebabkan ini, anda lebih menerima mereka yang berbeza daripada anda, dan bukannya cuba meyakinkan mereka supaya menyukai anda.

Anda menyedari bahawa dunia ini adalah tempat yang mempunyai perbezaan yang sangat besar. Anda tidak membezakan setiap orang mengikut perbezaan masing-masing termasuklah dari segi politik, agama dan bangsa.

7.  Anda tidak memaksa cinta

anda tidak memaksa cinta 10 tanda anda telah mencapai kematangan

Manusia diciptakan dengan naluri yang suka akan jantina berlainan, dan sudah pastinya semua daripada kita mempunyai seseorang yang kita suka dan cintai.

Satu ketika dulu pastinya anda mempunyai cinta monyet dan beranggapan dialah satu-satunya untuk anda, namun apabila anda semakin dewasa anda lebih menyedari dan memahami realiti perhubungan.

Anda sedar anda tidak boleh memaksa orang untuk mencintai anda dan apabila cinta yang datang itu adalah yang cinta sebenar, anda akan tahu.

8. Anda terima takdir dengan hati terbuka

anda terima takdir 10 tanda anda telah mencapai kematangan

Sama ada anda sedang mengalami sekecil-kecil perkara seperti sakit kepala atau menghadapi perpisahan yang sukar, anda sekarang lebih menerima takdir yang anda sedang lalui dan mengendalikannya dengan rahmat dan pengertian, berbanding dahulu.

Ya anda masih tetap rasakan kesakitan dan kepedihannya, tetapi kini anda memiliki kematangan untuk mencuci luka sendiri dan bangkit daripada situasi yang sukar, tanpa menyalahkan sesiapa kerana anda tahu ia adalah untuk kebaikan diri dan masa depan anda.

9. Anda tidak mudah menghakimi orang lain

anda tidak mudah menghukum 10 tanda anda telah mencapai kematangan 624

Sebagai kanak-kanak atau orang dewasa, kita sering kali menghakimi orang lain berdasarkan penampilan atau minat. Daripada pakaian kepada pemilihan muzik, mempunyai pendapat yang kurang baik terhadap orang lain adalah sesuatu yang normal kerana kita kurang matang untuk memahami setiap orang adalah berbeza.

Namun, apabila semakin matang, anda tidak lagi melihatkan perkara ini sebagai sesuatu yang negatif, malah anda sendiri cuba menyelami untuk merasai apa yang orang lain rasai.

Anda juga tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita atau perkongsian di media sosial dengan mudah, sebaliknya menggunakan akal dan fikiran yang waras terlebih dahulu sebelum memberikan pendapat mengenainya.

10. Anda lebih suka berdiam daripada bertengkar yang tidak membawa kebaikan

anda lebih suka berdiam daripada bertengkar yang tidak membawa kebaikan 10 tanda anda telah mencapai kematangan

Adalah satu perkara yang baik dan sihat untuk mengutarakan pendapat dan apa yang anda rasakan, namun anda berasa adalah tidak berbaloi untuk berhujah dengan seseorang yang anda rasakan tidak membuahkan apa-apa hasil.

Anda tahu untuk memilih lawan anda dan anda sedar apabila ia tidak berbaloi, anda lebih suka untuk berdiam daripada menghabiskan masa dan tenaga.

Ekstra

Kebahagiaan anda tidak bergantung kepada orang lain

Mungkin sebelum ini anda sering bergantung kepada orang lain sama ada keluarga, kekasih atau rakan-rakan untuk berasa gembira. Namun kini anda tahu cara untuk menikmati perasaan yang sama tanpa mengharapkan orang lain.

Mampu menikmata masa lapang seorang diri dan tidak mengharapkan penerimaan orang lain terhadap anda adalah sesuatu yang sangat menakjubkan. Kebahagian sejati datang daripada diri anda sendiri dan apa yang anda suka lakukan.

Anda tidak lagi peduli dengan pendapat orang lain terhadap diri anda selagi ia tidak salah dan tidak memudaratkan orang lain.

Anda lebih banyak menyimpan daripada berbelanja

Pendapatan yang anda perolehi setiap bulan mungkin sama atau lebih berbanding sebelum ini. Namun, ia tidak membuatkan anda untuk berbelanja lebih, malah anda mampu menyimpang lebih banyak wang.

Anda semakin sedar bahawa menyimpan itu adalah lebih baik untuk kecemasan dan anda kurang berbelanja untuk perkara yang tidak perlu. Pemikiran ini bukan disebabkan anda kedekut, tetapi anda sebenarnya tidak memerlukan banyak wang untuk berasa gembira, jadi anda lebih banyak menyimpan.

Anda lebih suka tinggal di rumah daripada keluar

Hari-hari di mana anda menjadi ghairah dan teruja apabila hampir tibanya hari jumaat telah tamat bagi anda. Anda matang sehingga ke tahap di mana tinggal di rumah dan menghabiskan masa dengan diri sendiri atau bersama keluarga adalah lebih menyeronokkan dan memuaskan hati anda.

Anda lebih menghargai masa berbanding satu ketika dahulu, dan ini membuatkan anda lebih menikmati kehidupan sebenar.




Hakcipta iluminasi.com (2017)