Menggunakan komputer seorang diri tak semestinya bermaksud anda bersendirian. Penggodam tidak pernah berehat dan sentiasa mencari tempat terdedah pada komputer anda untuk mencuri data.

Dengan mengklik pada sepanduk dan laman sesawang yang berbeza, anda boleh membenarkan mereka masuk ke komputer anda tanpa sedar.

Untuk meningkatkan kesedaran para pembaca tentang, iluminasi.com kongsikan 7 tanda-tanda komputer anda sedang diintip seseorang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Bateri laptop habis dengan cepat

bateri laptop habis cepat mungkin tanda anda diintip

Sekiranya beberapa perisian yang tidak diingini berjalan di latar belakang semasa komputer anda aktif, ia menggunakan kuasa pemproses pusat.

Sesetengah program seperti ini mungkin adlaah spyware atau virus. Jangka hayat bateri yang singkat juga boleh menjadi tanda bahawa seseorang melakukan "cryptomining" menggunakan pemproses anda atau ia dijangkiti dengan perisian hasad (malware).

Perkara-perkara ini menyebabkan komputer menjadi panas dan komputer riba kehabisan bateri dengan cepat daripada biasa. 

2. Aplikasi cetuskan masalah dan terpadam dengan kerap

tanda komputer anda sedang diintip

Penggodam sentiasa mencari cara baru untuk mencuri data anda. Mereka boleh meletakkan kod ke dalam aplikasi anda untuk membuatkannya mengumpul semua maklumat yang diperlukan secara automatik.

Ini boleh membuatkan aplikasi berfungsi dengan sangat perlahan, mencetuskan masalah dan terpadam dengan sendiri. 

Untuk melindungi diri sendiri, cuba untuk tidak memasukkan data kewangan anda seperti nombor kad kredit atau kod ke dalam mana-mana aplikasi dan sentiasa menghasilkan kata laluan yang rumit.

3. Komputer menjadi perlahan

komputer jadi perlahan mungkin tanda anda diintip

Jika komputer anda agak baru dan anda meneydari bahawa tiba-tiba ia tidak berfungsi sepantas yang sepatutnya, ini sangat mencurigakan.

Ia boleh menjadi tanda bahawa ia dijangkiti dengan malware seperti worm atau Trojan horse.

Perisian berbahaya seperti ini boleh menjangkiti komputer anda melalui program yang anda muat turun kerana ia sering menyamar sebagai perisian yang sah.

Perisian-perisian ini menggunakan banyak sumber pemproses, yang menjadikan komputer anda lebih perlahan.

4. Webcam merakam secara tiba-tiba 

webcam tiba tiba rakam tanda anda mungkin diintip

Ia bukan satu petanda yang baik jika anda perasan bahawa webcam dan mikrofon adalah terpasang dengan sendirinya.

Ini boleh membimbangkan kerana jika seseorang sedang mengintip anda, mereka bukan sahaja boleh mencuri data anda, tetapi juga boleh mengambil gambar anda dan merakam suara anda.

Cara terbaik adalah untuk menutup kamera anda dengan pita, pasangkan mikrofon anda hanya apabila diperlukan dan ubah kata laluan anda dengan kerap.

5. Banyak iklan pop-ups muncul

iklan muncul di skrin mungkin tanda anda diintip

Kadang-kala, semasa melayari internet, anda mungkin terklik pada sepanduk iklan yang mencurigakan.

Sepanduk ini boleh menyuntik komputer anda dengan virus pengiklanan yang akan membuat iklan muncul di seluruh skrin anda.

Bukan sahaja ia menjengkelkan untuk dilihat, tetapi ia juga membolehkan penggodam mendapat akses kepada data anda melalui komputer anda.

6. Laman utama pelayar anda tiba-tiba berubah

tanda komputer anda sedang diintip 2

Satu tanda yang lebih membimbangkan adalah keadaan halaman utama pelayar yang anda gunakan.

Sekiranya anda membukanya dan menyedari bahawa ia berbeza daripada apa biasa, anda perlu memberi perhatian.

Juga, anda mungkin perasan bahawa pelayar anda membuka dan memberi anda laman sesawang yang berbeza dari apa yang anda cuba buka.

Ini bermakna bahawa komputer anda dijangkiti dengan beberapa perisian pengintipan.

7. Program tak diketahui ada dalam komputer anda

program tak diketahui ada dalam komputer anda mungkin tanda anda sedang diintip

Salah satu cara yang paling umum komputer anda boleh dipantau dari jauh adalah melalui malware.

Anda harus selalu memeriksa program yang di-install. Kadang-kala beberapa perisian yang tidak diingini di-install ketika anda cuba untuk meng-install sesuatu dari bundleware.

Jika anda perasan beberapa program yang mencurigakan yang anda tidak pernah install, padamkannya dengan kadar segera. 

Rujukan:

1. Psafe

2. Small Business

3. Daily Mail




Hakcipta iluminasi.com (2017)