Oleh pada 07 Jul 2021 kategori

Seringkali disebut sebagai bahasa rempit, penggunaan perkataan slanga menimbulkan polemik di kalangan masyarakat kita.

Bagi penggunanya, mereka merasakan slanga meringkaskan penyampaian sesuatu perkataa sehingga mampu disampaikan secara mudah dalam masa singkat. Bagi pendokong bahasa pula, slanga dan bahasa pasar mampu merosakkan bahasa sekiranya penggunaannya mula jadi biasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam banyak-banyak slanga yang seringkali disebut, sebenarnya wujud banyak perkataan yang kita andaikan slanga tetapi realitinya diiktiraf dalam perbendeharaan kata kita. Boleh membawa makna sama atau berbeza, jom kita lihat apakah istilah yang kita katakan slanga tetapi sebenarnya rasmi penggunaannya.

1. Siut

siut udang slanga

"Lawa siut gadis tu!" Itulah agaknya penggunaan paling popular perkataan 'siut' - diguna bagi menggambarkan sesuatu yang melampau sifatnya, seperti 'cantik siut', 'hodoh siut' atau 'lawa siut.'

Merujuk kepada Kamus Dewan, 'siut' sebenarnya mempunyai dua makna yang langsung tak berkait dengan slanganya. Satu, 'siut' membawa makna bunyi nyaring yang terhasil. Yang kedua, 'siut' sebenarnya merujuk kepada sejenis alat menangkap udang.

Jika anda dipuji seorang lelaki sebagai 'lawa siut!', ada kemungkinan dia merasakan anda ibarat sejenis alat tangkapan udang.

2. Cun

mak cun slanga bahaaa

Berbeza dengan 'siut', 'cun' jika dirujuk dalam kamus memang membawa makna sama merujuk kepada ungkapan yang akan disebut apabila sesuatu itu padan, anggun, cantik atau merdu.

Dalam masa yang sama, 'cun' juga merujuk kepada ukuran panjang 1/10 kaki bersamaan 3.05 cm. Dari mana datangnya istilah 'cun' ini? Cun dalam unit ukuran merujuk kepada ukuran lama masyarakat Cina yang menamakan 1/10 kaki atau sekitar 32 mm (3.2cm) sebagai 1 cun.

3. Ranggi

ranggi bunga

Istilah 'ranggi' merujuk kepada tiga makna berbeza. Yang pertama adalah makna yang paling meluas penggunaannya, apabila ranggi digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang tampan, elok dan rapi.

Tetapi 'ranggi' juga boleh digunakan untuk merujuk sifat sombong seseorang. Sebagai contoh ' seseorang yang bersifat ranggi' membawa makna dia seorang yang berlagak sombong.

Ranggi juga sebenarnya boleh digunakan untuk merujuk kepada bahagian kelopak bunga yang mengelilingi sekuntum bunga, biasanya berwarna lebih cerah.

4. Kerek

kerek takal pulleys

Kami tidak tahu kenapa 'kerek' digunakan sebagai slanga merujuk sifat berlagak. Makna asal 'kerek' sebenarnya merujuk kepada kedudukan sesuatu yang bersifat rapat.

'Kerek' juga merujuk kepada sejenis alat takal yang diperbuat daripada tali dan rantai yang digunakan untuk memudahkan pengalihan barang-barang berat dari satu lantai ke satu lantai lain.

5. Rempit

mat rempit stunning

Siapa yang mula-mula sekali menamakan pelumba motor jalanan sebagai mat rempit patut diberikan anugerah. Ini kerana penggunaannya cocok sekali!

'Rempit' membawa makna tunggal yang merujuk kepada perbuatan menyebat seseorang dengan menggunakan rotan.

Jadi berkemungkinan besar 'mat rempit' sepatutnya merujuk kepada seseorang individu kaki pelumba motor yang sepatutnya disebat atas perbuatannya membahayakan diri sendiri dan orang lain.

6. Gedik

gadis gedik blackpink

Disebabkan kemudahan media sosial, individu-individu gedik sudah mula mempunyai platform mudah untuk menayangkan kegedikan mereka.

'Gedik' sangat jelas penggunaannya serta tepat dengan slanga yang kita gunakan, merujuk kepada seorang individu yang bergerak-gerak atau bergetar-getar badannya setiap masa tanpa sebab.

Seseorang yang lincah juga sebenarnya dari segi bahasa juga layak dikatakan seorang yang gedik, namun malangnya persepsi negatif masyarakat kita terhadap istilah 'gedik' membuatkan tidak ramai yang lincah mahu digelar gedik.

7. Menyirap

menyirap slanga melayu

Setiap kali ada individu marah, pasti kita akan mengatakan darah dia sedang menyirap. Adakah penggunaan ini salah? Tidak. Penggunaanya betul.

'Menyirap' bermaksud seseorang yang sedang berdebar-debar hatinya, disebabkan rasa amarah atau takut. Tetapi dalam masa yang sama, 'menyirap' seseorang boleh membawa makna usaha mereda atau menenangkan seseorang supaya dia terus tidur.

Nasihat kami, janganlah cuba menyirapkan seseorang yang sedang menyirap - takut nanti anda pula yang dirempit.

8. Marka

marka gadis melayu

Istilah 'marka' cukup popular di kalangan masyarakat utara, bagi mewakili teman wanita seseorang - biasanya disebutkan oleh lelaki dengan muka tersengih-sengih bangga.

Walaupun demikian penggunaanya dalam bentuk slanga kurang tepat kerana istilah 'marka' sebenarnya membawa lebih umum.

'Marka' sebenarnya secara rasmi merujuk kepada perempuan atau gadis remaja secara am, bukanlah 'teman istimewa' atau teman wanita/girlfriend/baby/honey seperti yang gemar digunakan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)