Masyarakat kita yang berbilang bangsa, membolehkan wujud pelbagai campuran elemen-elemen bahasa yang berbeza sehingga diasimilasikan sebagai perkataan rasmi. Perkataan-perkataan yang kita gunakan ini, walaupun nampak janggal kerana berbunyi macam slanga.

Walaupun demikian, penggunaan perkataan-perkataan slanga ini ada kalanya memang berasal daripada perkataan yang sudah wujud. Ada juga situasi di mana pihak Dewan Bahasa mengambil keputusan mengadaptasikan slanga itu untuk diangkat sebagai istilah sebenar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 13 perkataan yang mirip slanga, tetapi sebenarnya bila disemak dalam kamus Dewan memang wujud dan mempunyai makna yang serupa atau hampir dengan tujuan slanga itu diucapkan.

1. Gostan

parking gostan

Orang utara paling gemar guna perkataan ni bila nak undur kereta. "Hang gostan kereta hang sikit!" kata orang Kedah. Walaupun lawak bunyinya, gostan memang wujud dalam kamus perkataan kita - yang membawa maksud secara am 'undur' atau 'ke belakang.'

2. Jambu

jambu awek

"Feewittt! Jambu siot awek itu!" kerap menjadi sebutan lelaki nakal bila nampak gadis cun. Kita tahu jambu itu buah - tetapi hari ini anda perlu tahu menurut Kamus Dewan, 'jambu' juga merujuk kepada sesuatu yang cantik dan lawa. Jadi penggunaan itu tidak salah.

3. Kacang

kacang dan simple

Penggunaan perkataan kacang boleh merujuk kepada tumbuhan kacang, slanganya pula merujuk sesuatu perbuatan yang kita rasakan mudah seperti "kacang je la ujian tadi!" Penggunaan itu betul ke? Hampir betul. Apabila ditambah imbuhan, 'memperkacangkan' membawa makna melakukan sesuatu dengan sesuka hati atau sewenang-wenangnya.

4. Alamak

alamak slanga

Perkataan 'alamak' memang wujud dalam kamus tatabahasa kita. Perkataan 'alamak' sebenarnya adalah singkatan kepada istilah 'alah mak' yang kerap digunakan orang dulu, besar kemungkinan untuk menolak pandangan ibu dengan sopan. "Alah mak ni, Cempaka nak kahwin dengan Abang Sudinlah." Macam tu la agaknya penggunaannya.

5. Awek

awek jambu

Istilah 'awek' yang kita gunakan pun merupakan istilah rasmi yang benar ada. 'Awek' merujuk kepada mana-mana gadis. Digabungkan dengan istilah 'jambu', 'awek jambu' merupakan kelompok yang kami harap dapat mengikuti penulisan Iluminasi setiap hari.

6. Barai

tembikai barai

Istilah 'barai' kini semakin kerap digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang kurang elok tentang gadis seperti 'awek barai' ataupun enjin motor ("habis barai enjin gua bro!"). Istilah 'barai' sebenarnya merujuk kepada sesuatu yang luruh dan bertaburan seperti kita membawa satu plastik buah, tetapi plastiknya bocor. Habis barai buah itu ke tanah.

7. Bohsia/Bohjan

bohsia bohjan

Terma ini memang diiktiraf dalam kamus, mewakili kumpulan anak muda lelaki dan wanita yang berpeleseran, melakukan aktiviti tidak bermoral serta mengamalkan hidup yang tidak hala tuju melainkan mengejar keseronokan.

8. Palat

kami palat

Dulu penulis ingatkan palat ni merujuk kepada sesuatu yang kotor, contohnya najis yang dibasuh tidak bersih melekat dipakaian. Rupa-rupanya 'palat' merujuk kepada seseorang yang tidak berguna. Jadi melabelkan seseorang itu 'macam palat' seandainya dia hanya tahu makan tidur semata adalah tepat sekali.

9. Koman

barang koman

Satu lagi istilah yang popular untuk orang utara - 'koman' selalu digunakan untuk merujuk kepada barang kurang berkualiti. Ya, istilah ini benar. 'Barang koman' merujuk kepada barang-barangan, produk atau benda yang biasa-biasa saja.

10. Ngam

ngam ngam

'Ngam' atau 'ngam-ngam' memang merujuk kepada maksud 'tepat, cukup, cocok, sepadan' atau 'just nice.' Selama ini memang penulis ingatkan 'ngam' adalah slanga semata-mata tetapi rupa-rupanya penggunaannya terkandung dalam kamus tatabahasa.

11. Otek

polis otek

'Otek' adalah slanga yang kita guna bagi merujuk polis. Kenapa pula? Ini kerana 'otek' merujuk kepada tabiat menggoyangkan sesuatu, seperti ekor. Besar kemungkinan masyarakat dahulu kerap menggunakan 'mengotek' bagi merujuk kepada anjing, seperti 'anjing yang mengotekkan ekornya.' Kemudian stigma buruk masyarakat terhadap polis menyamakan polis seperti anjing - menyebabkan gelaran 'otek' terus lekat pada polis. Ini teori kami sajalah ya?

12. Sengkek/pokai

sengkek

Sengkek dan pokai membawa makna yang hampir serupa - tidak berwang, papa kedana mewakili seorang yang miskin. Sengkek juga merupakan istilah yang digunakan masyarakat zaman dahulu untuk melabel orang China yang datang ke Tanah Melayu iaitu 'China sengkek.'

13. Tapau

nasi bungkus

"Mamak! Roti canai tapau 2" merupakan ayat biasa yang kita dengar merujuk kepada bahan yang perlu dibungkus untuk dibawa pulang. Penggunaan istilah tapau adalah tepat untuk merujuk kepada perbuatan itu jadi janganlah segan untuk menggunakannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)