Siri sinematik Marvel berjaya mengangkat barisan pelakon-pelakon, sehingga dikenali lebih ramai berikutan keberkesanan watak yang mereka bawakan.

Kami pasti siri dunia sinematik Marvel akan menjadi salah satu siri filem yang akan terus diperkatakan sekian lama, layak diletakkan setaraf dengan filem seperti Star Wars, The Lord of the Rings, Indiana Jones dan banyak lagi filem yang terus diperkatakan walau sudah berusia berpuluh tahun lamanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebelum nama-nama yang kini besar sampai ke tahap yang telah berjaya mereka kecapi sekarang, pasti ada waktunya mereka tergelincir dan perlu melakonkan watak yang mampu membuatkan kita tertanya-tanya - "kenapa?"

Robert Downey Jr. - 'Kirk Lazarus'

downey kirk lazarus

Satu watak yang penulis memang tak pernah sangkakan akan diambil beliau adalah watak Kirk Lazarus dalam filem 'Tropic Thunder.' Dalam filem tersebut, Downey Jr. benar-benar lari jauh daripada kebiasaan, berjaya membawakan watak seorang lelaki kulit putih pemenang anugerah Akademi sebanyak lima kali - yang sanggup menukarkan warna kulitnya menjadi gelap hanya untuk menjayakan watak itu.

Watak 'Kirk Lazarus' yang dibawa Downey Jr. menimbulkan kontroversi besar serta mendapat kritikan daripada pihak, dikaitkan dengan isu rasisme. Bagaimanapun, ada juga pihak khasnya kumpulan kulit hitam yang dapat menerima mesej komedi yang dipaparkan dalam watak itu.

Filem tersebut juga memaparkan sebuah trailer filem parodi bertajuk 'Satan's Alley' yang memaparkan Kirk Lazarus dan Tobey Maguire, pelakon trilogi pertama Spider-Man sebagai kekasih. Mungkin itulah sebabnya watak Tony Stark dalam Avengers bersungguh-sungguh melindungi Spiderman dalam filem?

Chris Evans - 'Jake Wyler'

not another teen movie

Mungkin sudah lumrah Hollywood, ramai juga pelakon muda perlu melalui fasa berlakon dalam filem remaja pada mulanya dan Chris Evans pun tidak terlepas menjalani peringkat ini. Bagaimanapun, Chris Evans memilih untuk melakonkan watak mamat poyo bernama Jake Wyler dalam filem parodi komedi 'Not Another Teen Movie.'

Agak aneh menonton filem ini sekarang melihat Evans berambut hitam. Apa yang lebih aneh, watak Jake Wyler dalam filem ini merupakan seorang pelajar yang terlalu yakin pada diri sendiri sehinggakan ada beberapa adegan dalam filem ini yang kurang sesuai untuk ditonton sesiapa pun. Nak tengok Chris Evans tidak berpakaian dan hanya krim putar serta pisang diletak pada tempat-tempat tertentu? Tonton filem ini terlebih dahulu sebelum menonton Avengers : Endgame.

Scarlett Johansson - 'Isserley'

under the skin

Pernahkah anda menonton filem lakonan Scarlett Johansson yang bertajuk 'Under My Skin'? Apa pendapat anda tentang filem itu? Agak aneh kan jalan ceritanya serta apa saja yang dipaparkan dalam filem tersebut. Walaupun jalan ceritanya agak jelas untuk difahami, namun visual yang dipaparkan mampu membuatkan kita rasa kurang selesa sepanjang filem itu dimainkan.

Johansson memainkan watak seorang (seekor?) makhluk asing bernama Isserley yang menyarungkan kulit wanita untuk melindungi perbuatannya. Diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama, filem ini gagal di pawagam serta tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Walaupun begitu, lakonan Scarlett Johansson dalam filem ini dipuji pengkritik kerana berjaya menakutkan penonton, dengan wajah yang menawan.

Paul Rudd - 'Ejen FBI Ian Curtis'

paul rudd genycops

Sebelum nama Paul Rudd meletup menjadi salah seorang aktor terkenal, Rudd sebenarnya pernah menjadi salah seorang pelakon Hollywood yang terpaksa ke Hong Kong untuk meneruskan karier beliau. Bila pelakon kulit putih dah ke Hong Kong, watak yang diberikan tidak lain dan tidak bukan mestilah watak sampingan sahaja.

Paul Rudd memainkan watak sebagai seorang Ejen FBI bernama Ian Curtis dalam filem 'Gen-Y Cops' arahan lejen kung-fu Jackie Chan. Rudd engakui ketika itu dia sebenarnya berdepan masalah kewangan yang meruncing sehingga membolehkan ejen beliau menerima saja mana-mana tawaran yang ada. Terbanglah dia ke Hong Kong untuk memegang watak tersebut demi sesuap nasi.

Chris Pratt - 'Barry' dan 'Keenan'

chris pratt 93d86

Siapa perasan Chris Pratt dalam filem 'Wanted' lakonan Angelina Jolie dan James McAvoy? Pratt hanya memegang watak sampingan dan dibelasah dengan menggunakan papan kekunci.

Itu adalah kali pertama adegan Star Lord kena belasah dengan Professor X ditayangkan. Kami harap dengan penggabungan francais Marvel di bawah satu bumbung kelak, adegan ini boleh berulang lagi. Kita semua tahu Star Lord-lah penyebab Thanos menang.

chris pratt file extreme

Selain itu, watak yang agak memalukan pernah dipegang oleh Chris Pratt adalah watak Keenan dalam filem 'The Extreme Team', diterbitkan pada tahun 2003 menjadi kemunculan sulung beliau. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan atlit sukan ekstrim yang ditugaskan ke New Zealand, bagi menyelamatkan rakan mereka.

Menariknya, filem ini tidak mempunyai laman Wikipedia sendiri dan setakat ini, belum ada cara untuk menontonnya secara sah; melainkan anda ada terjumpa mana-mana DVD yang sempat dikeluarkan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)