Oleh pada 23 Apr 2017 kategori

Minggu lepas adalah minggu yang seronok untuk penggemar filem. Dua trailer/teaser untuk dua filem besar ditayangkan iaitu Star Wars - The Last Jedi dan Thor Ragnarok yang nampaknya menggunakan elemen retro dalam filem iut, mungkin untuk mencipta elemen yang mampu mengangkat filem tersebut jika dibandingkan dengan dua filem awal Thor yang agak tenggelam berbanding filem-filem lain Marvel.Dua minggu lepas salah seorang penulis Iluminasi menulis tentang kisah hidup Robert Downey Jr. tetapi dalam artikel tersebut, tertinggal satu elemen penting yang kita jarang bincangkan. Robert Downey Jr. juga berkebolehan menyanyi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jadi tanpa melengahkan masa, mari kita lihat siapa di antara semua pelakon siri Avengers yang bukan sekadar hebat membawakan watak mereka, mereka juga mempunyai bakat menyanyi yang tidak siapa sangka.

1. Robert Downey Jr. mempunyai suara seperti Bruce Springsteen

Siapa sangka Iron Man sebenarnya mampu menyanyi dengan begitu baik? Dia juga pernah mengadakan persembahan dengan artis legenda, Sting.

2. Captain America adalah seorang pemain piano

Siapa sangka untuk seorang yang memainkan watak lelaki yang dibekukan selama berpuluh tahun kemudian bangkit semula untuk belajar hidup di zaman moden, Chris Evans mempunyai kebolehan bermain piano dengan baik rupanya.

3. Hawkeye bukan setakat sangat berbakat menyanyi, malahan berkebolehan bermain muzik

Selalu dijadikan bahan lawak kerana watak Hawkeye dlaam Avengers selalu hanya mampu membantu serba sedikit jika dibandingkan dengan watak lain, Jeremy Renner menjadikan bahan itu sebagai unsur komedi yang dipersembahkan dalam lagunya.

4. Loki gemar lagu-lagu country

Tom Hiddleston yang memegang watak Loki pernah memegang beberapa watak yang memerlukan dia menyanyi dalam filem "I Saw The Light." Dalam filem biografi tersebut, beliau memegang watak Hank Williams, salah seorang artis yang paling berpengaruh dalam industri muzik pada abad ke 20.

5. Scarlett Johansson cukup serius hendak jadi penyanyi

Landak betina dalam animasi "Sing" itu adalah watak yang dibawa oleh Scarlett Johansson. Setakat ini, Scarlett sudahpun menerbitkan 2 album, 3 mini album dan 4 buah single dalam karier muzik beliau.

Selain itu beliau juga pernah berdua dengan artis veteran, Barry Manilow dalam sebuah lagu untuk mempromosikan kempen kesedaran melalui badan NGO RED.


Apa kesimpulan yang kita boleh dapat dari artikel ini mengenai pelakon Avengers dan bakat mereka dalam bidang muzik? 1. Jika dalam filem Avengers watak mereka kurang hebat berbanding watak lain, mereka lebih berkebolehan menyanyi.2. Pelakon di Hollywood walaupun mempunyai kebolehan menyanyi dengan baik nampak lebih gemar untuk memfokuskan karier mereka kepada satu cabang sahaja, bukan seperti di Malaysia yang kadangkala nampak seperti mahu melahirkan artis serba boleh walaupun suaranya takde lah sedap mana.




Hakcipta iluminasi.com (2017)