Instagram mungkin bermula sebagai platform media sosial untuk memuat naik gambar makanan atau swafoto, namun ia bertukar menjadi lombong emas dengan begitu pantas bagi mereka yang bijak untuk mendapatkan gelaran "influencer" atau lebih tepat, instafamous.
Mereka ini menjana pendapatan melalui iklan-iklan dan muat naik yang ditaja. Terma yang digunakan secara meluas di Malaysia adalah "paid review" atau ulasan berbayar.
BESARKAN TEKS A- A+
Walaupun status influencer sebelum ini lebih kepada mereka seperti blogger, namun kini sesiapa sahaja boleh mendapat status ini daripada model kepada pelakon.
Malah, di Malaysia, sesiapa sahaja mampu menjadi instafamous dengan pelbagai cara. Ada yang mempunyai raut wajah cantik, berbadan sado, dan ada juga yang melakukan perkara bodoh bagi mendapatkan perhatian.
Apa sekalipun cara, Instagram sudah tentunya menjadi platform yang mudah untuk menjana pendapatan ketika ini. iluminasi.com kongsikan 8 individu yang menerima bayaran paling tinggi bagi setiap muat naik di Instagram.
8. Neymar da Silva Santos Junior
Pengikut Instagram: 103 juta
Bintang bola sepak Neymar Jr. mampu menghasilkan wang dengan mudah melalui muat naik yang mempromosikan laman membeli-belah atas talian Wish dan juga penajanya iaitu Nike.
Kerjasama dan perkongsian tidak didedahkan, tetapi ini adalah contoh jelas kandungan iklan yang dimuat naik Neymar, yang bernilai RM2.49 juta setiap satu.
7. Justin Bieber
Pengikut Instagram: 102 juta
Peminat-peminat Justin Bieber, "Belieber" akan membeli apa sahaja yang dipromosikan oleh idola mereka ini. Maka, tak hairanlah Justin boleh mengaut keuntungan sebanyak RM2.61 juta bagi setiap muat naik tajaan.
Seperti selebriti yang lain, Justin seolah-olah tidak mendedahkan kerjasama dan tak ada mana-mana jenama yang begitu jelas mempunyai kaitan dengannya di laman Instagramnya.
6. Dwayne Johnson
Pengikut Instagram: 118 juta
The Rock juga kerap dilihat memuat naik gambar tajaan dan satu-satunya produk yang beliau promosikan secara terbuka adalah kasut yang merupakan sebahagian daripada kerjasamanya bersama Under Armor.
Setiap muat naik dibayar sebanyak RM2.7 juta.
5. Beyoncé Knowles
Pengikut Instagram: 119 juta
Video Beyoncé dan Jay-Z baru-baru ini, Apeshit, mungkin membantu Muzium Louvre membuat keuntungan yang lumayan. Instagram Beyonce tidak begitu digunakan untuk tujuan penajaan.
Dan kerana dia jarang menulis kapsyen pada gambar yang dimuat naik, adalah tidak jelas item yang mana menjadi sebahagian daripada penajaan.
Namun, setiap muat naik yang ditaja bernilai RM2.9 juta.
4. Kim Kardashian West
Pengikut Instagram: 119 juta
Sudah tentu senarai ini tak akan lengkap tanpa "influencer" yang memiliki 114 juta pengikut di Instagram ini. Seperti Kylie, Kim juga fokus pada jenama kecantikannya sendiri sejak kebelakangan ini.
Namun, Kim Kardashian dengan mudah boleh mendapatkan bayaran sebanyak RM2.99 juta daripada muat naik yang mempromosikan pil "morning sickness".
3. Cristiano Ronaldo
Pengikut Instagram: 143 juta
Atlet paling popular di dunia ini merupakan pilihan terbaik bagi jenama yang ingin membuatkan dunia menyedari kehadiran mereka.
Gambar dimuat naik Cristiano yang mendapat "like" paling banyak adalah sebanyak 12.26 juta, maka sudah tentu bayaran yang harus diterima beliau juga adalah tinggi.
Cristiano baru-baru ini menyempurnakan promosi berbayar dengan Sixpad, sebuah syarikat yang menghasilkan peralatan senaman.
Beliau dibayar sebanyak RM3.11 juta bagi setiap muat naik berbayar, ketiga termahal di dunia dan yang termahal bagi kategori atlet.
2. Selena Gomez
Pengikut Instagram: 144 juta
Gambar Selena Gomez sedang menyedut minuman Coke menggunakan straw pernah menjadi gambar yang paling banyak mendapat "like" untuk seketika, maka adalah wajib untuk namanya berada dalam senarai ini.
Bagi setiap muat naik di instagram yang ditaja, Selena dibayar sebanyak RM3.32 juta.
Puma adalah antara salah satu jenama yang mengeluarkan sejumlah wang yang besar ini bagi mempromosikan produk mereka melalui laman instagram Selena.
1. Kylie Jenner
Pengikut Instagram: 117 juta
Adik bongsu dalam keluarga Kardhasian-Jenner menggungguli carta ini dengan menerima RM4.15 juta bagi setiap muat naik yang ditaja.
Kylie biasanya mempromosikan jenama alat soleknya sendiri di lama instragramnya. Namun, kadang-kala anda juga akan dapat melihat dia memuatnaik iklan bagi produk rambut iaitu "hair gummies".
Rujukan:
1. SCMP
2. CNBC
3. Hopper HQ