Aku generasi yang lahir pada tahun 80-an. Walaupun aku kecil lagi waktu tu, dalam kepala aku masih lagi aku teringat bagaimana berbezanya Kuala Lumpur jika dibandingkan dengan apa yang kita nampak sekarang. Kuala Lumpur sekarang memang jauh lebih moden, lebih fasiliti, lebih hebat dan gah serta mempunyai pelbagai bukti kemajuan negara kita berada pada satu tahap yang sangat meningkat dalam 20 tahun ini, tetapi hendak tak hendak aku akui yang sedikit sebanyak Kuala Lumpur yang aku saksikan pada zaman 80-an dan 90-an amat aku rindui. Dengan kurangnya jumlah kenderaan, pemandangan yang tidak terlalu padat dengan bangunan tinggi, kedai-kedai kecil yang berdiri di tepi jalan dan hanya masyarakat yang tabiatnya masih sama meniti arus kehidupan bandar besar, masih kekal sehingga sekarang. Sila enjoy layan gambar-gambar Kuala Lumpur pada tahun 1975 ini kerana ini sajalah cara kita untuk mengimbau kembali nostalgia kota raya yang kita sayangi ini.  Semua gambar ini diambil daripada pemilik asal gambar yang bernama Rod Savidge yang berkongsi gambar-gambar ini di akaun Flickr beliau.1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang kini dinamakan Lapangan Terbang Subang

kuala lumpur in 1975

2.Stesyen Keretapi Kuala Lumpur, salah satu bangunan yang perlu dikekalkan sebagai warisan negara

kuala lumpur in 1975 22

3. Pemandangan sebuah jalan di Kuala Lumpur. Nostalgia melihat teksi itu yang dulu memenuhi jalan raya

kuala lumpur in 1975 3

4. Pemandangan anak tangga Batu Caves

kuala lumpur in 1975 10

5. Istana Negara satu masa dulu

kuala lumpur in 1975 6

6. Ruang dalaman Masjid Negara

kuala lumpur in 1975 7

7. Pemandangan biasa deretan kedai runcit yang menjual bermacam jenis barangan

kuala lumpur in 1975 35

8. Peniaga pinggan mangkuk menjual barangan di pasar malam. Kini, majoriti barangan dibuat menggunakan plastik menggantikan kaca dan seramik

kuala lumpur in 1975 18

9. Satu pemandangan Kuala Lumpur yang diambil daripada tempat yang tinggi. Dulu tidak ada drone untuk membantu mengambil gambar sebegini. Sama ada kena naik atas atau gunakan helikopter.

kuala lumpur in 1975 2

Bagaimana? Teruja bukan melihat sendiri bagaimana rupa Kuala Lumpur satu masa dulu? Kongsikan artikel ini melalui akaun media sosial anda supaya nostalgia ini, kita kongsi bersama-sama.

tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)