457139 a porn star s guide to taking a nude selfie for your valentine

Facebook mahu gambar anda tanpa berpakaian seurat benang pun. Ya.

Ini bukan cerita palsu.

Atas masalah-masalah penyebaran gambar lucah akibat dendam yang kerap berlaku dalam internet, dengan lebih 54,000 kes setiap bulan dilaporkan di Facebook sahaja, Facebook telah mengenal pasti langkah terbaik untuk mereka mengawal gejala itu.

Pengguna diminta menghantar gambar anda dalam keadaan berbogel melalui aplikasi Messenger, yang pengguna rasakan mungkin akan disebarkan oleh pihak bertanggungjawab. Dengan mempunyai pengkalan data gambar lucah individu ini, Facebook akan dapat mengenal pasti adakah gambar-gambar disebarkan pada masa hadapan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

sebar porn balas dendam

Lagi sekali kami katakan, ini bukan berita palsu. Ini betul. Sistem data ini sedang diuji di Australia dengan bantuan pengguna-pengguna Facebook di sana dan jika berjaya, ujian akan diteruskan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada.

Ujian yang sedang dijalankan dapat mengenal pasti gambar yang telah dimuat naik oleh pengguna tanpa Facebook menyimpan gambar sebenar di dalam pengkalan data mereka. Facebook hanya menyimpan data tersebut dalam bentuk 'hash' - teknologi digital yang mirip dengan sistem cap jari bagi imej dan apabila berlaku muat naik 'hash' yang serupa, Facebook akan dapat membuang imej tersebut sebelum tersebar lebih luas.

Teknologi sama juga digunakan sehingga kini untuk menyekat pornografi bawah umur dan juga sebaran media berkaitan keganasan.

mangsa porno balas dendam

Rakyat Australia yang risau imej atau video mereka dimuat naik dan disebarkan boleh menyertai ujian ini di Australia, boleh menghubungi Suruhanjaya Keselamatan Elektronik Australia yang akan mengesahkan permohonan itu sebelum pengguna dibenarkan memuat naik gambar lucah mereka.

Gambar tersebut akan sampai pada Facebook dalam bentuk dikaburkan dan kemudiannya Facebook akan meletakkan data 'hash' pada gambar tersebut. Gambar yang dikaburkan ketika dimuat naik itu akan tinggal dalam storan Facebook buat sementara bagi menjalani ujian pengesahan.

stress dan bimbang kerana porno tersebar

Bagi kita rakyat Malaysia, rasanya kerosakan akhlak kita tidaklah sampai ke tahap memerlukan kita sendiri memuat naik gambar lucah kita kan? Walau apa pun tahap keselamatan yang bakal diperkenalkan oleh Facebook bagi membendung masalah penyebaran media lucah kerana dendam, harus diingatlah satu-satunya gambar lucah peribadi yang selamat, adalah gambar yang tidak kita ambil.

Simpanlah dalam memori saja, sudah cukup kan?

Elakkan zina, elakkan mengambil atau diambil gambar lucah kita, semuanya akan lebih selamat. Tak perlu dah kita beri Facebook gambar lucah kita hanya untuk rasa selamat.

Rujukan

Newsweek

Telegraph




Hakcipta iluminasi.com (2017)