Oleh pada 13 Aug 2021 kategori

Semua tahu bahawa singa adalah haiwan yang dinobatkan sebagai Raja Rimba. Pada hakikatnya, singa tidak tinggal di rimba atau hutan dan biasanya singa betina yang melakukan kebanyakan pemburuan dan pembunuhan.

Namun, singa jantan tetap menjadi simbol kepada kekuatan dan kemegahan dunia haiwan. Walaupun secara teknikalnya singa tidak mempunyai pemangsa semula jadi dan ditakuti kebanyakan haiwan lain tetapi masih ada beberapa haiwan yang mampu membunuh Raja Rimba itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah senarai haiwan yang mampu mengalahkan singa.

8. Buaya

buaya sungai nil 36

Buaya Sungai Nil adalah reptilia kedua terbesar di dunia selepas buaya air masin. Seperti singa, buaya juga merupakan pemangsa tunggal kerana tiada haiwan yang memburu mereka sebagai makanan.

Banyak kejadian telah direkodkan di mana buaya Sungai Nil telah menyerang singa terutamanya ketika mereka minum atau makan berhampiran sungai. Buaya biasanya menyerang singa dengan melakukan serangan hendap yang pantas.

Walaupun ada yang mempersoalkan status singa sebagai pemangsa tunggal, kebanyakan ahli ekologi masih menganggap haiwan itu sebagai pemangsa tunggal kerana buaya Sungai Nil hanya menyerang Singa apabila mempunyai peluang atau terdesak sahaja.

7. Ular Mamba Hitam

black mamba

Ular Mamba Hitam merupakan ular yang paling digeruni di Afrika. Walaupun merupakan ular berbisa kedua terbesar selepas ular Tedung Selar tetapi racunnya lebih kuat dan lebih pantas berkesan berbanding Tedung Selar.

Tidak hairanlah jika Raja Rimba sekalipun takut kepada ular ini. Banyak kes di mana ular Mamba Hitam membunuh singa dengan patukan beracunnya. Biasanya, ular ini tidak agresif dan hanya akan menyerang jika merasa terancam.

6. Dubuk

dubuk 720

Dubuk sering dilihat sebagai spesies pemangsa yang tidak begitu menakutkan. Mereka juga sering digambarkan dalam kartun sebagai haiwan jahat, penakut dan hanya menunggu peluang untuk meneguk di air keruh. Bagi singa pula, dubuk dilihat sebagai ancaman menakutkan.

Memang benar tiada rekod menunjukkan bahawa seekor dubuk pernah memburu singa. Namun, jika sekumpulan dubuk bekerjasama mereka boleh membunuh singa dan binatang yang jauh lebih besar lagi.

Singa dan dubuk sering bertengkar disebabkan makanan. Biasanya, singa akan cuba untuk mencuri hasil buruan dubuk. Dalam kebanyakan pertembungan, kemenangan sering berpihak kepada kumpulan dubuk terutamanya dubuk bertompok yang merupakan spesies dubuk paling agresif.

5. Badak Sumbu

badak sumbu 360

Sama seperti singa dan buaya, badak sumbu juga tidak mempunyai pemangsa. Walaupun kelihatan malas dan sentiasa menghabiskan masa dengan berkubang atau berehat, kebanyakan haiwan akan mengelak daripada berhadapan dengan badak sumbu.

Selain mempunyai berat lima kali ganda singa, badak sumbu juga merupakan haiwan territorial(haiwan yang agresif terhadap penceroboh kawasannya). Tidak seperti buaya atau dubuk yang biasanya menjauhi singa, badak sumbu sedia berhadapan dengan Raja Rimba itu jika ia mengganggu wilayahnya.

4. Gajah

gajah afrika

Tidak mengejutkan jika haiwan darat terbesar ini mampu mengalahkan singa. Gajah juga tidak mempunyai sebarang pemangsa semula jadi. Hanya anak gajah dan gajah yang sakit sahaja berpotensi menjadi mangsa namun ia bukanlah pilihan utama pemangsa lain.

Terdapat banyak rakaman yang menunjukkan gajah bertempur dengan singa. Biasanya, pertempuran berlaku akibat perebutan kawasan atau singa terdesak memburu anak gajah yang terpisah dari kawanannya. Kebanyakan pertempuran tidak memihak kepada singa.

3. Kerbau Afrika

kerbau afrika

Jika disebut tentang kehidupan liar Afrika, kita pasti akan terbayangkan zirafah, gajah, singa, badak atau haiwan lain tetapi jarang sekali mengenai kerbau. Walaupun kerbau Afrika tidaklah begitu popular namun ia merupakan haiwan yang besar, kuat dan boleh menjadi sangat ganas.

Singa hanya berani mendekati kerbau Afrika jika mereka memburu secara berkumpulan sahaja. Kerbau Afrika secara puratanya lebih berat daripada badak sumbu. Mereka juga bersifat territorial dan biasanya sangat agresif.

Kerbau Afrika tidak mempunyai pemangsa semula jadi (selain manusia) dan berupaya melindungi dirinya daripada pemangsa lain menggunakan tanduknya yang tajam.

2. Badak Air

badak air 929

Percaya atau tidak, badak air adalah haiwan di Afrika yang paling banyak menyebabkan kematian manusia. Pada 2014, seramai 13 orang maut apabila badak air membalikkan bot mereka dan membunuh seorang demi seorang.

Bahkan, badak air juga merupakan haiwan paling agresif di Afrika. Singa seakan-akan tiada peluang jika berhadapan badak air terutamanya di dalam air. Rahangnya yang kuat mampu menyebabkan kemusnahan dalam sekelip mata.

Badak air bukan sahaja bersifat territorial tetapi diketahui gemar menyerang haiwan lain tanpa sebab.

1. Nyamuk

nyamuk 240

Nyamuk mungkin bukanlah haiwan terbesar, terpantas atau terkuat. Namun, nyamuk adalah haiwan yang paling membawa maut. Nyamuk membunuh manusia lebih banyak berbanding haiwan lain di atas muka Bumi iaitu kira-kira sebanyak 750,000-1,000,000 orang setiap tahun.

Haiwan juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa nyamuk. Nyamuk mempunyai potensi untuk membawa pelbagai jenis penyakit dan ada yang boleh menyebabkan kematian kepada haiwan.

Secara dasarnya, bukan sahaja singa tetapi beribu-ribu spesies haiwan lain yang turut menjadi mangsa kepada nyamuk yang kecil ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)