mr bean dengan kereta mininya

Mr.Bean boleh dikatakan karekter sitkom yang paling terkenal di dunia. Sama ada kanak-kanak, mahupun golongan dewasa, pasti tak kering gusi melihat telatah Mr.Bean, yang dipopularkan oleh Rowan Atkinson. Imej Rowan tidak dapat dipisahkan dengan Mr.Bean.

Namun, disebalik Mr.Bean, ramai yang tidak mengenali Rowan yang juga dianugerahkan gelaran CBE - "Commander of the Most Excellent Order of the British Empire". iluminasi.com ingin berkongsi 8 fakta menarik mengenai Rowan Atkinson.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Rakan sekolah bekas perdana menteri United Kingdom, Tony Blair

rowan atkinson dan tony blair

Rowan berusia 11 tahun ketika memasuki Durham Choristers School manakala Tony Blair berusia 13 tahun. Kedua-dua individu ini adalah berbeza dari segi tingkah laku yang mana Rowan agak pemalu dan menyendiri dan Tony pula sangat mudah mesra dan menjadi model pelajar lain.

2. Memiliki Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Elektrik dari Oxford

rowan atkinson mempunyai ijazah dari universiti oxford

Kalau yang tak tahu, pasti beranggapan beliau adalah seorang yang seperti tidak berpelajaran, disebabkan oleh watak yang dibawa. Namun, Rowan Atkinson merupakan seorang yang sangat pintar.

Beliau menamatkan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan di Universiti Newcastle dan kemudiannya menyambungkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang yang sama di Queen's College, Oxford. Beliau menghasilkan tesis bertajuk "Self - Tuning Control".

3. Mengalami masalah pertuturan yang serius

rowan atkinson mempunyai masalah pertuturan serius

Rowan mengalami masalah di mana beliau gagap. Namun, beliau menggunakan kekurangan itu dan menjadikannya sebagai alat komedi kerana menyebut "B" dengan lebih menonjol dan pelik. Ketika di bangku sekolah, beliau sukar untuk berkomunikasi dengan rakannya, membuatkan Rowan tertekan.

Beliau kemudian dapat mengawal masalah itu ketika mula berlakon. "Jika saya melakonkan karekter selain diri saya, gagap saya hilang. Mungkin sebab ini saya membuatkan saya lebih bersemangat dalam karier ini," jelas beliau.

4. Pencipta bersama siri komedi Mr.Bean ketika di Oxford 

mr bean dihasilkan ketika rowan atkinson belajar di oxford

Rowan merupakan seorang yang aktif dalam lakonan ketika di Oxford. Ketika di semester pertama, beliau pernah diarahkan untuk membuat satu sketsa yang mungkin akan dipersembahkan di Oxford Playhouse. Disebabkan beliau tidak pernah menulis apa-apa sebelum itu, beliau agak bingung. 

Masa yang ada hanyalah 2 hari dan tiba-tiba beliau mendapat idea untuk menghasilkan karekter yang pelik dan bisu, ketika sedang berdiri di hadapan cermin dengan gimik mukanya yang popular. Dari situlah bermulanya idea untuk menghasilkan Mr.Bean yang menjadi fenomena dunia.

5. Pemilihan nama Mr.Bean

pemilihan nama mr bean

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa Mr.Bean? Adakah beliau suka makan kacang? Sebenarnya tidak. Nama Mr.Bean tidak terlintas, sehinggalah penghasilan program pertama. Beberapa nama berdasarkan sayur-sayuran dipertimbangkan, termasuklah Mr.Cauliflower dan Mr.White. 

Namun akhirnya nama Mr.Bean dipilih, yang kemudiannya menjadi trademark dan sinonim dengan watak yang dibawa beliau.

6. Hanya 14 episod Mr.Bean

rancangan sitkom mr bean

Agak pelik apabila difikirkan kerana rancangan Mr.Bean sangat kerap ditayangkan untuk tempoh berpuluh tahun, namun percaya atau tidak, realitinya rancangan Mr.Bean hanya mempunyai 14 episod keseluruhan. Ya, hanya 14 episod dan satu musim sahaja. Namun, ia mengambil masa 16 tahun.

Setiap episod berdurasi 25 minit, dan mula ditayangkan pada 1 Januari 1990 bagi episod 1 dan berakhir dengan episod 14 pada 2006.

7. Memiliki lesen lori

rowan atkinson mempunyai lesen hgv

Bukan sahaja memiliki ijazah kejuruteraan elektrik dan genius dalam komedi, beliau juga mempunyai lesen lori. Disebabkan minat yang sangat tinggi terhadap lori, beliau telah mengambil ujian dan lulus, menjadikannya pemegang lesen kategori C+E (dahulunya Kelas 1).

Lesen tersebut membolehkan beliau memandu kenderaan dengan berat melebihi 3,500 kilogram bersama treler lebih daripada 750 kilogram.

8. Pernah selamatkan kapal terbang daripada terhepas

rowan atkinson menjadi hero selamatkan pesawat

Pada Mac 2001, Rowan Atkinson bersama-sama isterinya, Sunetra dan anak mereka Ben dan Lily berlepas dari landasan udara di Ukundu, Kenya untuk ke bandar Lapangan Terbang Wilson di bandar Nairobi.

Dengan tiba-tiba, juruterbang tersebut pengsan, membuatkan beliau terpaksa melakukan sesuatu. Tanpa apa-apa pengalaman dan latihan sebelum ini mengenai pemanduan pesawat, Rowan terpaksa mengambil alih tugas juruterbang ketika itu.

Dan apa yang mengejutkan adalah beliau berjaya mengawal pesawat tersebut di udara sehinggalah juruterbang tersebut kembali sedar.




Hakcipta iluminasi.com (2017)