Oleh pada 14 Apr 2017 kategori

rowan atkinson

Siapa sangka, Rowan Atkinson, pelakon komedi yang memainkan watak "Mr. Bean" ini ialah pemegang ijazah sarjana (Master) dalam bidang kejuruteraan elektrik. Beliau adalah pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektrik di NewCastle University dan kemudian menyambung sarjana (master) dalam bidang yang sama di The Queen's College Oxford pada tahun 1975.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Karakter Mr. Bean adalah watak yang direka Atkinson sendiri semasa beliau di kolej. Watak lelaki dewasa berkelakuan seperti kanak-kanak itu adalah ilham daripada fizikal komedi yang dibawa oleh pelakon terkenal seperti Buster Keaton, Charlie Chaplin, dan Jaqcues Tati.

77f135036f3e1049f357a24cbd03a77b

Ternyata watak yang direka sewaktu Atkinson di kolej, mendatangkan keuntungan apabila dia boleh menampung kos pembelajarannya tanpa meminta dari keluarganya. Beliau dipanggil untuk berlakon dalam rancangan tv berepisod di UK. Rancangan ini bertahan selama lima tahun dan sangat popular di UK sehingga mencapai 19 juta penonton. Selain itu, dua filem lakonan beliau yang bertajuk "Bean" dan "Mr. Bean's Holiday", telah berjaya meraih 22juta usd dan 25 juta usd. Sehingga kini jumlah pendapatan beliau dianggarkan sudah mencecah 150juta usd

mr bean rowan atkinson drives around london celebrate 25 years comedy character

Namun, pangkat dan kekayaan yang dimiliki oleh beliau, langsung tidak menjejaskan  tahap perikemanusiaan yang ada pada beliau di luar set penggambaran. Siapa sangka, watak sorang lelaki yang membuat lawak bodoh di televisyen ini pernah menyelamatkan beberapa nyawa dari kematian.

Pemandu McLaren F1 diselamatkan Rowan Atkinson

Pada 2014, Atkinson berkonvoi bersama seorang rakannya, seorang ahli perniagaan terkemuka di Amerika. Dalam perjalanan ke Tuscan, kereta McLaren F1 yang dipandu rakannya telah hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok besar berhampiran Pomarance, Italy. Kereta yang dipandu ahli perniagaan itu melambung dan terjatuh di tebing jalan yang agak curam.

1 737

Atkinson yang berada dibelakang rakannya itu sempat mengelak, lalu memberhentikan keretanya di bahu jalan, dengan lantas pergi menyelamatkan rakannya yang terperangkap di dalam kereta tersebut. Pihak polis memuji tindakan pantas Atkinson dan menyifatkan dia seorang yang berani. Rakannya yang tercedera dikejarkan ke hospital dan disahkan cuma mengalami cedera ringan.

5 155

6 698

Beliau sangat optimis dalam bidang permotoran terutama sportcar dan beliau gemar berkonvoi ke acara-acara automotif sekitar eropah. Turut menjadi penulis dalam beberapa majalah automotif sperti Car, Octane, Evo, dan SuperClassics dan pernah tampil dalam rancangan automotif terkenal, Top Gear. 

Rowan Atkinson selamatkan kapal terbang dari terhempas

gettyimages 127859797

Bunyi seperti skrip drama lakonan Mr. Bean, namun ianya realiti yang perlu anda tahu. Kejadian pada tahun 2001 ini sangat dramatik apabila Atkinson menyedari juruterbang pesawat peribadinya itu pengsan dengan tiba-tiba. Atkinson bertindak mengawal pesawat itu sendiri walaupun sebelum ini dia tidak pernah langsung tahu mengenai cara mengendali pesawat. 

Dia bersama isteri dan dua lagi anaknya dalam perjalanan ke Kenya untuk bercuti selepas beliau selesai penggambaran rancangan komedi terbitan BBC, Blackadder. Ketika menyedari juruterbang pengsan, dia cuba menampar dan mencurah air ke muka juruterbang, namun tiada sebarang respon. 

enhanced 9168 1397488971 16

Atkinson dan isteri membuat keputusan mengendali mengikut kata hati mereka. Lalu pesawat ringan jenis Cessna 202 itu mula terbang rendah dan perlahan-lahan mendarat kecemasan di kawasan belukar. Semua didalam pesawat itu selamat termasuklah juruterbang. Doktor mengesahkan juruterbang itu telah mengalami dehidrasi yang membuatkan beliau tiba-tiba pengsan di pertengahan jalan.

Beliau tidak memberitahu tentang nahas tersebut kepada media, tetapi hanya memaklumkan kepada rakan-rakan terdekat sahaja. Atkinson sangat menjaga privasi keluarga dan kehidupan peribadinya. Seorang rakannya pernah ditanya oleh media mengenai kisah Atkinson, mereka menjawab " Rowan tidak mahu berbicara tentang itu."

Hampir mati  pada 1999 dan 2011

rowan atkinson s mclaren f1 supercar after a crash in 1999 pic rex features 64971328

Atas sebab minat yang mendalam terhadap supercar, Atkinson menghadiahkan dirinya sebuah kereta jenis McLaren F1 bagi meraikan kejayaannya membawa watak sebagai Mr. Bean. Kejadian yang berlaku pada 1999 itu menyaksikan kereta bernilai £640,000 yang dipandunya itu hilang kawalan laiu terlanggar belakang sebuah kereta jenis Rover Metro. Dia terselamat namun berlaku kecederaan ringan.

3 846

Tiga tahun sebelum dia menyelamatkan rakannya dalam nahas jalanraya, Atkinson telah mengalami kemalangan jalanraya, juga melibatkan kereta kesayangannya itu. Pada 2011, kereta McLaren F1 beliau telah hilang kawalan setelah melalui jalan yang licin di Northamptonshire. Sisi keretanya telah merempuh sebatang pokok di bahu jalan. Sekali lagi beliau terselamat walaupun dengan sedikit kecederaan. Namun apa yang menarik ialah kos membaiki keretanya ialah sebanyak  £910,000, menjadikan ia kos membaiki paling tinggi di British.

rowan atkinson 389

Ada hikmah disebalik nyawanya yang terselamat dari kecelakaan yang berlaku sejak 1999. Walaupun begitu, Rowan Atkinson pernah menyelamatkan nyawa keluarga dan rakannya. Mungkin ramai yang mengenali Atkinson sebagai seorang pelawak, namun hakikatnya sebenarnya beliau adalah seorang wira. Sifat low profile yang ada dalam dirinya perlu dicontohi kerana resmi padi itu, makin berisi, makin menunduk.

Rowan Atkinson Cheats Death In McLaren

https://www.mirror.co.uk/3am/celebrity-news/rowan-atkinson-cheats-death-in-mclaren-184280




Hakcipta iluminasi.com (2017)